blue Who is Me???: Tipu!

Followers

Thursday 11 October 2012

Tipu!

                                 #Nampak betul,Tapi...


         " Jangan jadikan pandangan ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk,yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain.Jadikanlah pandangan mata ini seperti sang lebah yang hanya memandang kewangian dan keindahan.Yakni yang memandang kebaikan orang lain hingga melupakan keburukan orang lain..." (Dipetik dari buku yang berjudul Tuhan sedang menguji kita.)

         Suasana langit sudah memekat di atas sana.Tiada sekumpulan awan pun yang sudi berarak.Secawan kopi cuba menemanimu di saat itu.Pekat kopi seperti suasana langit pada waktu tersebut.Namun rasanya sangat nikmat,sehingga mindamu ligat berfikir sampai hilang entah kemana.Teringat beberapa sahabat pernah menyentuh bab paras rupa manusia!

         "Sorry lah ya,aku tak mahu kawan dengan orang macam gitu,dah lah hodoh..."

          Kau mengeluh.Kau cuba bertanya pada diri,mengapa manusia suka menilai pada paras rupa semata-mata.Adakah paras itu sudah menunjukkan perwatakan seseorang manusia itu pada zahirnya?Rasa hatimu ingin memberontak,ingin saja kau teriak pada dunia mengapa hamba-hamba di dunia ini sebegitu rupa!Namun kau tahu dunia tidak bersalah,jikalau kau cuba bertanya pada dunia sekalipun,ia akan tetap statik dengan pendirian tetapnya iaitu mendiamkan diri!

          "Aku nak couple yang smart,lawa and paling penting badan dia mesti mantap!"

           Huh,kau terus rasa jiwamu lemau seperti rasa kuih baulu yang ada di atas meja itu apabila ayat tersebut terimbas d saat bicara insan lain menusuk ke dalam gegendang telingamu pada waktu dulu.

         Titis-titis hujan mematikan khayalmu yang menjelajah ke dimensi luar mindamu.Semua yang berada di luar warung kecil itu lari bertempiaran mencari tempat perteduhan.Termasuk kau yang sesak dengan masalah yang tidak sepatutnya kau utarakan pada mindamu.Para pekerjanya bergegas mengemas meja di luar warung itu.Di saat kau memuji kehebatan Tuhan (Allah) melihat titis-titis hujan yang jatuh ke lantai bumi,teringat bicara seseorang yang sangat kau kagumi,insan banyak mengubah persepsi mindamu...

          "Dunia ini nampak macam betul,tapi sebaliknya.Manusia yang suka mengubah segala-galanya sehingga dunia yang dipersalahkan.Banyak propaganda dicipta sesuka hati.Paling ketara,bila insan lain ingin mencari sesuap nasi,biar pun kelayakan insan itu sesuai dengan yang ingin di pinta,namun atas dasar paras rupa kurang menarik,dengan senang penemuduga itu mengatakan... 
                                  "nanti pihak company calling kamu ya..."
walaupun penolakan itu nampak menyenangkan tapi sebenarnya adalah sangat menyeksa jiwa!Semua manusia di dunia ini adalah cantik dan hensem-hensem,cuma mata manusia sendiri yang menipu manusia itu.Semua kegunaan manusia adalah sama!Ya memang ada manusia yang diberikan sedikit kelebihan pada paras rupa mereka,tapi itu sebenarnya Allah ingin manusia itu bersyukur dan mengetahui bahawa Allah itu Maha Besar.Bukannya  untuk SHOW OFF...Itu sudah menyalahi peraturan yang sebetulnya.Paras rupa itu kan hanya memperdaya minda manusia.Ia akan berubah juga suatu hari nanti.Tidak akan ada kekal selamanya seperti itu!Jadi mengapa harus tertipu dengan sesuatu yang indah tapi sementara?..."

             Kau tercuci seperti lantai bumi yang tengah dicuci oleh sang hujan.Kau terfikir seketika,bahawa kau pun sama seperti yang lain.Tertipu dengan keindahan dunia yang hanya sementara.Tertipu dengan propaganda halus manusia sendiri.

             "Jangan disangka insan cantik paras rupa akhlaknya baik..."

             Huh...Adakah ini dunia yang kau cari?

             Di mana kau pun tertipu dengan permainan dunia dan manusia itu sendiri...Kau bukan jiwa kacau,cuma SAKIT MINDA...

2 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

kita selalu merasakan dunia ini tidak pernah ada yg adil .

Unknown said...

merasakan dunia ini tidak pernah adil padahal manusia yg sendiri mencipta propaganda sendiri...
cuba menyalahkan dunia yang tidak bersalah dan fikir waras minda bukan waras hati...
hati tak pernah menipu...:) cuma d paksa untuk menipu!