blue Who is Me???: October 2012

Followers

Monday 29 October 2012

Aidiladha...

                           #'Ada biskut raya tak?'

         
              Bunyi alarm mengejutkan aku dari pembaringan.Angin subuh bertiup masuk ke dalam bilikku yang suram.Ke dalam bilikku yang menjadi tempat sebagai pusat hibernasiku dan tempat inilah di mana aku melepaskan segala kegembiraan mahupun kesedihan.Masa terus berputar.Aku biarkan saja masa itu berlalu.Hari ini aku ingin menjadi insan yang tabah!Mampukah aku???

              Bunyi nada telefon milik aku kedengaran.Lagu dari kumpulan Hot Chelle Rae yang berjudul 'Honestly' berdendang.Di kaca skrin handphone itu terpamer 'contact number' yang sangat aku rindui pemiliknya!Di saat ini,air mata itu ingin saja mengalir keluar apabila suara pemanggil yang jauh nun di sana kedengaran.Namun cuba ditahan agar menyembunyikan yang hidup aku terseksa tanpanya di sisi!

            "assalamualaikum nak,sihat juga di sana?"
            "wa'alaikumsalam ibu,alhamdullilah Joe sihat saja di sini..."
            "Joe tak pergi solat sunat aidiladha?"
            "Tak sempat ibu,Joe nak pergi kerja lepas ibu calling nie..."
            "Ibu tiada buat persiapan sangat sambut raya aidiladha,lagipun Joe tiada dekat sini juga.Ibu malas nak buat semua tue,ibu tiada mood..."
            "Ibu janganlah begitu nanti Joe sedih ibu berkata begitu..."

             Suara ibu semakin serak di kala perbualan berlanjutan di antara ibu dan aku.Namun aku juga yang tertewas.Ternyata aku insan yang terlalu sensitif.Di saat takbir raya berkumandang,setitis air mata aku mengalir.Bukan direka tetapi hadir sendiri tanpa dipaksa rasa itu menerpa.Perbualan itu terhenti seketika sehingga aku meminta izin untuk mematikan panggilan itu.

            "Nanti ibu kirimkan Joe kuih raya yang ibu telah buat sedikit untuk family datang rumah nanti..."Hati aku semakin sebak.Seperti ingin saja jantung ini luruh detik itu.
            "Joe tiada rasa kuih raya lagi walau sebiji di sini ibu..."Air suci itu semakin deras mengalir.Entah untuk dan mengapa air itu ingin mengalir ketika itu.Suara aku tenggelam timbul apabila berkata pada pujaan hati aku itu...

           Orang ramai berpusu-pusu menuju ke destinasi yang harus ditujui saat itu,tidak seperti aku!Aku memerhatikan beberapa helai daun sebuah pohon yang gugur ke lantai bumi di mana tempat sang gagak bermain dan bergurau senda yang terletak berdekatan perhentian bas.Sunyi seketika kawasan yang sibuk pada hari semalam waktu ini.Aku membawa hati yang malas.Pertama kali merasakan perasaan seperti ini!Mesej aku baca dari seorang sahabat.

          'Selamat hari raya aidiladha juga.Joe,kau mahu tahu,kami stay di satu tempat yang mana kami tidak dengar jelas takbir raya.Kami takut perasaan lain menerpa ke dalam lubuk hati kami.Kami ingin melupakan seketika hari ini.Membiarkan ia berlalu jauh di belakang kami..."Aku membiarkan mesej itu tidak berbalas.Takut aku tersentuh lagi saat itu.

          Huh,apa semua ini?Mengapa???Mengapa ini yang harus terhitung di minda kolot ini?

          Roti telur dan kuah kari tanpa ayamnya menjadi alas perut  yang mungkin bisa aku merasakan kari yang lebih sedap pada saat ini andai aku di tanah tumpah darahku sendiri(semua kedai makan tutup ketika ini).Namun aku bersyukur,aku telah diduga sebegini!Mampu dijadikan pedoman,mahupun kenangan di hari mendatang.Walaupun apa yang dirasa sangat perit di lubuk hati.Tersentuh sedikit ketika bibir berbicara dengan seorang sahabat rapat sebelum menjamah makanan hari raya itu.

                                                       (roti telur+milo panas=sedih).

        "Joe,aku tak jalan dengan kawan-kawan di 'hometown' kita nie...tiada yang ingin membuat perancangan untuk 'gerakan ziarah'!Ah,mum aku ada buat salad buah nie untuk kau.."dia tergelak,sengaja hendak menyakat aku.

       "Aik,macam perli nampak,mentang-mentang aku kerja dan jauh dari 'hometown'..."dia semakin galak ketawa pada saat itu.Namun hati aku terharu saat itu.

       'Penting sangatkah aku dengan sahabat-sahabat atau sahabat aku itu ingin menyedapkan rasa hati aku yang perit itu?'Namun aku bersyukur punyai dan menemui beberapa sahabat yang masih menganggap aku sebagai insan agak penting di dalam hidup mereka...

       Apapun yang terjadi aku redha.Aku yakin semua itu berhikmah.Mendewasakan otak aku yang kebudak-budakan ini.Aku ingin jadi insan yang bisa dibanggakan oleh Bumi!
IMPOSSIBLE IS NOTHING!!!

          

          

            

Tuesday 23 October 2012

Lelaki si beg biru!

                                          #Mr.Problema!


            "Bila aku berbisik pada sang Tuhan,cuba bertanya 'siapa aku juga sebenarnya'?Bila aku berbisik pada sang Tuhan 'mengapa aku punyai rasa sebegini?'.Dan bila aku berbisik pada sang Tuhan 'adakah dunia ini cemburu pada aku sebenarnya?'.Hanya sunyi sepi.Aku menanti jawapan dari-Nya.Nyata aku adalah adalah hamba yang terlalu suka berkhayal keluar dari dimensi minda.Aku hilang dalam pedoman,hilang dalam kesyukuran dan hilang dalam kewarasan!"

                
                 Bunyi motor yang lalu lalang menyakitkan telinga si mr.problema.Dia duduk di perhentian bas.Seperti cerita biawak bersama rokoknya 'stay' matang di stesen bus.Sengaja,mindanya sudah mengatur untuk membuatkan dia 'stay' sekejap melepaskan lelah seharian berjalan membawa diri.Yang pasti namanya bukan mr.problema tapi mr.Joe.Dia selalu bersama beg biru jenama 'cap ayam' dan ada patung nipon kecil berwarna kuning tergantung di beg birunya itu.

                 Di mindanya selalu bermain dengan khayalan.Otaknya seperti 'digital photo frame' yang terus saja memaparkan 'slide' pelbagai masalahnya.Seolah-olah dia merasakan dialah raja si problema.Dia lupa,ada lagi insan lain yang 'full of problems'.Contohnya terdesak dan di desak oleh tiga wanita agar mengahwini mereka atas nafsu yang telah dilakukan.Untung lelaki itu kerna dapat menjadi imam kepada tiga wanita dalam masa terdekat (tiga-tiga datang mengugut ke rumah si lelaki memaksa keluarga si lelaki agar bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan!).Tersenyum.Inikah yang menjadi insan pujian dalam keluarganya?...

                'WhatApps' memuntahkan beberapa hantaran mesej di 'smartphone' sony miliknya tika 'traffic data is able'.Hantaran mesej dari beberapa sahabat dan membuatkan dia tersenyum sendiri.Semua terasa tenang.Namun itu hanya sedetik sahaja.Selebihnya 59 detik yang lain adalah 'jiwa kacau' yang dibuat-buat oleh hatinya!

                Namun Mr.Joe si  Mr.Problema ini langsung tidak melupakan Tuhan yang Satu.Walau di mana saja dia berpijak,pasti dia ingin menghantar pesanan hatinya kepada sang Tuhan walaupun dia tahu permintaan hatinya itu terlalu luar biasa.Berharap malaikat membawa pesanan itu ke atas sana.Berdoa sesuatu yang harus menggunakan usaha keras?Tapi dia harapkan keajaiban di dalam penceritaan jalan hidupnya.Dia beranggapan dia adalah hero yang kalah dipermulaan jalan cerita seperti cerita bollywood.Dia tidak terfikir bagaimana jika dia kalah dan watak miliknya terus pupus disaat dia kalah pada detik itu???

                'Bagaimana jika 'who is me'(identiti ini) terbongkar pada hamba Tuhan yang tidak mengenali siapa aku sebenarnya?Adakah mereka mampu menerima aku seadanya atau aku bakal disisihkan di dunia yang sepatutnya memang milik bersama dan aku berhak juga?Apakah akan terjadi pada plot jalan cerita hidup aku?Ke mana aku akan membawa diri ini berlari??'kaki diteruskan menyusuri jalan raya itu.Seperti blues-blues zaman dulu yang buat video klip di lebuh raya besar.

                  Mr.Problema,Mr.Problema,Mr.Problema...Kau membuat otak ini tepu!Jalan cerita yang telah dirancang telah terputus di minda ini.Minda ini seperti layang-layang terputus talinya.Aku tinggalkan beberapa hari ceritamu ini angin telah menghilangkan semua idea itu!Apa yang pasti,adakah kau wujud di dalam dunia realiti ini wahai Mr.Problema?Jikalau ada,ingin aku menampar gigimu!...

                                                 Negative + Negative= Kau masih si Mr.Problema!

Thursday 18 October 2012

'Lelaki tua'

                          #Usia itu harus kau ingat selalu!

                
         "Wajah dan tubuh yang kau agungkan padamu hanyalah imaginasi.Manakala harta yang kau megahkan hanyalah ilusi.Kerana kau hanya 'lelaki tua' yang tidak berdaya dan hanya menurut nafsu semata-mata..."


            Kau merasakan bahawa kau adalah pekerja harapan dan kau bisa membuat sesuka hati di kawasan itu.Seolah-olah kau berkelayakan melakukan sebegitu.Kau harus sedar kau siapa!Kau hanya  sama seperti orang lain,makan gaji dan orang bawahan.Yang membezakan hanyalah tempoh menetap mencari sesuap nasi di situ.Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang berfikiran cetek!

            Apa yang kau lakukan kau rasakan adalah yang sangat terbaik di mata pihak atasan.Ternyata dunia itu adil walaupun kebanyakan mengatakan dunia itu kejam!Why?Sesungguhnya,manusia sendiri mampu menilai walaupun penilaian itu tidaklah 100% mampu tepat di mata,hati dan minda.Tuhan masih bisa melihat keikhlasan yang kau lakukan.Ternyata kau 'lelaki tua' yang sangat hipokrit dalam melaksanakan tanggungjawab yang wajib kau laksanakan di kawasan tersebut!

          Bila kesalahan tersembur keluar,kau mula menyalahkan orang lain.Mula bermain dengan 'sabit-menyabit' dengan insan lain.Merasa tercabar keegoan yang disimpan.Tiada lagi kesabaran mampu digenggam.Syaitan mula rancak mengatur strategi penghancuran.Apa kau fikirkan separuh waras,separuh lemas!Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang sedang tewas!

         "Lain kali,bila ada masalah berlaku di luar nie jangan terus mengadu ke dalam pejabat!Tanya budak senior dulu..."

         "Huh?Manada aku mengadu ke office!Abang yang nampak semua..."

        Segalanya yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa.Namun kau tetap menyalahkan takdir!Kau mengungkit segala penat lelah yang kau lakukan selama ini.Kau berkata kau seolah-olah tidak dihargai.Padahal kau adalah hanya 'lelaki tua' yang tidak sedar diuntung masih bernyawa di muka bumi ini.Seharusnya kau bersyukur kerana masih mampu mengabdikan diri pada-NYA lagi dan bisa meminta keperluan yang kau perlukan di dunia yang kau salahkan ini!

        Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang hanya ingin hidup terus dalam dunia keremajaanmu yang sudah berlalu.Ternyata kau 'lelaki tua' yang terlupa masa itu sudah berlalu.Usia yang kau lupakan itu menyebabkan kau ter'imaginasi' akan tubuh badanmu masih teguh seperti dulu,kekayaan yang kau agungkan pula itu hanyalah satu ilusi.Hanya harta yang kau punyai adalah keegoaan yang melebih di hatimu!Ternyata kau 'Lelaki tua' yang tidak berdaya!!!

Sunday 14 October 2012

Coke dan Ais krim Vanilla

                                 #Just a simple one...


         Ini bukan pantun,bukan juga syair.Cuma coretan 'simple' dari insan yang tiada nilai di dunia ini!Bukan mengaku baik,tapi 'just' mengingat.Mengingat pada diri-sendiri.Aku bukan mamai malahan bukan juga ingin memahami hidup orang lain sehingga tidak sedar bahawa diri sendiri tidak dikenali!(Who is Me?).Kau juga harus sedar,jangan berfikiran bahawa kau lebih baik dari insan lain.Sesungguhnya kau ibarat iblis,bila itu terjadi di mindamu...'I'M JUST AN ORDINARY PERSON!'

         "Aku malas baca coretan kau,banyak mengarut!"

          Huh,aku tersentap.Dulu bukan main lagi kau ingin membaca apa yang aku coretkan.Kini kau kata aku 'mengarut'?Aku tidak kisah akan perhamburan itu.Kau siapa,dan aku siapa.Biar kita tentukan hidup masing-masing tanpa perlu memberitahu.Kau sudah tahu kau bagaimana,aku tidak perlu sebar 'dakwah' sebagai sahabat lagi.Tugas aku dengan kau sudah selesai!Tiada lagi sabit-menyabit di akhirat nanti.Aku 'bunuh' kau buat kali kedua jika kau masih sabitkan aku di akhirat nanti!Biar mahkamah 'BESAR' yang membuat perhitungan!

          Nah,biar aku sebarkan 'karut' yang kau perkatakan!Aku tidak berdendam,kerana aku tidak layak!Aku berpijak di bumi ini sahaja pun aku sudah bersyukur.Aku tahu kau lebih bertuah dalam kehidupan,tapi ingat ada 'SATU' yang bisa membantu sesiapa sahaja,malahan bisa mengubah!


                             Bila kanak-kanak ingin menjadi 'superman',
                             Bila perempuan keluar rumah,
                             Bila lelaki semakin ramai yang jadi pemalu,
                             Bila ibu-bapa jadi hamba,

                              
                             Tiada lagi yang bisa dibelai,
                             Tiada lagi yang bisa mengoncangkan dunia,
                             Tiada lagi pemimpin yang mampu teguh berdiri,
                             Tiada lagi bau syurga bisa dirasa!


                             Bimbinglah,biar pahala sentiasa bertambah,
                             Teguhkan iman,biar sentiasa beringat,
                             Sematkan di lubuk hati,'aku pemegang amanat dunia!',
                             Sujudlah di kaki,jangan biar masa sudah tamat!

                           
                             Biar tumbuh sebagai buluh yang berkualiti,
                             Biar jadi 'makmum' yang sejati,
                             Biar jadi 'imam' yang di segani,
                             Biar rahmat dan kasih dari yang SATU terus turun ke hati!

              Inikah lambang persahabatan?Kau tidak layak digelar sahabat,hanya 'kawan' sahaja kau layak diberi pengiktirafan dalam keberlangsungan hidup aku.Kau cepat lupa diri,aku bersyukur diberi dugaan sebegini.Aku sentiasa sedar aku perlu mencari sesuatu yang hilang dalam hati aku!

             Biar masa menentukan hubungan itu...

             "Ya aku harus beringat!!!"

Saturday 13 October 2012

Jiwa kacau???

                  #Nescafe peneman jiwa,penyegar minda


             Setiap kali manusia ingin memberi nasihat padamu hanya ayat ini sahaja yang mampu kau dengarkan...

             "Sabar,dugaan dunia..."

             Kau sudah fed-up.Terlalu penat  dengan nasihat itu yang masuk ke dalam gegendang telingamu.Kau tahu itu semua,tidak perlu orang perkatakan.Jikalau kau tidak bersabar,sah-sah kau naik ke tingkat 20 pangsapuri itu dan kau junamkan dirimu ke bawah.Kau tahu itu semua.Kau masih ingat pada yang Satu!Bukan sombong,cuma nasihat itu sahaja tidak akan bisa menyelesaikan semuanya masalah yang kau tanggung!
 
            Aku tiba,kau berikan aku senyuman yang sangat menyenangkan.Terfikir sejenak,jikalau aku berada di dalam duniamu yang kau pijak, adakah aku mampu tersenyum lebar sebegitu lagi?Andai masalah sudah menindih aku seperti guni-guni yang berisi pasir seperti yang kau rasakan itu?Aku dengar sahaja pun masalah yang tersembur itu,kepala aku sudah pusing.Hingga aku hilang jauh dibawa khayalan!

          "Aku tak da makan lagi nie Joe,cuma air nescafe saja dari semalam peneman jiwaku.Seleraku tumpul dek masalah itu..."

           Aku tersentak.Di hadapanku juga saat ini adalah segelas nescafe yang tinggal separuh.Masih kau ingin nescafe itu sebagai penemanmu saat episod hidup berada dalam babak yang sangat menyakitkan.

          "Aku bercinta dengan wanita dari seberang menguji ketabahan aku sepenuhnya Joe.Keluarga menjadi penghalang.Mengatakan bahawa aku mencintainya hanya kerana mengikut nafsu semata-mata.Kini dia di tahan pihak berkuasa di lapangan terbang.Mereka mengatakan bahawa passport bakal makmumku belum KIV lagi.Aku belum tatap matanya lagi.Aku belum lihat wajah lembutnya lagi.Dan aku belum rasa manis senyumannya lagi.Besarnya dugaan percintaan kami walaupun niat di hati sudah ingin menjadi imam tetap di masjid yang ingin dibina nanti..."

          Aku lihat pada wajahmu terpamer satu keikhlasan.Cinta yang kau ingin sanjung hingga ke pelamin ternyata suci.Aku terharu,ternyata kau adalah lelaki sejati yang tidak melepaskan tanggungjawabmu sebagai bakal imam padanya.Air matamu terasa ingin gugur.Namun,tidak kau ingin jatuhkannya walau sekalipun.Bukan sebab ego,tapi kau sudah berjanji.Air mata bukan penyelesaiannya.Aku tidak sepertimu.Nyata berbeza bagai langit dan bumi.

        Semua berhikmah.Niat yang baik sengaja dibanyakkan dugaan.Allah ingin mencuba sejauh mana ketakhwaan itu ada pada diri.Untuk menyedarkan bahawa ada yang bisa membantu di atas sana!

       ALLAHUAKBHAR!

          

           

Thursday 11 October 2012

Tipu!

                                 #Nampak betul,Tapi...


         " Jangan jadikan pandangan ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk,yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain.Jadikanlah pandangan mata ini seperti sang lebah yang hanya memandang kewangian dan keindahan.Yakni yang memandang kebaikan orang lain hingga melupakan keburukan orang lain..." (Dipetik dari buku yang berjudul Tuhan sedang menguji kita.)

         Suasana langit sudah memekat di atas sana.Tiada sekumpulan awan pun yang sudi berarak.Secawan kopi cuba menemanimu di saat itu.Pekat kopi seperti suasana langit pada waktu tersebut.Namun rasanya sangat nikmat,sehingga mindamu ligat berfikir sampai hilang entah kemana.Teringat beberapa sahabat pernah menyentuh bab paras rupa manusia!

         "Sorry lah ya,aku tak mahu kawan dengan orang macam gitu,dah lah hodoh..."

          Kau mengeluh.Kau cuba bertanya pada diri,mengapa manusia suka menilai pada paras rupa semata-mata.Adakah paras itu sudah menunjukkan perwatakan seseorang manusia itu pada zahirnya?Rasa hatimu ingin memberontak,ingin saja kau teriak pada dunia mengapa hamba-hamba di dunia ini sebegitu rupa!Namun kau tahu dunia tidak bersalah,jikalau kau cuba bertanya pada dunia sekalipun,ia akan tetap statik dengan pendirian tetapnya iaitu mendiamkan diri!

          "Aku nak couple yang smart,lawa and paling penting badan dia mesti mantap!"

           Huh,kau terus rasa jiwamu lemau seperti rasa kuih baulu yang ada di atas meja itu apabila ayat tersebut terimbas d saat bicara insan lain menusuk ke dalam gegendang telingamu pada waktu dulu.

         Titis-titis hujan mematikan khayalmu yang menjelajah ke dimensi luar mindamu.Semua yang berada di luar warung kecil itu lari bertempiaran mencari tempat perteduhan.Termasuk kau yang sesak dengan masalah yang tidak sepatutnya kau utarakan pada mindamu.Para pekerjanya bergegas mengemas meja di luar warung itu.Di saat kau memuji kehebatan Tuhan (Allah) melihat titis-titis hujan yang jatuh ke lantai bumi,teringat bicara seseorang yang sangat kau kagumi,insan banyak mengubah persepsi mindamu...

          "Dunia ini nampak macam betul,tapi sebaliknya.Manusia yang suka mengubah segala-galanya sehingga dunia yang dipersalahkan.Banyak propaganda dicipta sesuka hati.Paling ketara,bila insan lain ingin mencari sesuap nasi,biar pun kelayakan insan itu sesuai dengan yang ingin di pinta,namun atas dasar paras rupa kurang menarik,dengan senang penemuduga itu mengatakan... 
                                  "nanti pihak company calling kamu ya..."
walaupun penolakan itu nampak menyenangkan tapi sebenarnya adalah sangat menyeksa jiwa!Semua manusia di dunia ini adalah cantik dan hensem-hensem,cuma mata manusia sendiri yang menipu manusia itu.Semua kegunaan manusia adalah sama!Ya memang ada manusia yang diberikan sedikit kelebihan pada paras rupa mereka,tapi itu sebenarnya Allah ingin manusia itu bersyukur dan mengetahui bahawa Allah itu Maha Besar.Bukannya  untuk SHOW OFF...Itu sudah menyalahi peraturan yang sebetulnya.Paras rupa itu kan hanya memperdaya minda manusia.Ia akan berubah juga suatu hari nanti.Tidak akan ada kekal selamanya seperti itu!Jadi mengapa harus tertipu dengan sesuatu yang indah tapi sementara?..."

             Kau tercuci seperti lantai bumi yang tengah dicuci oleh sang hujan.Kau terfikir seketika,bahawa kau pun sama seperti yang lain.Tertipu dengan keindahan dunia yang hanya sementara.Tertipu dengan propaganda halus manusia sendiri.

             "Jangan disangka insan cantik paras rupa akhlaknya baik..."

             Huh...Adakah ini dunia yang kau cari?

             Di mana kau pun tertipu dengan permainan dunia dan manusia itu sendiri...Kau bukan jiwa kacau,cuma SAKIT MINDA...

Wednesday 10 October 2012

Road tax!


                    #Jangan lupa bayar road-tax (ingat free kah?)!

   
        Pernahkah terfikir siapa,dari mana dan kemana kita ini? Semakin kaki ini melangkah,adakah masih berdiri di alam realiti atau sedang merealitikan mimpi.Hari demi hari,usia semakin bertambah,limit untuk berada di dunia semakin kurang tapi kenapa semakin langkah dihayun semakin hidup ini mengelirukan antara nyata dan maya.

          Di mana permulaan kita?Ibukah?Ayahkah?atau sudah memang tertulis sejak azali?Tiada siapa yang tahu di mana ia bermula,bagaimana ia terjadi,dan kemana pengakhirannya.Sungguh,hidup ini rumit untuk dimengerti walaupun sudah berdozen-dozen guru mengajar agar bisa kita mengertikan.

         Hidup adalah satu perjalanan panjang.Bila dahaga kita minum,bila lapar kita makan,bila letih kita rehat,bila mengantuk kita tidur,bila sunyi kita kahwin,bila tua kita tinggalkan zuriat dan akhirnya sedikit demi sedikit kita menyedari bahawa hidup di dunia ini adalah 'ON THE WAY TO ALLAH'!

         Semasa lahir,semua insan yang menyayangi kita sangat gembira.Kenduri kesyukuran dilakukan sebagai tanda syukur.kenduri marhaban sebagai tanda 'WELCOME TO THE WORLD'.Di saat itu kita sudah ada lidah tapi tidak mampu berkata-kata.Hanya tangisan yang bisa diungkapkan.Pernahkah terfikir mengapa semua bayi menangis?Masa itu kita susah,lemah,tidak berdaya,tidak berpakaian dan takut menghadapi dunia kerana saat itu kita menyedari hidup akan lebih susah berbanding semasa berada di rahim ibu.Kini,setelah kemampuan diberi mengapa kita semakin hanyut dalam pesona dunia.

        Dari Allah kita datang,kepada Allah kita akan kembali,Allah mengajar kita tentang dunia,akhirat,dosa,pahala,haram,halal dan segala macam.Namun akal yang  kita junjung setiap saat tidak mampu menghuraikan ilmu-NYA.Jasad sudah diberi,akal sudah dikurniakan,namun mengapa selalu saja kita terlupa sedangkan Dia tidak pernah lupa memberi oksigen walaupun sesaat kepada kita.Tetapi semakin hari kita terus mewarnai mimpi dan bermain dengan realiti.Sepahit-pahit segala kebenaran namun kita harus akui tiada siapa yang boleh 'escape' dari mati.

        Bila tetamu terakhir datang,anak-anak menjadi yatim,isteri menjadi balu,harta menjadi warisan,saat itu hanya tangisan yang mengiringi perjalanan akhir.Tapi apakah kita sedang tersenyum ataupun tetap juga menangis  meratapi kelemahan dan kekurangan diri.

       Saat ini aku masih mencari siapa diri ini.Siapa aku yang sedang menghuni bumi ciptaan yang Maha ESA ini.Mampukah aku sebagai hamba,umat,anak,abang,bapa,datuk,sebahagian masyarakat dan khalifah memikul amanat ini.'WHO IS ME'???

      Aku masih berpegang pada satu kemungkinan,manusia bisa berubah walaupun bukan saat ini atau esok hari!IMPOSSIBLE IS NOTHING!
                          

    

Wednesday 3 October 2012

Unknown!!!

                                #Fixi,100 plus and Coklat... 

          Otakmu tepu,kau tidak tahu apa yang ingin kau semburkan pada ruangan kosong di hadapanmu itu.Mungkin penat.Mungkin juga sakit,sakit minda.Tapi adakah frasa sebegitu?Kau biarkan saja,tidak kisah apa yang orang ingin perkatakan.

                           "Ini hidup aku,biar aku yang menentukannya!"

                                      Penat + Sakit minda = Unknown

          Hari semalam sudah berlalu di belakang semua insan termasuk dirimu.Kini membawa kau menjelajah hari yang baru.Situasinya kau memang tidak pasti.Namun perancangan harus dijalankan untuk mengisi babak kekosongan watak utama dalam penceritaan ini.
          Menjelajah hari baru buat kau teruja,apatah lagi cuba menjelajah kawasan yang langsung kau tidak pernah jejaki.Namun ada satu misi yang sebenarnya tengah bermain dalam perancangan mindamu.Mencari insan yang bergelar seorang penulis yang telah berjanji menjual karya coretannya exclusive untuk memenuhi kehendak jiwamu!
          
                              "Aku dah sampai nie brader,kau di mana?"

           Panggilan kau buat untuk memastikan perjanjian harus terlaksana di saat itu.Namun Mr.Writer rasanya baru terjaga dari tidur yang cukup lena.Kau sudah menganggu mimpinya.Menganggu cara keberlangsungan hidupnya pada hari yang baru ini.Namun kau telah membantu agar si Mr.Writer terjaga dan meneruskan rutin yang sepatutnya dilaksanakan.
          Dalam masa yang sama kau sebenarnya ingin mengenali bagaimana insan yang bergelar Mr.Writer yang kau sangat kagumi gaya penulisannya walaupun baru secebis kau cuci mindamu dengan karyanya.
  
                           "Lama sangat ah brader nie..."

         Kau duduk berhadapan gerai biskut dan coklat.Di tepi kananmu kedai cermin mata (Focus Point) dan di sebelah kirimu pula satu kedai butik yang agak mewah.Kau hanya ditemani dengan satu novel fixi,100 plus active dan dark coklat yang tak seberapa mahal harganya.Kau perhatikan sales girl yang cuba membuat promosi terhadap produk terbaru mereka.Golongan wanita terus saja jadi sasaran paksaan(uh,pasti rimas).Namun itukan tugas yang harus dilaksanakan bagi mencari sesuap nasi.

            "Nasib baik aku bukan pompuan,kalo tak mesti awek tue datang pi tempat     aku.Mana taknya,dari tadi asyik tengok ke arah aku je.Tahu ah aku kiut,jan ah asyik pandang..."

          Mr.Writer tiba dengan machonya,tapi apa yang kau bayangkan memang meleset.Tapi segalanya sangat berbaloi.Satu perkenalan dari insan yang kau kagumi.Satu detik yang mungkin kau sangat hargai.Dan satu masa yang pasti takkan kembali...