blue Who is Me???: Lelaki si beg biru!

Followers

Tuesday 23 October 2012

Lelaki si beg biru!

                                          #Mr.Problema!


            "Bila aku berbisik pada sang Tuhan,cuba bertanya 'siapa aku juga sebenarnya'?Bila aku berbisik pada sang Tuhan 'mengapa aku punyai rasa sebegini?'.Dan bila aku berbisik pada sang Tuhan 'adakah dunia ini cemburu pada aku sebenarnya?'.Hanya sunyi sepi.Aku menanti jawapan dari-Nya.Nyata aku adalah adalah hamba yang terlalu suka berkhayal keluar dari dimensi minda.Aku hilang dalam pedoman,hilang dalam kesyukuran dan hilang dalam kewarasan!"

                
                 Bunyi motor yang lalu lalang menyakitkan telinga si mr.problema.Dia duduk di perhentian bas.Seperti cerita biawak bersama rokoknya 'stay' matang di stesen bus.Sengaja,mindanya sudah mengatur untuk membuatkan dia 'stay' sekejap melepaskan lelah seharian berjalan membawa diri.Yang pasti namanya bukan mr.problema tapi mr.Joe.Dia selalu bersama beg biru jenama 'cap ayam' dan ada patung nipon kecil berwarna kuning tergantung di beg birunya itu.

                 Di mindanya selalu bermain dengan khayalan.Otaknya seperti 'digital photo frame' yang terus saja memaparkan 'slide' pelbagai masalahnya.Seolah-olah dia merasakan dialah raja si problema.Dia lupa,ada lagi insan lain yang 'full of problems'.Contohnya terdesak dan di desak oleh tiga wanita agar mengahwini mereka atas nafsu yang telah dilakukan.Untung lelaki itu kerna dapat menjadi imam kepada tiga wanita dalam masa terdekat (tiga-tiga datang mengugut ke rumah si lelaki memaksa keluarga si lelaki agar bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan!).Tersenyum.Inikah yang menjadi insan pujian dalam keluarganya?...

                'WhatApps' memuntahkan beberapa hantaran mesej di 'smartphone' sony miliknya tika 'traffic data is able'.Hantaran mesej dari beberapa sahabat dan membuatkan dia tersenyum sendiri.Semua terasa tenang.Namun itu hanya sedetik sahaja.Selebihnya 59 detik yang lain adalah 'jiwa kacau' yang dibuat-buat oleh hatinya!

                Namun Mr.Joe si  Mr.Problema ini langsung tidak melupakan Tuhan yang Satu.Walau di mana saja dia berpijak,pasti dia ingin menghantar pesanan hatinya kepada sang Tuhan walaupun dia tahu permintaan hatinya itu terlalu luar biasa.Berharap malaikat membawa pesanan itu ke atas sana.Berdoa sesuatu yang harus menggunakan usaha keras?Tapi dia harapkan keajaiban di dalam penceritaan jalan hidupnya.Dia beranggapan dia adalah hero yang kalah dipermulaan jalan cerita seperti cerita bollywood.Dia tidak terfikir bagaimana jika dia kalah dan watak miliknya terus pupus disaat dia kalah pada detik itu???

                'Bagaimana jika 'who is me'(identiti ini) terbongkar pada hamba Tuhan yang tidak mengenali siapa aku sebenarnya?Adakah mereka mampu menerima aku seadanya atau aku bakal disisihkan di dunia yang sepatutnya memang milik bersama dan aku berhak juga?Apakah akan terjadi pada plot jalan cerita hidup aku?Ke mana aku akan membawa diri ini berlari??'kaki diteruskan menyusuri jalan raya itu.Seperti blues-blues zaman dulu yang buat video klip di lebuh raya besar.

                  Mr.Problema,Mr.Problema,Mr.Problema...Kau membuat otak ini tepu!Jalan cerita yang telah dirancang telah terputus di minda ini.Minda ini seperti layang-layang terputus talinya.Aku tinggalkan beberapa hari ceritamu ini angin telah menghilangkan semua idea itu!Apa yang pasti,adakah kau wujud di dalam dunia realiti ini wahai Mr.Problema?Jikalau ada,ingin aku menampar gigimu!...

                                                 Negative + Negative= Kau masih si Mr.Problema!

9 comments:

Gillette Flores said...

Jangan kau gusar.
Sebilangan besar dari kita melalui fasa dan perasaan yang sama.
Gill juga begitu ada waktunya.
Namun saat tersedar dari khayalan dan selesai menghabiskan 'slide2' masalah itu, Gill bangkit dengan semangat baru dan lebih matang menghadapi masalah lain yang mendatang. :)

Kau harus ingat 'who is me', Allah swt akan sentiasa menguji kita mengikut kemampuan dan kekuatan diri kita.

Semoga hari kau lebih baik dari semalam. :)

Ikhlas Gill doakan ini. :)

Unknown said...

hahaha...terbaek pwen!!!thanx ya..huhu

Gillette Flores said...

My pleasure :)

PS: Kisah "Bunga" tadi adalah kisah hidup Gill sendiri :)

Unknown said...

yakah???
wow...aq terharu sangat...baca tue entri..mcm mau nngis tapi x jadi,nnti amar malu plak hakakaka...:)
sweet citer gill tue...

Unknown said...

hahahahahaah..teruskan menulis..jgn putus asa...dlm apa jua pekerjaan yg dilakukan..mgkin berkarya ..memerlukan masa yg lbh untuk bercerita dan merenung ke masa hadapan....

Unknown said...

semuga maju jaya adik ku

Unknown said...

thanx...my swet brader hehehe...

Aing said...

umm who is u = mr problema?

dalam dilema ke? :)

Unknown said...

SaddLone tak tahu dia dalam dilema or tak..nanti aku carikan owng tue n bertanya padanya..heheh