blue Who is Me???: Bila rusa masuk bandar...

Followers

Wednesday 26 September 2012

Bila rusa masuk bandar...

                         #Saat mata tercuci dengan kehidupan...

          Saat kau berpijak di 'bumi' asing itu,kau merasakan sesuatu yang  kau tidak pernah temui di 'bumi' mu sendiri.Dari segi persekitaran itu sudah pasti,apatah lagi budaya dan masyarakatnya.Kau terfikir bahawa kau adalah sangat kecil tika itu.

         'Arah mana lagi yang harus aku tujui?'

         Kau cuma yakin pada hati yang berbisik.Doa terus saja kau panjangkan pada Tuhan,berharap diberi petunjuk untuk melalui kehidupanmu!

        'Inikah kota raya pujaan masyarakat di 'hometown' aku?Menjadi buah mulut mereka senantiasa,tika bicara mula berhujah?Huh,sesak!Minda aku tersentak,jiwa aku tergerak,hati aku terledak!Hidup masyarakat yang penuh dengan kerisauan,kehipokritan dan...'

        Kini kau tersedar,apa yang dibicarakan adalah 'indah khabar dari rupa'.Dan memang tidak kau nafikan bahawa kota itu kota yang menjanjikan pelbagai peluang kehidupan,namun kota itu juga yang bisa menghancurkan.Kau langsung tidak berniat untuk menjadi sebahagian masyarakat di kota perantau itu,namun Tuhan ingin menguji dan memberi peluang kepadamu.Peluang untuk menunjukkan samada kau bisa menjadi insan yang boleh dibanggakan atau insan yang bisa dilupakan.Dilupakan oleh Tuhanmu yang Maha Esa!

       Masa terus berlalu.Meninggalkan semua jauh nun di sana.Kau cuba menyusuri jalan itu.Jalan gelap yang kau tidak pasti.Simpang yang banyak,bersimpang-siur telah kau temui.Hatimu bergetar,tidak pasti arah dan simpang mana yang harus kau lalui.Kau tahu,andainya kau tersalah pilih kau pasti menyesal dalam pemilihanmu.Inilah kehidupan,lumrah yang kau tidak dapat elakkan.

      'Apakah rasa mata hati aku ini?Aku tak dapat tentukan corak hidup aku di 'Bumi' asing ini...Niat di hati semakin terpesong.Bukan ini yang aku kejarkan kemari!Aku rasai Tuhan ada di sisi,cuma niat hati semakin menyisih...Huh,gilak,aku hilang dalam dimensi.'

       Teori evolusi semakin kau rasai di dalam diri.Kau hilang dalam terang.Remaja berpelukan di hadapanmu bukan lagi satu kejutan.Malahan kau rasai satu hiburan.Dulu kau kutuk cara masyarakat meneruskan keberlangsungan hidup,kini kau telah sepakat!Konon nak amalkan prinsip 'hidup berpakat,jiwa selamat'.

       Kau bukan kau lagi.Kau insan baru yang wujud di dunia ini!Dunia ini kejam,namun kau lagi kejam kerana 'membunuh' dirimu sendiri.Kau tidak berpegang pada ayat yang selalu berbisik di hati dan mindamu...

       'sejahat-jahat ibu tiri,jahat lagi ibu kota!'

        Sesallah wahai hamba Tuhan,bangunlah dari khayalmu!Bangkitlah dari dimensi luar mindamu.Ingatlah kau siapa.Ingatlah apa niat yang kau sudah kuburkan di jiwamu ketika kau terbang melintasi Laut Cina Selatan...Tuhan beri kehidupan,beri peluang,beri keselesaan,bersyukurlah kau pada-Nya.Masa masih ada sebelum hayat tertutup!

       NIAT PERBETULKAN,MINDA PERLUASKAN,HATI BENTANGKAN...
       BIAR KAU TETAP DI JALAN YANG SATU,JALAN SYURGA YANG ABADI!
       IMPOSSIBLE IS NOTHING!

       

        

2 comments:

rhm slzr said...

Dugaan itu mar. Untuk memperkasakan mental kau.

Unknown said...

dunia d hujung hayatnya,tapi minda aq masi sukar menerima keadaan itu hehehe...(mngarut udah...)tue ah ma,aq takut seperti apa yg aq tulis trjadi...hahaha..tue just khayalan smata2x ngeee...(yakah??)