blue Who is Me???: Sakit hanya disertakan senyum!

Followers

Friday 14 September 2012

Sakit hanya disertakan senyum!

                          #Nice to see,if broken consider sold :)  

             Kini baru kau tahu betapa seksanya hidup di dunia ini.Untuk mencari sesuap nasi kau terpaksa cuba menguatkan semangatmu walaupun sebenarnya kau dulu tidak mampu.Kau rasa dulu dunia ini adalah kau punya.Kau tidak sedar bahawa hidupmu itu ditanggung sepenuhnya oleh kedua orang ibu-bapamu!

             Manik putih yang keluar dari ruang pori kulitmu terasa deras.Cahaya matahari yang memancar seolah-olah tidak menunjukkan belas kasihan padamu.Ya,mungkin Tuhan ingin merasakan kau bagaimana susahnya duit yang dicari oleh ayahmu dengan sekerat jiwanya.

            "Tuhan,mengapakah dugaan ini yang harus aku terima?"
            Apabila susah,baru nak ingat Tuhan.Baru sedar bahawa Tuhan itu ada.Mengapa di saat kau berada dalam kegembiraan,kesenangan dan kebahagiaan ada dalam hidup,kau langsung tidak pernah mengingat akan Tuhan itu wujud?Kau pasti terkesima.Kau pasti tersentak bahawa betapa kejamnya takdir memainkan hidupmu.

           Potongan-potongan kayu kau buang kedalam lori,batu-bata yang dulu kau tidak pernah mengangkatnya kini berada di bahumu.Bebanan yang berat kau cuma mampu menganggapkannya ringan.Seringan kapas.Mask di mukamu menutup hampir separuh dari wajah itu.Peluh yang keluar kau biarkan sahaja turun ke dagumu.Sedihnya rasa itu.Tulang lembutmu itu terasa sakit.Penat yang teramat.

          'Aku tak pernah rasa sesusah ini...'

          Pada siapa kau tujukan rungutan itu?Pada siapa kau sampaikan rasa itu?Ya tiada lain selain pada Tuhanmu.Wake up hamba Tuhan,tidak perlulah kau merungut tapi berdoalah kau pada-Nya.Sesungguhnya dugaan itulah yang mampu mendekatkan kau pada-Nya...

         Air mata itu terasa ingin mengalir keluar,namun kau cuba untuk menahannya.Kau takut ego dalam dirimu tercalar.Takut malu pada orang yang ada di sekelilingmu tika itu.Jadi saat ini,kau berdoalah padanya agar di beri kekuataan.Tuhan itu pasti ada di sisi.

        'Ibu...andai kau ada di sisi saat ini,ingin aku memelukmu dan mengatakan betapa seksanya hidup aku ketika berjauhan darimu.Ingin aku merasakan tanganmu membelai rambutku.Walaupun seketika cuma.Kedut di tanganmu itu yang ingin aku sentuh.Suaramu yang sayu itu yang ingin aku dengar agar sakit yang aku rasakan ini mampu sembuh.Aku kini terasa betapa perlunya aku sentiasa mengingatmu.Secebis doamu itu saja yang mungkin menjadi alas kekuatanku di saat ini.Aku takut tersungkur...'

        Kuatkanlah spirit hidupmu...
        Yakinlah pada-Nya,dan kau harus tahu bahawa ada lagi orang yang lebih jauh susah dari hidupmu!
        Tingkatkanlah keimananmu walau kau jauh di hujung dunia.



            Kau hanya perlu senyum,biarlah kesakitan itu tertutup.Tidak perlu bersimpati pada orang lain,tapi merayulah pada yang Esa...

           IMPOSSIBLE IS NOTHING...!

1 comment:

rhm slzr said...

Sabar mar. If you need someone, kau cari seja aku. tapi aku tahu kekangan masa tu yg buat kita jarang contact.