blue Who is Me???: November 2012

Followers

Wednesday 21 November 2012

Mengapa???

                 #Lindungilah saudara seagamaku di sana...

      Media massa yang menayangkan berita tentang kekejaman yang dilakukan oleh israeil, kaum yahudi kepada Palestin  menyebabkan hati ini terdetik.Hati ini tersentuh malahan hati ini menangis.Andai aku berada di sana bagaimana rasanya jihad yang aku lakukan atau aku sudah kembali kepada Allah?

              Aku cuba masuk ke imaginasi aku,aku ingin membayangkan rasa aku berada dalam dunia itu.Namun aku tewas.Terlalu berat dugaan saudara seagamaku di sana,berbeza dengan aku yang hidup dalam dunia yang hanya berperang dalam minda.Yang sering diulit dalam ketidaksyukuran.MasyAllah.

             Langit yang hanya ditemani sang bulan dan sang bintang sangat indah dilihat dek mata.Kebanyakan keluarga  meluangkan masa di kediaman masing-masing bersama orang-orang tercinta.Perjanjian yang telah dimetrai bersama pihak tertentu tidak mengusarkan lagi hati kecil itu.

           Si ibu sedang sibuk menyediakan makanan,anak-anak sedang leka bergurau senda di ruang tamu bersama gelak tawa mereka.Sang ayah pula tengah berjemaah di masjid untuk menghadap Tuhan yang agung.

           "Ibu cahaya apakah di atas langit tue?"tanya sang anak yang masih tidak tahu apakah itu.Bunga apikah?

          Ibu semakin panik,meninggalkan masakannya.Cuba melihat dan memberi kepastian atas pernyataan si anak."MasyaAllah,mari sini!"tempik si ibu pada anak kecilnya itu.Si ibu mendukung anak kecil itu dan menarik tangan dua lagi anaknya yang lain.Dia sudah tidak sedar apa-apa lagi,yang penting hanya keselamatan anak-anaknya.

         Cahaya kemerah-merahan dari langit itu semakin hampir ke permukaan bumi.Auranya juga sudah terasa.Semua masyarakat pada masa itu berlari ke sana-sini cuba berlindung dari perbuatan khianat itu.

        "Untuk apa pertempuran ini dilakukan?bisik seorang muslim yang berlari ke arah rumahnya untuk memastikan isteri dan anak-anaknya bukan menjadi mangsa kekejaman.Namun semua itu sudah terlambat.Ledakan kuat menggegarkan beberapa bangunan.Menghancurkan sasaran yang disasarkan.Suara ramai semakin kuat kedengaran.Dentuman yang kuat itu membawa kepada angin panas seperti taufan yang menyebabkan si ayah tadi terhumban ke dinding bangunan sehingga tidak mampu sedarkan diri.

       Si ibu memeluk anak-anaknya dengan erat.Gegaran tadi menjatuhkan beberapa pecahan batu siling rumah mereka.Si anak kecil sudah mula menangis ketakutan.

      "Nak jangan nangis sayang.Ibukan ada.Ibu akan lindungi anak-anak ibu ini."Anak sulungnya pula memeluk dengan erat,air matanya jatuh apabila mendengar tutur ibunya itu.
     "Ibu jangan tinggalkan kami ya.Ibu janji ya.Aiman sayang ibu sangat-sangat!"suaranya serak apabila menuturkan bicaranya itu.Anak yang kedua hanya berdiam,tangannya satu memegang erat tangan ibunya,satu tangannya memegang muka ibunya itu.

     "Ibu ayah mana?"hati si ibu semakin hilang arah,matanya semakin berat menahan air matanya.Pertanyaan itu sangat mengguris hati.

     "Ibu tak tahu nak.Mari ikut ibu."dia membawa anak-anaknya keluar dari rumah mereka itu,takut rumah itu runtuh dan menghempap mereka.Air matanya yang jatuh dibiarkan saja.

     Keadaan di luar rumah semakin huru-hara.Ada yang telah tercedera malahan mayat yang bergelimpangan berada di merata tempat.Tembakan dari udara yang dilakukan oleh pihak zionis selepas ledakan itu menyebabkan banyak yang terkorban.Si ibu terus menarik anak-anaknya lari dari kawasan itu.Namun nasib tidak menyebelahi mereka.

     "Ibu,tengok atas sana."Anak keduanya,Shahira yang dipegang oleh Aiman menunjuk pada cahaya di atas langit yang seperti bunga api.Ternyata pesta yang dilakukan oleh zionis itu masih belum berakhir,mereka masih belum puas.Belum tercapai target mangsa yang bermandi darah dalam minda kotor mereka.

     BUM!!!!!!

    "Ibu!!!"teriak Aiman pada ibunya saat gelombang itu terasa pada tubuhnya.Seraya ibunya memeluk mereka.Ledakan  kedua itu jatuh hampir dengan mereka berempat.Pandangan gelap seketika.Semua hilang dalam nyata!Bangunan jatuh menyembah bumi.

     Seketika kemudian Aiman terjaga.Tangannya tetap erat pada badan ibunya.Semua tiada gerakan dirasanya.Adik kecilnya juga turut terjaga.Duduk di sebelah ibu mereka dengan tangisan.

     "Ibu?Ibu bangun bu,jangan tinggalkan Aiman dan adik-adik.Ibu!"tangisan Aiman semakin kuat.Digerak-gerakkannya badan ibunya.Muka ibunya penuh dengan darah.Darah yang mengalir keluar dari hijab yang dipakai ibunya itu.Tangan kecil Aiman terus menggoncang badan ibunya.Akhirnya ibunya cuba bangkit dari kesakitan, tangan ibunya memegang muka Aiman.Dia berpesan,mungkin dia tahu dia tidak akan lama di dunia ini.Suaranya tenggelam timbul.

     "Man,jangan sedih nak,teruskan kehidupan.Jaga adik-adik,ingat Tuhan ya.Ibu akan pergi bertemu Allah.Jangan tangisi sangat pemergian ibu.Ibu tak dapat tunaikan janji ibu pada kamu untuk melindungi anak-anak ibu.Ibu tak mampu nak.Kita jumpa di syurga nanti ya nak.Ingat selalu yang ibu sentiasa sayang kamu semua.Ibu..."tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya,malaikat maut sudah datang menjemput.Masa yang diberikan untuk menyampaikan hajat terakhir pada anaknya sudah tamat.Tangisan Aiman semakin deras.Tangan ibunya sudah jatuh ke tanah dari mukanya sebentar tadi. 

        Aiman menggapai tangan ibunya yang terjatuh tadi.

      "Ibu,janganlah pergi bu.Ibu mesti tunaikan janji ibu.Bagaimana Aiman dan adik-adik nanti?Siapa yang nak jaga dan bagi makan kami nanti?Di mana lagi Aiman nak cari masakan sesedap masakan ibu?Siapa lagi yang bisa menghangatkan tubuh kami selain pelukan ibu?Ibu...jan..gan pergi bu..."Aiman memeluk ibunya sambil mengucup dahi ibunya buat sekian kalinya.Air matanya masih terus mengalir.Ibunya sudah pergi,badan ibunya juga sudah semakin dingin.

     "Mari sayang,kita cari tempat berlindung."diangkatnya adik kecilnya itu.Tangisannya masih ada,namun digagahkannya semangat jiwanya.Dia mencari adiknya seorang lagi,Shahira yang tidak kedengaran suaranya dari tadi.Namun adiknya itu turut serta barsama ibunya.Kepalanya terhantuk kuat pada satu besi sehingga menyebabkan luka yang dalam.

      "Ira...Ira pun nak tinggalkan abang?Tak sayang abang dah kah?Tak nak main dengan abang lagi?Bangun sayang,abang dengan adik nie.Mari kita cari tempat perlindungan.Ibu dah pergi tinggalkan kita.Ira,dengar cakap abang,bangun sayang"Digerak-gerakkannya badan adiknya itu,namun tiada respon.Hatinya semakin sebak.Dia tahu adiknya sudah tiada.Dikucupnya pipi adik keduanya itu sama seperti dia melakukan pada ibunya sebentar tadi.
     "Ira,tunggu abang ya di atas sana,abang sayang Ira sangat-sangat.Mari Azim,kita pergi dari sini.Nanti esok kita cari ayah."Aiman mendukung adiknya yang kecil itu.Usia Aiman yang baru 5 tahun seolah-olah tidak penting lagi.Dia seperti orang dewasa saat ini dan hanya memikirkan untuk menyelamatkan adiknya yang bungsu itu.Tidak ingin terjadi sesuatu lagi pada adiknya itu.

      Tembakan dari tentera zionis dilakukan secara rambang.Aiman bersembunyi bersama adik kecilnya.Berharap hari esok cepat tiba!

      "Ya Allah lindungilah aku saat ini.Aku berserah padamu ya Allah!"

     Ternyata aku beruntung berada di bumi yang aku pijak ini.Aku berdoa semoga saudara-saudara seagama di Gaza akan dilindungi oleh Allah yang Maha Esa!


Saturday 17 November 2012

'Lelaki tua 2'

                         #Senior Vs Junior!

       "Di dalam kedai kita nie,tiada lagi hebat selain aku.Hampir semua aku tahu apa kegunaan,berapa harga pasaran dan segala-galanya.Sebelum aku pindah,aku akan beri secebis ilmu aku padamu.Hanya secebis saja tau!Tak boleh lebih-lebih..."    

       Sungguh yakin kau terhadap dirimu.Jikalau sesiapa mendengarnya pasti menyampah dengan kata-katamu sebegitu.Andai kau ingin memberi ilmumu,tidak perlulah kau membanggakan dirimu sebegitu.Sesungguhnya merasakan dirimu lebih baik dari insan lain adalah sifat iblis laknatullah.Maka,kau adalah sahabat iblis itu?Aku tergelak sendiri mengenangkan kata-kata itu.Tidak sedarkah kau yang kau itu hanya 'lelaki tua' yang sangat bongkak?MasyALLAH...
  
              Apabila Junior melaksanakan tugas seperti yang diarahkan,kau yang sebagai Senior mula berkata-kata.Mula tidak senang duduk.Adakah kau rasa tergugat dengan budak-budak junior?Bukankah kau hebat atas segala-galanya?Kau hanya perlu yakin pada dirimu sahaja,ingat kata-kata yang pernah kau lemparkan,maka lenyaplah rasa gusar itu.Ternyata kau 'lelaki tua' yang gusar!

             Penat sahaja sedikit,kau terus ingin santai dengan rokokmu.Konon hendak menghilangkan rasa penat itu.Padahal baru sejenak kau melaksanakan kerjamu.Baru sekejap kau santai di pantri menjamah makananmu.This was that you called professional?Bila sang junior melakukan kesilapan,kau terus 'attack'!Kau terus melenting.Konon nak perbetulkan kesilapan itu.Tapi adakah itu satu cara yang betul wahai sang Senior?Bagaimana pula dengan kau yang sering terjebak dengan kesalahan?Bukan lagi kesilapan?Ternyata kau 'lelaki tua' yang over confident!

           Pandai sungguh kau mengambil hati orang atasan.Pelbagai kau guna taktik untuk melunturkan hati manusia-manusia itu.Strategi yang terbaik.Kau ingin pangkat,kau cuba 'kipas' insan pangkat tinggi.Apa saja yang dipinta kau sanggup turuti.Kerja sang junior kau 'take over' apabila kau rasa kerja yang dilakukan bisa menjadi tumpuan manusia pengkritik di dalam pejabat itu.Lembu punya susu,kerbau yang dapat nama.What the Fish!Ternyata kau 'lelaki tua yang tak berdaya!'

           Bila kau ditempatkan di kawasan yang kau fikir hanya sang junior layak mendudukinya,kau mula buang muka.Kau tidak berpuas hati.Pelik sungguh kau wahai 'lelaki tua'!Ternyata kau memang layak dipanggil 'lelaki tua' walaupun kau belum layak digelar sebegitu.Aku sangat sesak dengan perangai bangga dirimu itu.Bha,kau jadilah dirimu yang kau bangga-banggakan itu.Caaaauuuuuu...Good luck!

          Aku tidak ingin digelar 'lelaki tua',sebab aku bukan kau! :p


            
                

Thursday 8 November 2012

Wanita pujaan???

                            #Kau cantik,Tapi...

            Hujan yang lebat dan angin yang kencang menerbangkan kau sehingga ke sini.Kau ditemani dengan sekaki payung yang berwarna merah jambu bercorakkan alam flora.Kau cantik seperti Mariah Carey,malahan pemakaianmu turut hampir menyamai penyanyi barat itu.
           Badanmu hampir suku dibasahi air dari langit.Kau jadi perhatian kepada kaum adam dan menjadi bahan umpatan bagi kaum hawa.Aku tidak meletakkan sebarang komen padamu.Malahan aku tidak sedar aku telah memberikan kuntuman senyuman 'plastik' untukmu saat mata kita bertentang.Tanda ucapan 'welcome' padamu.

           Kau menhampiri aku setelah senyuman yang aku lemparkan padamu sebentar tadi.Mungkin kau rasa aku menyambutmu dengan hati terbuka.Lenggang-lenggok,huraian rambut, lesung pipi dan bentuk badanmu yang mengngiurkan mencabar keimananku.Senyuman terus aku berikan,walaupun susunan gigiku tidaklah terlalu cantik seperti actor popular masa kini.Aku buat selamba.Seolah-olah tiada apa-apa yang aku rasa.
 
           "Abang,nak tanya,hair dryer ada tak?"

            Huh,kau adalah makhluk Tuhan paling seksi saat itu.Adakah itu jadi satu kebanggaan bagimu wahai wanita???

           "Hmm,yang baru takde stock ah,secondhand je yang ada."Suara aku terketar-ketar,namun aku cuba sembunyikannya.Minyak wangi yang kau pakai mewangikan satu kedai.Apabila kau lalu wangian lavender itu menusuk ke rongga hidung.Rasanya kau ingin wangikan tempat aku cari sesuap nasi itu.

            "owwhhh,tak pe lah..."Bajumu itu menampak lurah mahkotamu.Tidak menafikan mata ini agak liar apabila kau sendiri mendedahkan aurat yang sepatutnya kau sembunyikan.Aku manusia biasa dan lumrah lelaki seperti itu.

            Namun kau tetap bukan wanita pujaan hati ini meskipun debaran terasa tika melihatmu.Aku tidak mendambakan wanita yang seksi di mata masyarakat tetapi aku hanya ingin wanita yang mengoda di mata ini sahaja.Aku tidak memuja wanita yang mewarnakan rambutnya persis lady gaga malahan aku juga tidak menggilakan wanita yang tidak mengenal erti bersyukur atas apa yang dia miliki dan aku tidak ingin wanita pujaan hati berwarna-warni mukanya seperti pelangi.Aku cuma ingin wanita yang simple dan bisa menjaga maruah dirinya dari dicemuh manusia lain!

           Pernah aku mendengar orang berkata bahawa wanita yang tidak bersyukur dan yakin pada dirinya adalah wanita seperti kau yang ingin nampak menarik dengan mendedahkan segala-galanya.Aku bukan insan yang terbaik,malahan belum layak membina masjid dan mencari makmumnya.Cuma aku ingin mengatakan kau bukan 'wanita pujaan'dan mengingatkan diri yang aku perlu wanita yang bisa membimbing aku dan bakal zuriatku!!!  



           
           

Sunday 4 November 2012

Karangan kanak-kanak!!!

                             #Aku sebatang pen...

            Tika aku leka menulis something di dalam blog dan kertas ajaib aku,aku diterpa oleh seorang yang sangat aku sanjungi.Dia meminta aku menghasilkan satu karangan yang bertajuk 'Aku sebatang pen'.Aku tahu dia sengaja ingin menyakat dan lihat cara aku mengarang waktu spm dulu.Samada layakkah aku memegang keputusan A dalam subjek Bahasa Melayu.Nikmatilah coretan kanak-kanak ini...

         Dunia seakan-akan mentertawakan aku.Melihat aku menghabiskan sisa hidup di kawasan yang kotor dan tidak sepatutnya aku menghuni di situ.Tika dulu,hanya keindahan dunia yang yang bermain di kotak minda ini dan terpamer di mata.Langsung tiada 'back-up' perancangan yang aku atur untuk bertemu detik kehampaan.Langit luas aku pandang.Sekumpulan awan berarak dan seolah-olah sedang tersenyum dan melambai kepada aku.

            'Huh,persetan itu semua!'
            Seketika aku hilang dalam dimensi realiti.Terkhayal dan tertanya pada hati,adakah aku layak diperlakukan sebegitu?Atau segalanya berhikmah terhadap aku tika aku sudah menghuni dunia yang fana ini?

          Aku Faber Castle.Berperwatakan low profile dan aku hanya insan biasa yang semua bisa miliki.Namun kesetiaan dan pengorbanan yang aku berikan kepada sesiapa sahaja yang bergelar 'pemilik' bagi aku adalah luar biasa!

         "Excuse me!Akak,saya nak cari pen mata bulat.Ada tak?"soal seorang remaja dalam lingkungan 20-an kepada pekerja supermarket di mana tempat aku bermaustatin.Aku dari tadi hanya melihat tingkah-laku remaja tersebut.Kehulur-kehilir hanya disebabkan untuk memenuhi permintaan hati yang terlalu tinggi.Aku hanya di pandang tanpa disentuh.Seolah-olah martabat aku sangat rendah.Sedangkan aku juga bermata bulat seperti yang diingininya.

        "Yang ada kat situ je dik,pen jenis mata bulat,mata tajam,tiada mata semua ada dekat rak tue..."Jawab wanita itu.Wajah pemuda tersebut berubah,senyumannya luntur,Mungkin tersentap dengan kata-kata pekerja supermarket itu.

         'Padan muka!'Aku ketawa  dan hati aku bersorak riang.Sakit hati aku terbalas.Namun belum sempat aku menghabiskan sisa kegembiraan itu,aku direntap oleh sesorang.Tanpa mencuba aku,aku terus ditebus di kaunter penebusan hamba.Aku terkejut akan tindakannya,sangat mempercayai aku 100% mampu berkhidmat padanya.Tapi aku bersyukur,aku sudah mempunyai 'tuan' dan mampu berkhidmat pada insan yang bergelar 'manusia'!Kerisauan aku sudah berakhir.

         'Huh,mengapa bilik nie terlalu bersepah?Ini stor ke apa?'Aku bermonolog apabila terbangun dari lena.Cahaya lampu menembusi kulit kelopak mataku.Jiwa aku sesak.Suasana bilik yang tidak terkemas,buku tidak tersusun rapi,komputer terus 'on' dan kertas bertaburan di sana-sini.Aku tidak tahu dia berstatus apa,'single' atau milik orang,kerja sebagai apa?Mungkin guru?Tak mungkin pula guru,hidup tak terurus.Student?Mungkin sekali!

       'MasyAllah,aku terevolusi dengan bisikan syaitan!Seharusnya aku bersyukur,bukannya merungut sebegini.Niat aku sudah terpesong!'

       "Tuan kita macam mana ya orangnya?Baik tak?"Aku bertanya pada insan lain di mana ada bersama aku di dalam tempat bersemayam itu.Namun semua hanya diam membisu.Memandang kosong pada aku sahaja mereka semua.Seperti bangkai bernyawa.Zombikah?

      'Tidak gembirakah mereka menetap dan berkhidmat pada 'tuan'?'Hati berbisik sendiri.Perasaan mula berkocak.Pelbagai rasa yang bermain di cerebrum otak aku.

      Detik yang aku nanti telah tiba.Tuan yang ingin aku lihat tengah berdiri di hadapan aku.Ku lihat pada raut wajahnya dengan sekilas,terlihat seperti manusia yang penuh dengan masalah.

      "Huh?Aku tengah bertungkus-lumus nie menyiapkan 10 buah cerpen yang pihak penulisan tue mintak!Dorang tak boleh ke sabar?"Aku terdengar sedikit pergaduhan dari tuanku melalui telefon.

       Baru saja aku ingin berkhidmat,baru sekejap aku berasmara dengan jari dan baru sekejap aku teransang,panggilan telefon milik tuanku itu mengganggu malamku!Aku mencuri dengar perbualan tuanku itu.Rasa ingin tahu itu menerpa di hati.

     "Fikir senang ke hasilkan karya yang baik?Aku banyak kerja nie,nanti aku call balik!"
  
       Rupa-rupanya tuanku itu adalah seorang penulis.Memberikan cerita kepada manusia sebagai manisan minda walaupun dia sendiri tertekan atas desakan permintaan orang atasan.Mungkin ya,dulu dia gembira,tapi sekarang dia seolah-olah lemas dalam dunia kesukaannya itu.Walau bagaimanapun,terdetik rasa bangga di hati bahawa aku bertuankan seorang penulis.

     Masa silih berganti,bumi terus berputar.Berputar meninggalkan jauh semua kenangan.Susah senang aku terus menemani tuanku.Aku terus setia.Ternyata aku memberikan khidmat yang sangat terbaik untuknya.Pelbagai karya sudah terhasil olehku.Pelbagai coretan turut aku muntahkan.Namun yang aku hairankan,mengapa khidmat yang lain tidak digunakan.Bila aku ingin berbual mesra dengan mereka,semua hanya memandang kosong terhadapku.Situasi begitu sahaja yang aku terima.

     'Arrggghhh,biarlah mereka dengan hidup mesteri mereka.Semua itu aku tak kisah.I have my own life!'

      Ternyata indah bukan selalu,matahari bisa suram,dan roda kehidupan akan terus berubah.Hari ini aku tidak sihat.Namun tuanku tetap tidak mempedulikan keadaan aku.Apa yang diinginkannya hanyalah karyanyadapat disiapkan dengan segera.Aku tidak dapat menolak permintaan tuanku itu,kerna aku hanya hamba kepadanya.

     "Eh,mengapa pen nie wat problem plak time gini nie?"Kepala aku dihentak-hentak berapa kali pada helaian putih itu.Aku tidak mampu,diremuknya kertas putih itu.Dia tetap mencuba aku,namun keputusan tetap sama aku berikan.Aku sakit!!!

     "Stress kalau begini!"
  
     Aku dilempar ke lantai.Badan aku patah dua.Aku terkilan,aku tidak percaya aku diperlakukan sebegitu setelah pengorbanan besar yang telah aku lakukan.Ini yang aku terima?Teringat aku pada satu pepatah manusia,'habis madu sepah dibuang'.Cepat sungguh manusia lupa pada segalanya.

    Aku dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sampah.Aku bersumpah,andai aku bisa dilahirkan semula aku tidak ingin bertuankan 'manusia' seperti kau!Seketika kemudian,rakan-rakan yang turut menghuni 'rumah' yang kami huni itu turut dilempar ke dalam tong sampah.

    "Semua pen nie,tak berguna langsung..."Terdengar tutur bicara tuan kami itu.Oppss bekas tuan!Dan ternyata semua persoalan di minda aku telah terjawab.

    Aku tersedar dari khayalan apabila rintik hujan membasahi aku.Kini,hidup atau mati tidak lagi penting buat aku.Aku sudah tidak berdaya.Aku hanya 'lelaki tua' yang tidak berdaya.Hidup dalam kelemasan jiwa!

     Komen darinya:It's alot of -ve.There is sadness ending but for a +ve,it's too little...Think positive and improve yourself,try again...
Haha,sangat smart baca komen dari beliau!!!

SEKIAN!