blue Who is Me???: March 2013

Followers

Saturday 16 March 2013

Hijau+Ungu+Kelabu = Cantikkah warna itu?




                         # Inikah takdirku?

              Lagu yang berjudul hampa dari nyanyian penyanyi Ari Lasso aku matikan. Mengingatkan aku pada cerita lalu. Cerita biasa yang mungkin bukan cerita popular di dunia ini. Bukan cerita politik mahupun cerita artis antarabangsa,tetapi cerita insan biasa sebagai hamba Allah...

             Angin yang bertiup menenangkan sementara perasaan diri yang berkecamuk. Pengangkutan laut yang aku naiki itu bakal meninggalkan bumi di mana aku dilahirkan, malahan dibesarkan sebagai remaja jati negara tercinta. Perlahan pergerakan feri saat ini. Aku hanya menatap air laut yang berwarna hijau-kebiruan itu. Geloranya hanya sedikit,namun gelora hati ini,hanya Tuhan saja yang mengetahui. Air mata gugur sekali lagi. Kosong,kosong,kosong bekalan air suci itu!

             Baru berapa jam aku tinggalkan semua kenangan hidup di tanah bumi itu,aku sudah jadi seperti ‘kucing kehilangan anak’. Pelbagai andaian aku bayangkan tentang di bumi seberang yang aku belum sesuaikan dengan jiwa ini. Teringat dan terbayang memori bersama sahabat-sahabat yang selalu menjadi peneman keberlangsungan hidupku. Ya,inilah takdir yang aku harus hadapi. Apakah hikmah ini semua? Jiwa aku kacau.

             Suasana kelas saat itu sangat senyap,semua fokus menghafal nota-nota sejarah yang dikehendaki oleh seorang guru.

             “Siapa lagi yang masih belum ada kad pengenalan di dalam kelas nie?” Saat itu semua tersentak. Entah mengapa persoalan itu yang di timbulkan oleh seorang guru yang dihormati.

             “Angkat tangan tinggi-tinggi siapa yang belum ada?” Suara itu sekali lagi memecahkan keheningan kelas. Aku yang duduk di baris belakang melihat kehadapan. Perlahan-lahan tangan aku angkat. Ada empat tangan yang terangkat dari empat individu manusia yang berbeza termasuk diri ini. Aku lihat pada Ads,Yus dan Ana mereka nampak tegang pada wajah mereka. Ya aku tahu aku nampak cool pada semua insan, tapi hati ini hanya Allah yang tahu apa sebenarnya gelora hati ini. Lukisan watak komik pada buku catatan milikku aku lihat. Watak komik itu senyum aku lukis,aku renyukkan!

              “Cikgu rasa tak perlulah kamu study baik-baik,sebabnya kamu takkan kemana-mana jugak lepas nie. Dan yang pastinya,itu pasti menyakitkan. Apalah makna dapat result baik kalau sekadar jadi tatapan tanpa boleh digunakan?” Kata-kata yang dilemparkan itu lebih menyakitkan berbanding masa hadapan yang bakal aku tempuhi yang mana tiada seorang pun mengetahuinya lagi.

                “Okeylah,kamu sambung study,cikgu ada hal di bilik guru.” Apakah ini semua? Aku sakit, sakit yang sukar untuk disembuhkan. Sakit hati pada seorang paengajar! 

                Hujan yang turun menghilangkan aku pada imbasan masa lampau. Titis-titis air dari langit mengajak aku untuk mencari tempat perteduhan di feri itu.

                 “Sardi,jangan lupa pada kami ya kalau kau dah jauh nanti. Kalau ada apa-apa just mesej atau call je ya. Nanti datang rumah jumpa mak dulu sebelum kau belayar.” Suara itu yang aku dengar saat terakhir aku menjejaki sekolah menengah di bumi itu. Suara ija, sahabat selaku keluarga angkat aku saat keluarga asal aku sudah pergi terlebih dahulu pulang ke tanah nenek moyang aku. Aku hanya mengangguk pada suara itu. Sapaan-sapaan yang lain turut aku telan walaupun perit. Wajah-wajah itu masih tersimpan di dalam hati ini. Memang sukar menerima momen itu saat semuanya tidak dirancang di dalam minda.

                  Mesej terakhir dari sahabat-sahabat aku padam. Ingin membuang rasa berat hati bertandang.

                  “Apa yang mahu dikhayalkan lagi tue Sardi? Apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah. Semua yang terjadi adalah yang terbaik yang telah Allah nampakkan pada kita. Semua berhikmah. Jangan disedihkan masalah yang terjadi nak.” Bahu aku dipegang,sapaan dari pakcik Amit,seorang hamba Tuhan yang membawa aku pada kedua orang ibu-bapaku.

                   Air mata ini gugur lagi. Aku peluk susuk tubuh itu.

                  “Jangan nangis nak, yakin pada Allah. Andai kau merindui mereka,sahabatmu,kau doakan saja mereka sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat.” Belakang aku diusap agar mentertenteramkan emosiku saat ini. Aku hanya mengangguk. Apa pun terjadi,aku bersyukur pada yang Maha Esa. Dugaan yang mematangkan diri ini. Inikah warna hidup aku? Warna hijau+ungu+kelabu= Gelap?



                                                            -TAMAT-
           

Tuesday 12 March 2013

Birthday Boy!




                        #Kau Dah Tua lah Mr.A...
              
               "Yessss,finally! Siap jugak cerpen yang dah sekian lama tergendala nie." Aku berbicara sendirian di dalam bilik meluahkan rasa kepuasaan hati. Tidak tahu pada siapa lagi untuk aku berbicara. Semua insan di dalam rumah ini telah keluar pergi ke pasar minggu meninggalkan aku bersendirian 3 jam yang lalu. Kertas-kertas yang aku remukkan akibat ketidapuasaan idea yang tercipta,aku masukkan ke dalam mug yang masih ada air kopi separuh lagi. Tidak ingin aku meneguk air kopi yang telah hilang 'temperature' asalnya.
                Aku bangkit dari kerusi. Ingin menuju ke pusat pembuangan hajat. Rasa malas menerpa ditambah dengan kepenatan minda yang menjelma secara tiba-tiba,namun aku harus meneruskan langkah ke pusat pembuangan hajat tersebut. Rutin harian! Senyum sendiri.
               Perlahan tangan memulas tombol pintu bilik tersebut. Apabila aku keluar dari bilik itu,hanya beberapa langkah kaki melangkah merentasi antara sempadan pintu bilik dan ruang tamu,perabot-perabot yang terletak di ruang tamu bergegar seketika. Aku panik.
              'Ya Allah apakah ini semua?' Aku bersandar pada dinding. Rasa takut  menerpa dengan tiba-tiba. Ayat yang selalu aku semburkan iaitu 'aku adalah hero malaya' tidak mampu melawan rasa panik itu. Semua kembali seperti sedia kala beberapa minit kemudian.
             "Apa nie,gempa bumi ke?" Aku segera menuju ke jendela dan melihat ke bawah untuk memastikan apakah sebenarnya itu semua selepas semua kembali tenang. Namun keadaan di bawah seperti tiada apapun yang terjadi. Bingung.
              "Happy birthday Mar,semoga berjaya dalam kehidupan sayang." Ciuman di berikan oleh ibu di dahiku apabila aku baru sahaja keluar dari tandas. Aku terkejut. Bila mereka semua pulang dari perjalanan mereka? Dan bila masa parti ini di buat? Seingat aku,tidak sampai empat minit aku berada di dalam pusat pembuangan hajat itu. Aku makin jadi keliru. Suasana rumah juga turut berubah.Wajah-wajah yang aku lihat agak berbeza dari yang biasa. Apakah ini semua? Persoalan itu timbul lagi.
               Kalendar aku lihat di dinding. Terlintas di hati untuk melihat bila lagi cuti awam seperti hari ini.
               “Aik,bukan bulan nie ada 28 hari ke? Mengapa ada 29 hari  nie?” Aku berbicara sendiri. Namun satu yang aku terlepas pandang angka tahun di kalendar tersebut. Aku rasa pelik mengapa struktur rumah mahupun warna dan perabot seperti sudah berada di rumah orang lain.  Ya mungkin aku terlepas pandang akan keadaan rumah kerana asyik sibuk dengan dunia sendiri. Dunia penulisan dan kerja. Televisyen mahupun sosialiti di rumah aku tidak terlalu utamakan. Tapi mustahil sangatlah aku bisa terlepas keadaan perubahan rumah ini walaupun aku sibuk seperti ahli politik? Aduh,apa telah jadi dengan minda aku saat ini? Ku pandang cermin sebelum berlalu ke dalam bilik,selangkah aku berlalu ku patah semula melihat wajah milikku  di cermin tersebut. Seperti ada kemusykilan yang terlepas pandang.
                “Arrrgggghhhh, apa dah jadi nie? Mengapa muka aku nampak lain nie?” Semua kelibat memandang aku dengan rasa yang pelik. Muka aku pegang, janggut milikku aku pegang. Semua berbeza.
                 “Ini mengapa tetiba je teriak nie? Kena sampuk ke apa nie Mar?” Aku lihat wajah itu, seiras ayah. Tapi kelihatan agak tua. Mustahil jugak atok. Atok dah lama meninggal dunia. Aku segera pergi melihat kalendar semula. Kali ini aku mesti perhatikan angka tahun di kalendar itu.
                 ’24.02.2024? Biar betul? Tidak aku bermimpi!’ Aku lari masuk ke bilik dengan segera.
                 “Eh bang,tiup dulu lilin kek nie!” Aku hanya memandang pada budak remaja perempuan tersebut. Dalam family, belum ada  adik aku yang remaja lagi. Pintu bilik aku tutup dan kunci.  Aku bersandar pada dinding pintu bilik tersebut.
                 “Ya, Allah apa semua nie?” Fikiranku buntu. Aku menutup mata seketika dan cuba mencari semula semangat yang telah hilang.
                 ‘Tak pe,aku kena kena tempuhinya. Takkan nak jadi lelaki lemah berkurung di dalam bilik kecil ini.’ Perlahan pintu aku buka setelah lima minit aku duduk di dalam bilik kecil milikku itu untuk mencari ketenangan jiwa dan minda.
                  Cahaya terpancar di celah pintu bilik. Aku membukanya dan aku terpaksa menutup mata. Cahaya yang terlalu silau mengenai mata.
                   “Selamat hari lahir tuanku. Selamat menyambut hari keputraan tuanku yang ke 23 tahun.” Aku lihat pada kelibat manusia-manusia yang mengerumuni aku saat ini. Semua berpakaian pelik.
                   ‘Tuanku? Keputraan? Sejak bila aku jadi anak raja nie?’ Aku tersenyum sendiri. Entah apa yang telah terjadi pada diri aku sebenarnya.
                   “Sila duduk tuanku. Ini santapan untuk tuanku,minuman kegemaran  tuanku. Kopi.” Aku mengambil mug yang diberikan oleh hamba tuhan itu. Aku tersenyum. Memang seperti seorang raja.
                      “Terima kasih.” Aku meneguk air kopi itu.
                      ‘Aik apa nie?’ Terasa sesuatu di dalam mulut yang pelik. Aku tarik keluar dari mulut.
                      ‘Kertas?’ Aku teguk sekali lagi,kali ini serpihan kertas itu bertambah besar.
                      “Hei,apasal kertas ada dalam kopi nie?” Semua yang berdiri nampak panik. Tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan.
                     “Cepat ambil kopi dari tuan putera. Segera bertindak!” Kata hamba Tuhan yang dari tadi cuba menghiburkan hati ini.
                     “Tak pe, saya nak ke tandas saja. Nak buang air kopi nie.” Saat aku berjalan semua makin pelik.  Mungkin ayat yang aku gunakan mereka tidak pernah dengari loghatnya. Pandangan mereka terus terarah pada aku.
                     “Ahhh,aduh!” Kaki tersudung. Aku terjatuh dari tangga yang aku turun dari singgahsana yang aku duduki tadi. Ku pegang kaki yang sakit itu. Saat seorang lelaki berpakaian panglima membantu aku untuk bangkit,satu bunyi yang perlahan makin meningkat bunyinya.
                     “Bunyi apa tue?” Nafas aku sesak seperti hidung aku tersumbat.
                     “Uhukkk,uhuukkk…uhukkk”

*                                                           *                                                             *
                       “Mar,buat apa tue? Apa bising-bising tue? Takkan siang-siang hari mengigau? Meh keluar,mak  ada beli kuih nie.” Ketukan dari ibu terus berbunyi. Aku lihat di tangan,aku pegang mug yang ada kopi yang aku isikan kertas selepas aku habiskan cerpen tadi. Mulut aku ada serpihan kertas dan kopi terasa di lidah. MasyAllah aku tertidur rupannya. Siap mengigau lagi.
                       “Kejap,kejap. Amar keluar.” Adui,apa jadi nie? Realiti or fantasi? Aku lihat kalendar,memang 24 februari 2013. Tersenyum sendiri. Serpihan kertas di bibir aku keluarkan. Selamat hari lahir Mar…Silly!


                                                      

                                                              -TAMAT- 

Thursday 7 March 2013

Bidadari atau Pari-pari? Hehe



                                                        No,Aku Mahu Kahwin!

‘Aku tak percaya pada perkahwinan!’
              
          “Hei Kim,tak nak join kita orang minum dekat restoran bawah office ke? Marilah,tak lama. Kejap je.” Konsentrasi aku pada kerja yang aku buat hilang serta-merta apabila hamba Tuhan yang menegur aku tanpa ada mukadimah terlebih dahulu. Aku pandang pada susuk tubuh yang berdiri betul-betul di hadapanku saat ini. Amirul. 
           ‘Isykk,orang nie,potong stim betul!’
           “Kalau iya pun jangan ah tegur aku dari belakang macam gitu. Terkejut mak tau! Gugur peranakan I. You nak bertanggungjawab?” Aku buat gaya selamba. Amirul tergelak. Kay yang berada di meja hujung menjeling pada aku. Mungkin dia menyangka aku copy paste ayat yang selalu digunakannya. Hmm,mungkin juga. Tersenyum sendiri.
            “Eh,cepatlah. Nie nak join ke tak nie?” Amirul mengulang pertanyaannya pada aku.
             “Kalau tak nak aku blah.” Perlahan kakinya melangkah meninggalkan aku.
             “Hey,tunggu ah. Aku nak join jugak. Dari duduk terperuk di dalam ofis nie tatap muka si Kay. Baik aku join kamu. Tunggulah Mak kejap!” Segera aku berdiri dan mengambil barang yang penting untuk dibawa.
              “Amboi mulut kau sekarang nie Kimi makin lancang. Kang aku cili mulut tue baru tahu! Kau tak perasaan yang aku nie penyeri ofis nie tau.” Kay bersuara apabila aku sengaja menguatkan suaraku sebentar tadi. Aku berlalu meninggalkan Kay si lembut keseorangan sambil melepaskan riak muka seolah-olah seperti ingin muntah. Dia menjeling sekali lagi pada aku. Aku tak kisah!
               ‘Penyeri konon,menyampah!’

        *                                                  *                                                              *

               Saat aku dan rakan sekerja yang lain rancak bergurau-senda,mata aku terpaku pada seorang wanita yang tengah duduk selang dua meja dari meja kami. Bila dia duduk di situ pun aku tidak pasti. Mustahil juga bidadari jatuh dari atas langit. Andai dia jatuh dari atas langit pun terpaksa juga dia lalu di depan pintu restoran ini. Malahan andai dia bidadari sudah tentu bersama gaun kembangnya. Aku tertawa sendiri.
                 “Hei,apasal tersengih-sengih nie? Kena rasuk erk?” Jim menegur aku saat aku sibuk melayan perasaan dan khayalan aku yang telah terbang ke dunia yang hanya ada aku sahaja.
                  “Owhhhh, rupa-rupanya dari tadi kau tak dengar apapun yang kami bualkan,kan?” Sambung Jim pada aku. Namun aku masih tidak dapat detect perbualan yang dia sampaikan itu.
                  “Kimi!” Jerit Amirul sambil menepuk belakang aku. Hampir saja aku terjerit di restoran itu. Semua melihat pada gelagat kami. Termasuk si pari-pari idaman aku. Aku terpaku apabila matanya melihat pada aku dan menguntumkan senyuman paling menawan. Tidak pernah aku jatuh cinta pada pandangan pertama seperti ini.
                   “Eh,apasal nie? Buat orang terkejut?” Aku cuba menarik muka pada Amirul.
                    “Aik,nak marah Mirul pulak? Yang kau melayang jauh entah ke mana why sayang? Jim bawa Kim bercakap pun  Kim tak layan. Mengapa nie sayang?” Amirul membuat gaya bapok dengan memegang muka dan janggutku. Aku menepis. Air sirap itu aku teguk. Semua mereka tertawa,tapi aku biarkan saja. Aku lihat pada meja si pari-pari,dia telah tiada di kerusi tersebut. Yang hanya aku lihat adalah gelas shake bekas santapannya.
                     “Cari siapa tue cayang? Awak curang ah Kimi!” Amirul memukul bahu aku sekali lagi dengan gaya makhluk yang di tirunya sebentar tadi.
                     “Isykkkk, Mirul dah ah. Stop it! Rimaslah Kim tengok. Disgusting.” Aku tersenyum.
                     “Itu Azira. Kerja sebagai designer di ofis tingkat 5 seblok dengan kita. Tak lekang mata kau tengok dia dari tadi. Jatuh cinta ke Encik Kimi?” Safwan bersuara di hujung sana.
                      “Masih single lagi tue.” Sambungnya lagi sambil tersenyum sumbing.
                       “Eh manada aku jatuh cinta. Just tengok dia bab tak pernah pun tengok dia sebelum nie. Nak kenal jiran baru saja.” Aku tersenyum lagi. Panjang senyuman aku kuntumkan.
                       “Kalau tak jatuh hati,taklah sampai senyum macam tue.” Cakap  Jim pula kepadaku.
                      ‘Adui mereka nie sibuk sangatlah…’
                       Tapi aku juga pelik akan perasaan yang wujud ini. Selepas aku dikecewakan oleh bakal isteri aku dengan curang terhadap perhubungan yang kami bina,aku sudah mula jijik terhadap wanita. Malahan perkahwinan juga aku tidak percaya pada sistemnya. Tapi aku memang bodoh,terlalu ikutkan perasaan. Aku telah jauh dari mempercayai fitrah dunia. MasyAllah!

       *                                                 *                                                    *

                        Sudah seminggu aku perhatikan bidadari impian hati aku. Coklat shake dan pancake strawberry terus menjadi penemannya pada setiap hari. Malahan meja yang sama menjadi pilihannya. Dalam seminggu itu juga,aku tidak perlu di ajak untuk turun ambil tea break oleh Amirul mahupun Jim malahan aku yang mengajak mereka untuk mengambil tea break setiap hari. Ya aku sudah gila,termakan dengan kata-kata sendiri yang mana tidak ingin jatuh cinta pada sesiapa lagi. Ternyata Tuhan itu Maha Berkuasa.
                        “Eh, mana bidadari hati aku? Dia tak minum petang ke?” Aku tercari-cari kelibat hamba Tuhan itu di restoran yang biasa menjadi sebagai port lepak. Ternyata ia hanya membuatkan aku hampa. Tapi mengapa aku harus merasa sebegitu? Perlahan kaki aku melangkah. Aku jalan perlahan dan tidak mempedulikan semua masyarakat di sekeliling pada saat ini. Aku singgah ke 7eleven. Coklat bar aku rentap.
                       “Mengapa sedih nie encik?” Aku menoleh pada sapaan tersebut. Pandangan mata bertentang. Jantung mula berdetak saat mata menhantar pandangan tersebut ke minda dan sistem adrenalin badan meningkat secara mendadak.
                       “Tak minum petang ke encik?” Aku tergagap atas sapaan itu sekali lagi.
                      “Taaakk. Eh,bukan nak. Nak pergi minum ah nie. Tapi tak de teman nak minum.” Balas aku perlahan.
                     ‘Adui,hati tolong jangan berdebar terlalu kuat. Kau tak kasihan pada tuanmu ini ke?’ Body language semakin tidak dapat dikawalkan dek minda. Kau tahu ke apa itu ‘body language’ Mr.Kimi?
                     Suasana restoran Mak Nik pada saat ini lenggang dari kelibat-kelibat pekerja pejabat yang bertapak di kawasan metropolitan ini. Rakan sepejabat aku juga sedang sibuk menguruskan kerja masing-masing yang harus di submit secepat mungkin kepada bos besar. Air yang aku pesan sebentar tadi aku gaul perlahan-lahan. Capuccino panas.
                    “Ini first time kita berbual sebegini bukan encik?” perbualan pembukaan dari wanita tersebut.
                    “Eh,panggil Kimi sahaja. Tak perlu skema sangat k.” Balas aku.
                    “Kimi? Manja nama tue. Aku just panggil Ira okey.” Aku rasa telinga aku dah jadi merah sepenuhnya. Malu rasanya.
                    “Aku selalu perasaan yang Kimi selalu perhatikan Ira. Mengapa ya?” Persoalan itu sekali lagi menyebabkan paras panas telinga aku tidak jatuh suhunya. Aku tidak mampu terjawab persoalan itu. Matanya aku tidak tatap sepenuhnya.
                    “Kimi jatuh cinta pada Ira ya?”
                    ‘Huh,prsoalan apakah ini wahai wanita? Mengapa kau mempersoalkan ayat itu? Adakah kau bisa membaca hati manusia lain sebenarnya? Ataupun kau adalah bidadari seperti yang aku jangkakan?’ Bicara hati terus menyelubungi jiwa. Ternyata aku tidak fokus padanya saat ini.
                   “Kimi? Owhhh,Kimi? Encik Kimi!”
                   “Ya aku jatuh hati pada kau Ira,aku ingin jadikan kau kekasih hati aku. Hati ini hanya akan aku beri untukmu Ira!” Aku terbangkit dari kerusi tersebut dan ayat itu yang aku tersembur apabila Azira memanggil aku  dengan nada yang agak kuat apabila aku tidak mampu memberi fokus padanya. Mukanya berubah merah setelah ayat itu yang keluar.
                   "Ehhh,duduklah. Malu orang tengok." Ira menarik tangan aku meminta agar aku segera duduk.
                   “Opppsss sorry,aku tak sengaja terlepas cakap. Memang perangai aku begitu kalau aku terkejut sangat.” Balas aku padanya. Aku tertunduk malu.
                   “Tak pa,dah lama aku tahu. Sebenarnya Amirul tue kazen aku. Dia dah story segalanya pada aku. Dia sengaja merahsiakan pada kau tentang perhubungan kekeluargaan kami ini. Nak tengok kau ikhlas atau tak. Ternyata kau memang serius nak kenal dengan aku bukan?” Aku hanya mampu mengangguk padanya namun hati aku menyumpah. Tergamak punya kawan tak kenalkan dengan aku pada cousin dia yang macam bidadari nie dari dulu lagi.
                   “Andai Kimi serius,Ira nak Kimi masuk meminang selepas tiga bulan perkenalan kita ini bermula saat nie. Setuju? Kita tak perlu bercinta,kita hanya akan bercinta apabila kita sudah kahwin. Cerita kita adalah sama. Dikecewakan saat perkahwinan ingin datang bertandang. Mungkin jodoh bukan milik kita saat itu.”
                   ‘Mirul ceritakan segalanya pada Ira? Tak guna punya member. Aku gesek ah kepala kau nanti.’ Aku tersenyum sendiri.
                   “Ira serius ke nie?” Balas aku padanya.
                  “Nampak Ira macam bergurau ke wahai Encik Hakimi bin Syazrin?” Dia senyum lebar pada aku. Hati aku berbunga-bunga. Aku seolah-olah bulan jatuh keriba.
                  ‘Nama full aku pun dia tahu? Ah,tak kisah ah yang penting aku happy sekarang nie! Yahooooo… Aku bertemu sang bidadari hati. Aku akan berkahwin. Aku ingin tarik semula ayat aku yang dahulu tue yang mana aku tidak mempercayai perkahwinan.’
                  “Tapi dengan satu syarat, andai Ira nampak hanya sekali Kimi curang di belakang Ira,semua terbatal serta-merta. Faham Mr.Kimi?”
                   “Jangan kata satu syarat,sepuluh syarat pun Kimi mampu dan akan laksanakannya.” Mata kami berdua bertentang sekali lagi. Kini Ku rasa seperti ingin memeluk wanita bakal isteri aku itu sahaja. MasyaAllah. Kuatkan iman ini. 




                                                               -TAMAT-