# Inikah
takdirku?
Lagu yang berjudul hampa dari nyanyian
penyanyi Ari Lasso aku matikan. Mengingatkan aku pada cerita lalu. Cerita biasa
yang mungkin bukan cerita popular di dunia ini. Bukan cerita politik mahupun
cerita artis antarabangsa,tetapi cerita insan biasa sebagai hamba Allah...
Angin yang bertiup menenangkan
sementara perasaan diri yang berkecamuk. Pengangkutan laut yang aku naiki itu
bakal meninggalkan bumi di mana aku dilahirkan, malahan dibesarkan sebagai
remaja jati negara tercinta. Perlahan pergerakan feri saat ini. Aku hanya
menatap air laut yang berwarna hijau-kebiruan itu. Geloranya hanya
sedikit,namun gelora hati ini,hanya Tuhan saja yang mengetahui. Air mata gugur
sekali lagi. Kosong,kosong,kosong bekalan air suci itu!
Baru berapa jam aku tinggalkan
semua kenangan hidup di tanah bumi itu,aku sudah jadi seperti ‘kucing
kehilangan anak’. Pelbagai andaian aku bayangkan tentang di bumi seberang yang
aku belum sesuaikan dengan jiwa ini. Teringat dan terbayang memori bersama
sahabat-sahabat yang selalu menjadi peneman keberlangsungan hidupku. Ya,inilah
takdir yang aku harus hadapi. Apakah hikmah ini semua? Jiwa aku kacau.
Suasana kelas saat itu sangat
senyap,semua fokus menghafal nota-nota sejarah yang dikehendaki oleh seorang
guru.
“Siapa lagi yang masih belum ada
kad pengenalan di dalam kelas nie?” Saat itu semua tersentak. Entah mengapa
persoalan itu yang di timbulkan oleh seorang guru yang dihormati.
“Angkat tangan tinggi-tinggi
siapa yang belum ada?” Suara itu sekali lagi memecahkan keheningan kelas. Aku
yang duduk di baris belakang melihat kehadapan. Perlahan-lahan tangan aku
angkat. Ada empat tangan yang terangkat dari empat individu manusia yang
berbeza termasuk diri ini. Aku lihat pada Ads,Yus dan Ana mereka nampak tegang
pada wajah mereka. Ya aku tahu aku nampak cool pada semua insan, tapi hati ini
hanya Allah yang tahu apa sebenarnya gelora hati ini. Lukisan watak komik pada
buku catatan milikku aku lihat. Watak komik itu senyum aku lukis,aku renyukkan!
“Cikgu rasa tak perlulah kamu
study baik-baik,sebabnya kamu takkan kemana-mana jugak lepas nie. Dan yang
pastinya,itu pasti menyakitkan. Apalah makna dapat result baik kalau sekadar
jadi tatapan tanpa boleh digunakan?” Kata-kata yang dilemparkan itu lebih
menyakitkan berbanding masa hadapan yang bakal aku tempuhi yang mana tiada
seorang pun mengetahuinya lagi.
“Okeylah,kamu sambung
study,cikgu ada hal di bilik guru.” Apakah ini semua? Aku sakit, sakit yang
sukar untuk disembuhkan. Sakit hati pada seorang paengajar!
Hujan yang turun menghilangkan
aku pada imbasan masa lampau. Titis-titis air dari langit mengajak aku untuk
mencari tempat perteduhan di feri itu.
“Sardi,jangan lupa pada kami
ya kalau kau dah jauh nanti. Kalau ada apa-apa just mesej atau call je ya.
Nanti datang rumah jumpa mak dulu sebelum kau belayar.” Suara itu yang aku
dengar saat terakhir aku menjejaki sekolah menengah di bumi itu. Suara ija,
sahabat selaku keluarga angkat aku saat keluarga asal aku sudah pergi terlebih
dahulu pulang ke tanah nenek moyang aku. Aku hanya mengangguk pada suara itu.
Sapaan-sapaan yang lain turut aku telan walaupun perit. Wajah-wajah itu masih
tersimpan di dalam hati ini. Memang sukar menerima momen itu saat semuanya
tidak dirancang di dalam minda.
Mesej terakhir dari sahabat-sahabat
aku padam. Ingin membuang rasa berat hati bertandang.
“Apa yang mahu dikhayalkan
lagi tue Sardi? Apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah. Semua yang
terjadi adalah yang terbaik yang telah Allah nampakkan pada kita. Semua
berhikmah. Jangan disedihkan masalah yang terjadi nak.” Bahu aku
dipegang,sapaan dari pakcik Amit,seorang hamba Tuhan yang membawa aku pada
kedua orang ibu-bapaku.
Air mata ini gugur lagi. Aku
peluk susuk tubuh itu.
“Jangan nangis nak, yakin
pada Allah. Andai kau merindui mereka,sahabatmu,kau doakan saja mereka sentiasa
dalam keadaan yang baik dan sihat.” Belakang aku diusap agar mentertenteramkan
emosiku saat ini. Aku hanya mengangguk. Apa pun terjadi,aku bersyukur pada yang
Maha Esa. Dugaan yang mematangkan diri ini. Inikah warna hidup aku? Warna
hijau+ungu+kelabu= Gelap?
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment