blue Who is Me???: 'Lelaki tua'

Followers

Thursday 18 October 2012

'Lelaki tua'

                          #Usia itu harus kau ingat selalu!

                
         "Wajah dan tubuh yang kau agungkan padamu hanyalah imaginasi.Manakala harta yang kau megahkan hanyalah ilusi.Kerana kau hanya 'lelaki tua' yang tidak berdaya dan hanya menurut nafsu semata-mata..."


            Kau merasakan bahawa kau adalah pekerja harapan dan kau bisa membuat sesuka hati di kawasan itu.Seolah-olah kau berkelayakan melakukan sebegitu.Kau harus sedar kau siapa!Kau hanya  sama seperti orang lain,makan gaji dan orang bawahan.Yang membezakan hanyalah tempoh menetap mencari sesuap nasi di situ.Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang berfikiran cetek!

            Apa yang kau lakukan kau rasakan adalah yang sangat terbaik di mata pihak atasan.Ternyata dunia itu adil walaupun kebanyakan mengatakan dunia itu kejam!Why?Sesungguhnya,manusia sendiri mampu menilai walaupun penilaian itu tidaklah 100% mampu tepat di mata,hati dan minda.Tuhan masih bisa melihat keikhlasan yang kau lakukan.Ternyata kau 'lelaki tua' yang sangat hipokrit dalam melaksanakan tanggungjawab yang wajib kau laksanakan di kawasan tersebut!

          Bila kesalahan tersembur keluar,kau mula menyalahkan orang lain.Mula bermain dengan 'sabit-menyabit' dengan insan lain.Merasa tercabar keegoan yang disimpan.Tiada lagi kesabaran mampu digenggam.Syaitan mula rancak mengatur strategi penghancuran.Apa kau fikirkan separuh waras,separuh lemas!Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang sedang tewas!

         "Lain kali,bila ada masalah berlaku di luar nie jangan terus mengadu ke dalam pejabat!Tanya budak senior dulu..."

         "Huh?Manada aku mengadu ke office!Abang yang nampak semua..."

        Segalanya yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa.Namun kau tetap menyalahkan takdir!Kau mengungkit segala penat lelah yang kau lakukan selama ini.Kau berkata kau seolah-olah tidak dihargai.Padahal kau adalah hanya 'lelaki tua' yang tidak sedar diuntung masih bernyawa di muka bumi ini.Seharusnya kau bersyukur kerana masih mampu mengabdikan diri pada-NYA lagi dan bisa meminta keperluan yang kau perlukan di dunia yang kau salahkan ini!

        Ternyata kau hanya 'lelaki tua' yang hanya ingin hidup terus dalam dunia keremajaanmu yang sudah berlalu.Ternyata kau 'lelaki tua' yang terlupa masa itu sudah berlalu.Usia yang kau lupakan itu menyebabkan kau ter'imaginasi' akan tubuh badanmu masih teguh seperti dulu,kekayaan yang kau agungkan pula itu hanyalah satu ilusi.Hanya harta yang kau punyai adalah keegoaan yang melebih di hatimu!Ternyata kau 'Lelaki tua' yang tidak berdaya!!!

8 comments:

Gillette Flores said...

Chill. Hidup manusia ada turun naik.
Sekarang dia di atas namun tak menghargai rezeki dan kurniaan Allah swt.
Punya hasad dengki. Bersabarlah k?
And chill. ;)

Sampai masa di berada di bawah, baru dia akan sedar akan kuasa Allah swt.

Selamat menunaikan solat Jumaat :)

Unknown said...

nice ah...:)
aq suka owng yg slalu bgi respons ni...
mntap jadi member..heheeh...
apa2x pun thanx..

ghost said...

yang lelaki tua tak semestinya betul. itu dari dulu lagi kita tahu. sekarang lelaki tua tak semestinya bijak. kadang bodoh dan tak berfikir dengan betul. menyalahkan orang lain u ntuk menutup kesalahan sendiri.

Jna marcello said...

cool~! selalu nya mmg susah org nk ngaku klau da suap silap..seperti org kate balik batu sorok tgn tgn..lagi kena org yg lebih berusia/tua..lagi parah org seperti mereka ni rasa mereka mmg xkn pernah buat salah sbb HIDUP LEBIH LAMA bullshit! there's no1 yg xkn buat silap lagi kita hanya manusia biasa.. salah dan silap itu perbuatan normal utk kita manusia biasa..hanya mengaku ataw tidak sahaj yg perlu diberitu huu~

so kesimpulannya harap pakcik tu cepat berubah!

Jna marcello said...

Yaallah bnyk nye error sorry (tab user alyws sux)

Unknown said...

brader ghost writer itu ah, orang yang dah makan garam lebih sekarung dah dari kita x kan mahu mngalah...semua yang orang muda lakukan adalah tidak baik n betul,hanya orang tua yang bisa menasihati orang muda,orang muda x bleh nasihati orang tua...ini yang d pgang manusia d bumi ini hehehe..

Jna marcello pakcik??haha..dia x seperti yg d sangka pwen nggee...yup smoga dia brubah..impossible is nothing hahaha...

ஜ miss klanika ஜ said...

aku alah dengan perkataan senior . benci . apa perlu ada beza ?

Unknown said...

tapi itulah yang dipegang oleh manusia d dunia nie kawan...;)