Catatan
Ramadhan 2
Semakin
menghampiri meninggalkan ramadhan 1434H membuatkan hati semakin terasa sayu.
Hati semakin keliru apa sebenarnya rasa ni. Rasa yang bermain di dalam benak
fikiran. Adakah disebabkan aku merasai yang ramadhan cepat berlalu atau aku
bakal merayakan aidilfitri jauh dari keluarga dan sahabat atau juga aku masih
belum kecapi nikmat ramadhan yang secukupnya?
Aku makin terseksa bila minda terus berbisik-bisik
cuba mempersendakan aku dengan kata-kata sinisnya. Aku makin terseksa bila hati
terus merindui orang yang jauh dari daratan yang aku pijaki kini, keluarga dan
sahabat-sahabatku. Ya aku harus kuat, tapi ini adalah pengalaman pertama buat
aku bergelar sebagai seorang perantau dan berjauhan dari semua yang sememangnya
rapat denganku, jadi ternyata kekuatan itu disembunyikan oleh sesuatu yang aku
tidak dapat pastikan apa.
Aku cuba kurangkan untuk mendengar lagu-lagu raya
agar aku mampu menewaskan hati yang sedang kerinduan. Aku banyakkan masa
terperuk di dalam bilik menatap penulisan yang aku tidak tahu ada kemajuan atau
tidak. Aku banyakkan senyuman, doa dan berfikiran positif yang semua ini adalah
berhikmah, namun satu yang aku ingin katakan, aku masih tewas, minda tewas pada
hati yang sering berkelahi. Air mata sahaja tidak mampu menjadi ubat buatku.
Bila menatap post sahabat-sahabat di dalam laman
muka buku, membuatkan lagi hatiku terseksa, ternyata aku sukar menyembunyikan
kekalutan jiwa. Aku tidak segagah mereka, aku belum kecapi kegagahan seorang
perantau.
‘Kenapa ingin jadi perantau kalau tak gagah?’
Mengapa kau harus bertanyakan soalan begitu? Kau
tahukah yang aku ada merancang untuk jadi perantau? Jawapannya tiada! Semua ini
ketentuan Tuhan yang Maha Esa, sesungguhnya dia Maha mengetahui segalanya. Kita
merancang tapi Allah yang menentukan-Nya.
‘Pulanglah,
luangkan masa bersama keluarga. Masa yang berlalu takkan kembali!’
Tanyalah sesiapapun di dunia ni, semua pasti ingin
terus bersama dengan keluarga tercinta, namun apa yang terjadi semua ini adalah
diluar batas pemikiran kita. Kita hanya manusia biasa, manusia biasa yang tidak
berdaya!
Apa-apapun selamat hari raya aidilfitri buat
sahabat-sahabat sekalian… kad raya korang dah aku post… terima kasih sebab
menghargai persahabatan yang dah terjalin…
:’( …
Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu
dan sanggupku,
Ya Allah bila memang Kau cuba aku percaya Kau sayang padaku…
Ya Allah lindungi dari yang menjahati dan menzalimiku…
Ya Allah Kaulah Maha segala dan Kau lah pelindung Hidup dan Matiku…
Ya Allah bila memang Kau cuba aku percaya Kau sayang padaku…
Ya Allah lindungi dari yang menjahati dan menzalimiku…
Ya Allah Kaulah Maha segala dan Kau lah pelindung Hidup dan Matiku…