blue Who is Me???: December 2012

Followers

Saturday 29 December 2012

Di manakan ku cari ganti?

                              #Bertakhta di hati...


            Kesibukan manusia di majlis perkahwinan Awira dan Syikin sudah tidak terasa. Mungkin semua hamba Tuhan sudah membawa haluan masing-masing di kala malam sudah lewat sebegitu. Sang pengantin sudah berada di kamar baru yang telah disediakan untuk mereka. Raja sehari sudah dilaksanakan. Perkahwinan itu bukanlah atas cinta namun atas pilihan keluarga masing-masing. Namun persetujuan diterima oleh dua insan yang langsung tidak pernah kenal antara satu sama lain.

           "Mengapa kau ingin berkahwin dengan aku?" Tanya Syikin apabila mereka sudah baring bersebelahan di katil king size yang dihiasi bunga-bunga di sekeliling. Cadar yang berwarna merah hati menambahkan suasana romantik ditambah lampu yang agak malap. Namun hati Syikin terus berdegup kencang.

            "Boleh tak awak panggil saya dengan panggilan yang elok? Sayakan sudah bergelar suami awak. Tak manis orang dengar Syikin panggil guna aku-kau. Lagipun Awira mengawini Syikin atas terima akan ketentuan dari-NYA. Awira tahu yang Syikin tak..." Belum sempat Awira menghabiskan ayatnya,jari Syikin menyentuh bibir Awira tanda agar tidak menghabiskan kata-katanya itu.

            "Tolong jangan habiskan kata-kata itu. Walau aku tidak kenal akan siapapun bakal suamiku,namun aku sudah bersedia menerimanya walau seadanya. Hati ini aku simpan hanya untuknya seorang. Seburuk manapun suami yang aku bakal temui aku terima. Dan suami yang aku punyai kini berada di depan mata. Mana mungkin hati ini membiarkan rasa itu timbul untuk orang lain selain dia dan mana mungkin secebis rasa ini tidak terbuka untukmu wahai suamiku!" Awira memandang Syikin dengan hati yang sangat sayu. Terharu mendengar kata-kata dari isterinya itu. Dipegangnya tangan halus isterinya itu. Ditatap lama muka penyeri hidupnya itu mulai malam indah ini.

            "Adakah ikhlas kata-kata isteriku nie?" Dicuit dagu milik Syikin dan muka Syikin berubah menjadi merah,tanda malu-malu kucing diperlakukan sebegitu.

            Kepala Syikin kini berada betul-betul di atas dada Awira. Terdengar akan degupan jantung suaminya itu. Irama yang sangat disukainya kini. Tangan Awira terus sahaja mengusap rambut milik Syikin dengan penuh kasih sayang.

           "Syikin nak panggil Awira dengan gelaran Bie boleh tak? Lagipun Syikin tak biasa sangat panggil abang-abang nie,terasa janggal sedikit." Syikin mengangkat kepalanya melihat suaminya itu. Senyuman diberikan pada Awira.

           'Sungguh manis senyuman isteriku ini.' Bisik hati Awira.

           "Panggillah apa sahaja, yang penting darling Bie nie suka."

           "Dan janji dengan Syikin,jangan pernah lupuskan cinta yang Syikin kini mulai semai untuk Bie. Jangan pernah untuk pergi meninggalkan hati kecil Syikin ini. Boleh Bie?" Dahi Syikin dikucup dan nafas turun naik dari Awira terasa. Menghangatkan suasana malam yang sangat tenang dan romantik itu. Tiada lagi yang bisa menghalang cinta mereka berputik di kala malam masih muda ini. Dua jiwa kini bersatu,bersatu dengan izin dari Tuhan yang Maha Esa.

3 bulan berlalu...

           Percintaan mereka kini semakin membara. Ibarat burung merpati yang akan terus setia dengan pasangannya walau apa pun terjadi. 

           "Sayang Bie nie jaga kesihatan ya. Doktor kata Syikin sekarang 3 minggu pregnant. Bie nak outstation ke Perak esok. Bos Bie arahkan Bie pergi tinjau tapak untuk buat perumahan di sana. Jangan suruh anak kat perut tue nakal-nakal ya. Papa nak kuar keja kata ya." Syikin memegang pipi suaminya. Ditatap sayu wajah itu.

           "Bie jaga diri di sana nanti. Pandu perlahan kereta tue." Syikin memeluk badan Awira.

           " Lagipun Syikin tak sedap hati Bie pergilah." Awira mengangkat muka Syikin agar dia dapat melihatnya dengan jelas.

           "Sayang don't say like that please. Allah yang tentukan segalanya. Dan andai Bie dah takda lagi nanti di rumah,jaga anak dan diri dengan baik k. Bie akan selalu merindui sayang Bie nie."

           "Bie!" Air mata Syikin jatuh ke pipi. Awira memeluk erat isterinya dan menyapu air mata itu dari pipi yang selalu dikucupnya. Inilah kali pertama suami tersayangnya akan outstation selepas mereka bergelar suami isteri. 

                        *                                              *                                           *

           Sudah tiga hari Syikin tidur bersendirian tanpa merasa pelukan suaminya. Rindunya tidak dapat disangkal lagi. Hati ingin sahaja pergi melihat keadaan suaminya walaupun baru petang tadi suami tercinta menelefonnya. Saat mata baru saja ingin ditutup untuk menjamah mimpi-mimpi indah,bunyi telefon bimbit miliknya berdering.

           "Helo, ini siapa?"

           "Hospital? Accident? Suami saya maut dalam kemalangan? Ini bukan salah numberkah? Please jangan bergurau mengenai hal ini." Seketika suara panggilan itu didengar,tangannya bergetar. Telefon yang dipegangnya jatuh menghempas lantai bilik apabila mendengar penjelasan dari pihak yang menelefonnya itu. Nama dan kad pengenalan milik suaminya disebut tadi 100% adalah betul.

           Syikin terduduk di tepi katil. Badannya menggigil mendengar berita buruk suaminya itu. Air matanya kini semakin deras mengalir.

         'Ya Allah,dugaan apakah yang kau berikan padaku?' Bisik hatinya mengganas.

         "Bie,mengapa tinggalkan Syikin? Bie dah janji akan jaga Syikin sampai ke akhir hayat? Mengapa tak tunaikan janji itu? Siapa yang nak jaga Syikin nanti? Bie tak nak tengok anak kita nie lahirkah? Bie kejam! Kejam!" Syikin menjerit di dalam bilik itu. Entah pada siapa dia lontarkan bicaranya. Suasana bilik dilihat suram pada saat itu. Syikin menutup mukanya dengan tangannya mengharap agar jiwanya akan tenang. Berketar-ketar bibirnya menahan sebak.

          "Bie, Syikin merinduimu! Hati ini sentiasa hanya untukmu. Syikin tak tahu,di mana lagi boleh Syikin cari penggantimu? Janganlah tinggalkan syikin! Bie tak nak jumpa Syikin lagi kah???!!! Jangan biar hati ini sepi tanpamu menemani." Air mata itu semakin deras mengalir. Empangan suci itu akhirnya pecah setelah sekian lamanya tersimpan rapi.

                                                             -TAMAT-

              

                 

Thursday 27 December 2012

Momento

                           #Sanggupkah aku?

     #Segala yang tercoret tidak melibatkan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia...

          Bunyi motor yang sangat membingitkan menandakan kawan-kawan sekerja lelaki mahupun wanita sudah bertolak meninggalkan kawasan pencarian sesuap nasi kami. Aku masih tidak berganjak dari tempat duduk yang aku duduki selepas aku keluar dari pintu kilang perabot itu. Hari yang sangat memenatkan. Sukar untuk aku menafsirkannya secara fizikal.

          Aku memerhatikan motor terakhir yang meninggalkan kawasan parker motor kilang tersebut. Aku tidak mampu menahan mata ini dari terus menatap kepergian insan itu, kekasih gelapku. Ya aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan!

         'Owwhhh,my lover. Aku akan sentiasa menantikanmu walau beribu batu dan berjuta tahun...' Bisikan hati makin menjadi-jadi saat ini. Angan-angan cuba diselitkan ke dalam imaginasi untuk memuaskan nafsu minda buat seketika.

         "Hey,Shira kau tak nak balik lagi ke? Dah nak magrib dah nie. Tak takut ke balik sorang-sorang?" Bahu aku ditepuk perlahan. Suara yang sangat aku kenali,Mak Joyah kilang perabot Hup Sung. Nama dia bukanlah Joyah tapi Khadijah,tetapi disebabkan mulutnya yang tidak ingin berhenti berbicara menyebabkan dia digelar sebegitu.

        'Isykkk,sibuk sangat ah mak cik nie!' Rasa menyampah dengan hamba Tuhan itu. Mahu sahaja hati menerkam lehernya agar suara itu tidak bisa kedengaran lagi esok hari.

       "Owhhh kejap lagi ah aku balik Dij,tengah tunggu Ema. Dia pi beli barang dekat 7E. Anyway thanks bab caring about my life." Telefon aku tatap seketika,baru aku pandang pada susuk tubuh yang berada di tepiku dengan satu senyuman palsu dilemparkan.

      "Okey ah kalo begitu,aku blah dulu. Daaa..." Aku hanya mengangkat tangan. Malas nak layan sangat. Sudah jauh susuk tubuh itu bergerak. Laju pergerakan kakinya. Lucu bagi mindaku melihat gelagat c Mak Joyah.

     "Aduh,ngapa lama sangat Ema nie?" Aku berbicara perlahan. Entah pada siapa aku tujukan kata-kata itu,mungkin pada dinding batu,kerusi atau pada angin?

     Angin bertiup lembut,cuba menyapa pipiku yang sangat mulus ini. Ingin menemani aku di kawasan itu yang sedia kala sudah sunyi dari kelibat manusia-manusia pencari rezeki. Otak sebelah kanan saat ini semakin ligat bermain dengan perasaan. Aku tertewas.

      'Faizul,esok pagi aku akan jumpa kau secara face to face. Aku tahu kau dapat merasakan rasa yang aku pendam ini. Aku tahu kau tidak buta. Semua orang sudah mengatakan rasa cintaku padamu,tapi kau endahkan. Adakah kau ingin aku sendiri yang menyampaikan titah hati ini? Keperibadianmu yang sangat misteri dan kurang pergaulan pada insan lain membuatkan aku semakin tertarik pada jiwamu. Hatiku terkunci dan hanya kau yang bisa meleraikannya!'

     "Hei, yang kau tersengih-sengih tue Syira ngapa? Aku dah berdiri lama depan kau pun kau tak sedar!" Bahu aku sekali lagi disentuh tapi oleh orang yang berbeza. Aku tersenyum sipu. Bukan kerana teguran dari sahabat itu,tapi disebabkan slide wayang cinta terus terpapar di hati. Tidak sabar menanti esok hari tiba. Wahai bulan cepatlah kau berlabuh di hujung sana!

     "Oppss,bila kau sampai?" Pura-pura bertanya pada Ema dengan melemparkan soalan bonus.

    "Jangan nak ubah rasa aku pulak saat ini,nak marah nie!" Tutur Ema pada aku,sambil menarik tangan aku tanda mengajak pulang ke sweet home kami.

    "Amboi,kau pulak yang nak marah? Aku yang berlalat duduk dekat kerusi tue yang kena dengar cucian mulut kau ah?" Ema memandang aku dengan satu senyuman lebar dan beberapa saat selepas itu lidahnya dikeluarkan sedikit tanda mengejek aku. Aku sudah tahu akan perangai insan ini.

     'Egomu yang tinggi itu faidz,akan aku lunturkan!'

                                       *                              *                                  *   

      Pagi yang indah,rehat waktu pagi yang aku nanti-nantikan. Aku mencari kelibat hamba Tuhan itu,niat hati mesti dipenuhi.

      'Biarlah dia cakap aku perempuan murah,aku tak kisah!'

      Asap rokok memenuhi ruang udara sekitar jejaka idaman hati. Aku menghampirinya. Hati terus berdegup kencang.

     "Boleh saya duduk?"

     Aku tidak peduli samada dia ingin marah atau tidak aku hanya duduk di tepinya walau tiada balasan pada soalan yang aku berikan. Suasana sepi.Tiada sesiapa yang mulakan tutur bicara. Kaki aku mainkan dengan rumput yang sudah panjang di koridor kilang tersebut.

    'Nak cakap or tak nie?' Hati memberontak.

    "Faidz,aku suka kau." Perlahan aku lemparkan kenyataan itu. Aku tidak pasti adakah dia mendengarnya atau tidak.

     "Idz,aku suka kau sangat-sangat!" Kali ini suaraku makin kuat dan aku pandang pada wajahnya. Mata kami bertentang,tapi pandangan matanya lebih tajam dari aku. Pandanganku jatuh ke permukaan bumi.

     "Apa jugak yang kau ingin sangat dari aku! Aku tak perlukan cinta,aku tak perlukan pendamping di sisi aku dan aku tak ada hati untuk bercinta buat masa ini! Mengapa kau perlu buang masamu dengan mengharap sesuatu dari aku? Ya aku tahu kau menyimpan perasaan dengan aku,tapi aku tak perlukan cinta dari perempuan murah seperti kau! " Berdesing telingaku mendengar kata-kata itu yang lahir dari mulut yang aku anggap kekasih gelapku. 

     "Ah satu lagi, aku sudah tidak yakin pada cinta,lagi-lagi yakin pada wanita seperti kau!" Sambungnya lagi. Air mataku mula mengalir. Aku ingin melangkah dari insan itu. Aku malu,malu dan malu. Namun sebelum aku merancang untuk melangkah pergi bersama hati yang pedih,ada satu benda yang aku sampaikan padanya.

    "Iya,aku tahu aku murah,aku tak tahu malu, namun kau harus tahu yang rasa cinta ini bukan aku yang inginkan. Kau hina aku,aku tak kisah malahan aku ingin mengucapkan thanks bab menyedarkan yang aku ini wanita jenis apa!" Aku menjalankan misi minda,meninggalkan momen yang sangat memeritkan jiwa ragaku. Inikah cinta yang aku dapat? 

      Saat aku ingin berlalu,air mataku semakin deras jatuh dari takungan air suci itu dan saat itu juga tangan aku dipegang. 

    "Maafkan aku Syira,aku tak berniat. Aku sudah dikecewakan oleh kekasih hati yang aku anggap kekasih awal akhir dan aku sanggup mati untuknya. Dia meninggalkan aku tanpa sebab yang kukuh. Aku setia padanya,namun itu yang aku dapat. Maafkan aku Syira,aku belum bersedia untuk semua ini,rasa hati ini sangat seksa..." Akhirnya persoalan yang bermain di minda,'why?' telah terjawab!

     'Mengapa kau harus hina aku? Tapi apapun terjadi rasa hati ini akan tetap aku simpan walaupun iya bakal jadi sejarah dan peristiwa ini akan menjadi momen yang aku ingati...'

                                                           -TAMAT- 




     

        

        

                

Saturday 22 December 2012

Angin bawa aku pergi...

                         #Aku Ingin Terbang Jauh

              Angin yang bertiup melupakan seketika penat seharian berkerja di satu company menjual barangan terpakai. Mirza berjalan memasuki kawasan perumahan Damai dengan perasaan yang bercampur-gaul. Yang pasti hati itu hanya Allah yang bisa merungkaikannya.

             Segala kenangan timbul tenggelam dalam mindanya saat ini. Entah mengapa wayang masa lalunya itu ingin muncul semula.

            'wahai minda,sesungguhnya jiwa ini sangat penat. Mengapakah kau tidak mengizinkan jiwa ini agar tidak terseksa mengenangkan masa lalu?' Hati Mirza seolah-olah memberontak akan tindakan mindanya yang telah menyeksa jiwa halusnya.

            Lif yang satu-satunya hidup di bangunan blok C dikerumuni oleh manusia pelbagai bangsa. Mahu orang malaya,indonesia ataupun mamat bangla. Dari kecil hingga yang sudah dewasa. Mirza tahu yang dia tidak akan berpeluang untuk berada di dalam lif yang akan berbuka sebentar lagi,peluang itu jauh sangat seperti hidupnya yang terpaksa menempuhi pelbagai rintangan agar dapat mengecapi peluang pertama yang dinanti-nantikannya. But when?

           'Biarkan saja manusia-manusia gelojoh yang sangat menyempitkan ruang hidup aku berambus dari sentimeter tubuh ini. Bukan apa,bau mahupun perlakuan yang asyik melihat segala inci yang terdapat pada jiwa ini, merimaskan!'

            "Mir,aku dan hafizi dapat sambung study dekat Matrikulasi.  Kau tak perlu sedih mungkin takdir kau di tempat lain Mir." Teringat bicara sahabat pada waktu dulu. Saat itu Mirza hanya mampu mendiamkan diri. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Bukan kerana dia tidak mendapat keputusan baik,tapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan menjadi penghimpit masa hadapannya untuk terbang jauh. 

            Mengenangkan keadaan diri pada waktu itu hanya air mata mampu dia semburkan keluar bersama cecair jernih pada hidungnya. Mirza mengharapkan segala permasalahan yang dihadapinya hilang tatkala jatuhnya air suci itu menyembah bumi. Dia sedar,itu hanya satu metafora dan tidak akan terjadi. Namun pengharapan yang sangat tinggi dipinta dari Maha Agung menjadi satu bekalan agar dirinya sentiasa kuat untuk meneruskan hidup. Why? Dia masih bisa berfikir akan adanya keajaiban berlaku dalam hidupnya.

           Telefon bimbit miliknya berbunyi,mesej. Menghilangkan dia dari masa yang sangat sukar untuk dijejaki itu lagi. Dia lihat pada skrin kecil di luar lif,lif akan berbuka sebentar lagi untuk menjemputnya. Tidak sabar dirinya untuk bersemayam di ruang privasinya.

         "Salam Mir, apa khabar kau sahabat? Lama kau menyepi. Reunion dua hari lalu pun kau tak munculkan diri. Why sahabat? Kau tak rindukan kami kah lagi? And by the way,kau keja apa sudah sekarang nie? Mesti dah jadi jutawan kan??? Okey ah kalau ada masa balas ah msj nie!"

         Jutawan? Adakah itu satu sindirin?

         Mirza tahu dia sudah terlalu negatif pada dunia. Dunia persahabatan juga dia telah sawangkan dalam hatinya. Dia menyepi.

        'Aku juga rindu pada kamu semua. Namun aku malu,malu pada kamu semua kerana kamu adalah insan yang dipilih untuk berjaya di dunia ini. Sedangkan aku masih terus di uji. Ya mungkin Allah sayang pada aku kerana masih terus di uji sebegini ataupun aku penuh dengan dosa sehinggakan ujian itu terus masih lekat pada hidup ini. Andai ada sesiapa yang ingin merasakan betapa peritnya dugaan yang aku tanggung itu,aku bisa memberikan rasa itu. Namun tetap tidak akan ada kuasa untuk menukarkan cerita hidup manusia di bumi ini. Takut akan kesyukuran itu tidak dapat dinikmati lagi. Masa belum tiba!' Hatinya berbisik deras. Hatinya masih berdegup normal,cuma mindanya terpaksa menjamah sesuatu yang sangat perit.  

      Pintu lif berbuka. Beberapa hamba Tuhan keluar dari lif tersebut. Kaki melangkah perlahan.

     'Aku harap setapak kaki aku melangkah aku bisa jadi neutral. Andai aku bisa hilang dalam realiti aku sanggup. Tapi hendak ke mana? Dunia imaginasi atau fantasi? Gila! Tak pa,aku teruskan kehidupan walau jiwa masih terus terseksa. Aku sudah lali...'  Wajah ditundukkan pada Bumi...


P;S/ Jangan putus asa,dunia belum berakhir. Apa pun terjadi kita masih hamba Allah... Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Impossible is nothing....       

Thursday 13 December 2012

She was mine?

                         #Coretan Ringkas!

                
                                          Everywhere I go,Everything I do,
                                          Reminds me of you,
                                          Just a picture on the wall,
                                          I'm surrounded by it all,
                                          Gotta walk before I fall...
 
                                          Fall out,out on the street,
                                          streetlight,light over for me,
                                          So far from where I used to be...

                                         Whe she was mine,
                                         Everythiing was easy,Everything was simple,
                                         Never felt so good,When she was mine,
                                         I wanted to remember,
                                         Never missed a second,
                                         Now I wish I could forget,
                                         Forget that she was mine,mine yeah
                                         When she was mine,yeah...
     
        Youtube dimatikan. Lagu Lawson yang bertajuk She was mine selalu menjadi peneman jiwa Ads. Ternyata dia jatuh cinta pada lagu tersebut.
        
        Ads memandang jauh ke luar jendela. Langit sudah semakin cerah. Penduduk apartment mentari sudah keluar dari hibernasi sementara. Cuba membawa diri menjelajah dunia yang baru ditimpa hujan rahmat.

        'Aduh,boringnya! Time cuti begini takda benda nak dibuat selain online...' Bisik hatinya memberontak.

       Getaran terasa sebelum handphone miliknya berbunyi. Lagu dari Maroon five yang bertajuk One more night berdendang. Menandakan mesej dari seseorang hamba Allah.

      "Salam Ads,apa khabar? Lama kau menyepi! Aku rindu kau sangat!" Hatinya berdebar membaca mesej dari pengirim yang dia sangat rindui itu. Syarema Binti Raleza.

      Pantas dia menekan punat handphonenya itu.
   
      "Khabar baik Ma,kau? Ah,Apa cers sekarang?" 

      Tiada balasan diterima. Hampa,rupanya itu hanya mesej menandakan dia mahu mengingatkan bahawa dia tetap ingat pada Ads walau hanya satu kiriman yang dihantar.

      Mengeluh panjang!

     Laman muka buku dibuka. Notification masih belum ada. Terkesima seketika apabila orang yang dinantikannya untuk membalas mesejnya sedang online. Namun dia hanya berfikiran positif. Tidak mahu menjadi insan yang sangat negatif dalam semua hal.

     Pop!
     Mesej dari facebook terpapar. Berbunyi sebegini.

    "Sorry Ads,buzy sikit. Tak dapat balas mesej kau tadi. Mana nak wat assignment,wat itu ini. Tambah lagi buah hati merajuk apabila tahu aku mesej kau tadi..."

     Ads tersentap. 'Buah hati merajuk apabila tahu aku mesej kau tadi?'. Ayat itu menusuk ke dalam otak. Lalu terhantar terus ke dalam hati dan menyebabkan jiwa membara-bara. Mesej itu di biarkan tidak berbalas. Logout!

     'Kau tahukah wahai sahabat,sudah lama aku merinduimu. Sudah lama aku menantikan kau jadi peneman sejati aku. Aku tidak kisah andai gelaran sahabat itu digantikan dengan gelaran kekasih. Aku suka. Namun kau tidak nampak apa yang aku rasai. Kau hanya tahu yang aku adalah insan yang tiada perasaan. Andai saja hati ini aku bisa belah dan nampakkan degupannya itu apabila melihat wajahmu,mendengar suaramu dan membaca mesejmu aku akan lakukan. Namun itu adalah sangat luar biasa. Aku bukan punyai kuasa yang bisa melakukan sebegitu! Dengarlah hati ini wahai insan yang kejauhan! Aku tidak tahu sampai bila hati ini bertahan untuk menantimu. Andai ada yang ingin jadi pemilik hati ini,aku akan serahkan saja padanya!' 

     Ads baring di atas tilam nipis miliknya. Mau hilang ke dunia fantasi miliknya!

                                                                                                                                           -sekian

#aku lakar entry nie saat gigi aku tengah meragam...sakit tahap dewa-dewa hehe... :)
Tak tahu nak tulis apa,takut blog bersawang kalau dibiarkan!hehehe


      
       

Sunday 2 December 2012

Menarik Atau Menyampah?

                             #Huh...Sakit!
           
            Disember datang,
            Meninggalkan November '12  jauh ke belakang.Sukar untuk ditoleh kembali untuk menggecapi kenangan lalu yang sangat manis.

           'Mengapa kenangan manis sahaja yang nak dirasai kembali?Huh,abaikan!!!'

           Aku harus meneruskan keberlangsungan hidup walau ada sekelumit masalah masih tersimpan di hati kecil ini.Yang aku harapkan Yang Maha Esa mengizinkan aku meneruskan projek hidup yang aku terpaksa lakukan.What???

         'Apa yang aku lakukan?' Aku tergelak memikirkan ayat yang aku sendiri wujudkan.Seolah-olah aku jiwa kacau!No way!

         Kedai mamak yang terletak berhadapan Sunway Pyrmid,menjadi port aku untuk lepak dari kesibukan hidup.Lepak bersama beberapa member orang malaya.

        Chapati Tandoor bersama Teh O ais limau menjadi santapan.Terlalu sempit untuk menerima makanan yang terlalu berat.Ingin juga selera jiwa ini ditukar sekali-sekala sementara nikmat masih diberikan!

       Mata tidak mampu melepaskan pandangan dari memerhati gelagat dan ragam manusia di sekitar premis ini.Member-member malaya terus sibuk dengan smartphone blackberry masing-masing.Mungkin BBM or Whatapps!Aku hanya membiarkan handphone sony ku itu tidak dijengah walaupun aku tahu ada kiriman pesanan ringkas dari manusia di bumi.

      "Hey Joe amacam manager baru?"Tanya Arin pada aku.Hafizi hanya diam meneguk sirap bandung di hadapannya.

      "Manager baru?Hmmm...Tak tahulah,masih baru lagi untuk aku kenal sangat tue hamba Allah.Aku tak dapat nak komen buat masa sekarang."Jawapan ringkas dari aku.Tapi ada yang menarik perhatian pandangan aku.Wanita-wanita yang sedang lepak di beberapa meja di hadapan aku.

      Berada betul-betul di hadapan meja,seorang wanita dengan pemakaian yang sangat sempoi.Simple dan menarik.Muda dan menawan Lepak bersama sahabat-sahabat yang dikasihi,mungkin?.Tapi mengapa harus dia mencemarkan mulut dan tarafnya sebagai penyeri dunia dengan tembakau di bibirnya?Hembusan asap tembakau yang keluar dari peparunya menyelubungi ruang udara atas jiwanya.Menarik atau ingin menunjukkan dia wanita moden?

      Meja di sebelah kiri,wanita dengan gincu di bibir yang sangat menyerlah.Sesiapa sahaja yang sekilas melihatnya pasti ingin menoleh  sekali lagi memberikan pandangan semula pada insan tersebut.Reben biru berada di atas rambutnya yang lurus dan pemakaiannya ala-ala tres chic.Ditemani dengan kekasih hati yang disayangi.Pasti buah hati insan tersebut berasa bangga.Mana tidaknya dapat kekasih yang cantik persis puteri-puteri kayangan.

     Tapi mengapa wahai wanita 'persis puteri kayangan',kau cemarkan martabatmu yang kaum lelaki sanjungi dengan cigarette di bibirmu yang terserlah itu?Kau berbicara pada sang lelaki yang berada di sisimu sambil hembusan asap keluar pada ruang yang menggoda itu.What kind person that you got just ignore what you did?!Layakkah dia memimpin kau suatu hari nanti?Itu bukan persoalannya.

    Aku mengalihkan pandangan apabila kau perasaan aku memerhatikanmu!

    Manakala di sudut 90 degree,wanita-wanita yang bergelak ketawa seolah-olah ingin memecahkan kawasan tempat makan itu dengan kegembiraan mereka.Hijab yang menampakkan mereka islam sejati tidak mencerminkan peribadi mereka saat itu.Mana ciri-ciri kemelayuan yang sangat kita banggakan waktu dulu?Aku bukan insan baik cuma aku juga insan baru belajar,belajar dari manusia di sekeliling yang telah terevolusi.Terevolusi oleh penjajah minda dunia!


                                                            (gambar yang jauh terpesong dari tajuk hehehe...)