blue Who is Me???

Followers

Wednesday 23 October 2013

Sarkastik atau Retorik? Bukan!

Aku Hanya Menumpang!


Aku di tanah ini hanya menumpang. Mengabdikan diri untuk terus mencari keberlangsungan hidup. Entah angin mana yang menerbangkan aku sehingga ke daratan ini. Andai diimbas kembali seperti satu mimpi yang aku masuk buat seketika dan aku adalah watak utama dalam mimpi tersebut. Sedar saja aku dari tidur yang lena dan bangkit dari pembaringan aku sudah berada di sini dan jauh dari keluarga, sahabat dan juga daratan yang selalu buat aku tertawa walaupun dulu aku keji dengannya. Aku tidak mampu menghasilkan ayat sarkastik, dan aku juga bukan dalam keadaan yang retorik, tapi ini seperti satu… (Sukar untuk aku perkatakan. Lidah terasa keluh, tangan seperti ingin jadi kaku dan hati terasa dirobek andai aku meneruskan kata itu!)

Aku ingin ketawa sepuasnya! Ketawa mengejek pada diri-sendiri! Apa tujuan aku sebenarnya datang ke sini ; daratan ini? Adakah sudah terlalu jauh aku tersasar dari niat asal untuk apa aku muncul di tanah tumpangan ini? Sungguh sadis! Aku bukan budak terpelajar, bukan juga dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan yang diberi kerajaan sehingga sanggup berlari mencari hidup sejauh ini, tapi aku hanya insan yang kosong, tiada apa yang mampu dibanggakan dan hanya mampu mencari secebis hidup seperti orang yang hilang arah di tanah ini! Di sini aku tidak diperlukan. Di sini juga aku tidak tumpah seperti parasit di hujung celah kehidupan.

Apa arti air mata yang terus jatuh dari birai mata? Untuk apa? Untuk meminta simpati kepada insan lain? Ugh! Maaf, aku hanya meminta simpati pada Sang Penguasa! Dia yang berhak total kepada hidup ini! Aku hamba kepada-Nya walaupun bukanlah yang terbaik di sisi-Nya.

Jangan terlalu mengharap pada insan lain? Aku ingin ketawa besar lagi. Kali ini, aku ingin ketawa cuba mempersendakan diri-sendiri. Ayat itu terpalit pada batang hidungku sendiri. Sesungguhnya aku terlupa, manusia sangat rapuh dari segala aspek termasuk diri ini. “Aku yang dulu, bukan yang sekarang!” Ini ayat yang sangat sinis buatku! Senang manusia berubah dengan semertanya. Senang manusia jadi bukan dia yang dulu masa kita kenal di permulaan waktu. Tapi kenapa dia memberi harapan kepada diri ini andai dia sendiri tidak mampu melunaskan dan meneruskan kehidupan seperti yang dulu? Ini yang dinamakan, kau sedang di’hanjingkan’!

Nevermind kata orang puteh! Andai jalan itu bukan jalan milik hidup ini, ada lagi jalan lain yang pasti terbaik. Aku  bungkam! Minda minta ingin di’restart’ semula. Tapi bagaimana? Pulang semula ke jalan yang Dia izinkan!

Sigh!



Friday 2 August 2013

Ramadhan Minggu Terakhir


Catatan Ramadhan 2

Semakin menghampiri meninggalkan ramadhan 1434H membuatkan hati semakin terasa sayu. Hati semakin keliru apa sebenarnya rasa ni. Rasa yang bermain di dalam benak fikiran. Adakah disebabkan aku merasai yang ramadhan cepat berlalu atau aku bakal merayakan aidilfitri jauh dari keluarga dan sahabat atau juga aku masih belum kecapi nikmat ramadhan yang secukupnya?

Aku makin terseksa bila minda terus berbisik-bisik cuba mempersendakan aku dengan kata-kata sinisnya. Aku makin terseksa bila hati terus merindui orang yang jauh dari daratan yang aku pijaki kini, keluarga dan sahabat-sahabatku. Ya aku harus kuat, tapi ini adalah pengalaman pertama buat aku bergelar sebagai seorang perantau dan berjauhan dari semua yang sememangnya rapat denganku, jadi ternyata kekuatan itu disembunyikan oleh sesuatu yang aku tidak dapat pastikan apa.

Aku cuba kurangkan untuk mendengar lagu-lagu raya agar aku mampu menewaskan hati yang sedang kerinduan. Aku banyakkan masa terperuk di dalam bilik menatap penulisan yang aku tidak tahu ada kemajuan atau tidak. Aku banyakkan senyuman, doa dan berfikiran positif yang semua ini adalah berhikmah, namun satu yang aku ingin katakan, aku masih tewas, minda tewas pada hati yang sering berkelahi. Air mata sahaja tidak mampu menjadi ubat buatku.

Bila menatap post sahabat-sahabat di dalam laman muka buku, membuatkan lagi hatiku terseksa, ternyata aku sukar menyembunyikan kekalutan jiwa. Aku tidak segagah mereka, aku belum kecapi kegagahan seorang perantau. 

‘Kenapa ingin jadi perantau kalau tak gagah?’

Mengapa kau harus bertanyakan soalan begitu? Kau tahukah yang aku ada merancang untuk jadi perantau? Jawapannya tiada! Semua ini ketentuan Tuhan yang Maha Esa, sesungguhnya dia Maha mengetahui segalanya. Kita merancang tapi Allah yang menentukan-Nya.

‘Pulanglah, luangkan masa bersama keluarga. Masa yang berlalu takkan kembali!’

Tanyalah sesiapapun di dunia ni, semua pasti ingin terus bersama dengan keluarga tercinta, namun apa yang terjadi semua ini adalah diluar batas pemikiran kita. Kita hanya manusia biasa, manusia biasa yang tidak berdaya!

Apa-apapun selamat hari raya aidilfitri buat sahabat-sahabat sekalian… kad raya korang dah aku post… terima kasih sebab menghargai persahabatan yang dah terjalin…

:’( …

Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku,
Ya Allah bila memang Kau cuba aku percaya Kau sayang padaku…
Ya Allah lindungi dari yang menjahati dan menzalimiku…
Ya Allah Kaulah Maha segala dan Kau lah pelindung Hidup dan Matiku…

Saturday 20 July 2013

Nota si perantau di kota

# (Catatan Ramadhan)

Takdir yang ditentukan untuknya adalah dengan menjadi insan yang bermukim di kota Mertropolitan dan berjauhan dari keluarga dan sahabat-sahabat tercinta. Jika kau tanya pada dirinya, adakah dia ingin menjadi seorang perantau dan menjejaki daratan insan lain ini, maka akan dia berkata sebegini :

“Jauh sungguh dari kotak fikiranku untuk aku jadi seperti sekarang. Aku berfikir, aku akan terus terperuk di daratan tanah kelahiranku itu, namun Tuhan Maha berkuasa, kita merancang, Dia yang menentukan.”

Aku tersenyum mendengar tutur bicaranya. Tutur bicara yang seolah-olah mengena pada batang hidung ini sendiri. Pandangan aku buang jauh, senyuman aku kuntumkan apabila melihat awan yang sedang berlegar-legar di langit dengan gembiranya. Sudah hampir setahun dia menjadi hamba yang menumpang di negeri orang, ibaratnya dia adalah seorang yang asing di kota ini namun dia berbeza dari pendatang asing. Sebabnya dia adalah insan kelahiran negara ini yang bukan berasal dari negera seberang, dia hanya berasal dari negeri seberang. Itu sangat berbeza. Yang melucukan untuk difikirkan, dia tidak mahu digelar sebagai kawan-kawan mamat bangla mahupun abang Myanmar yang sedang berusaha gigih mencari keberlangsungan di kota ini.

Ramadhan,

Pertama kali dia merasai ramadhan di daratan insan lain. Daratan yang hanya untuk ditumpanginya di dalam mengejar sejuta impian yang mungkin boleh terlaksana dan mungkin juga akan menjadi sebagai simpanan kotak memorinya sahaja. Satu ramadhan yang telah berkunjung, menitiskan air matanya di malam hari apabila panggilan dari ibu tercinta untuk mengucapkan selamat menyambut hari ramadhan kedengaran dek telinga. Saat itu, dia ingin saja terbang melintasi laut China Selatan dan mengharap mimpi yang menjengah mampu membawanya ke kampung halaman tercinta. Namun dia tahu, itu hanyalah mainan minda semata-mata.

Sahur pertama, teringat ramadhan lalu yang meriah di rumah bersama keluarga tercinta. Dia tidak mahu lagi untuk menitiskan air mata, kerana dia tahu dengan menitiskan air mata sahaja tidak akan membawanya pun untuk pulang ke negeri tercinta. Dia terus menyembunyikan perasaan yang berkelahi di dalam hatinya. Walaupun pada zahir dia tersenyum, namun pada batin, dia sedang menangis mengharap sang Tuhan memudahkan jalan cerita hidupnya di dunia ini.

Muka buku, twitter dan sewaktu dengannya semua menampakkan keindahan Ramadhan bersama keluarga tercinta. Namun untuk apa dia merasa cemburu, kerna dia tahu suatu masa nanti dia akan jadi seperti insan lain apabila ujian ini berjaya ditempuhinya. Namun ingin saja aku mengatakan padanya, bahawa dia adalah insan ‘plastik’ sebab terlalu banyak dia sembunyikan perasaannya dan asyik menampakkan senyuman kepura-puraan. Nevermind, mungkin itu adalah yang lebih terbaik daripada dia menjadi insan yang murung kerana berjauhan dari keluarga. Nanti dia akan jadi gila, lagi merisaukan keluarganya di seberang sana. Seberang sana bukan Indonesia atau myanmar ok! (ketawa terbahak-bahak).

Aku lihat padanya saat ini,

Ternyata semakin hari, semakin dia mampu menerima keadaan dirinya di bulan ramadhan ini, sekarang sudah masuk ramadhan yang ke-11. mana tidaknya, syaitan dan iblis dah kena tangkap, so takdelah yang nak hasut dia supaya menangis dan meratap nasib terus dan terus di dalam hidup.

Dia mengatakan satu ayat padaku sebelum meninggalkan aku yang sdang mencatat coretan ini,

“Aku sedang mencari sesuatu yang bernilai.”

“Apa dia?”

“Sebuah pengalaman untuk mendewasakan aku yang sedang diburu usia. Pengalaman yang sukar untuk dicari insan lain yang tak berani di dunia ini. Biarlah di zaman ni aku mencari sejuta pengalaman agar mampu aku hadiahkan kepada anak dan cucu aku nanti walaupun bukanlah semanis dan segembira pengalaman insan lain.”

Aku diam, dan dia berlalu. Nafas aku tarik panjang dan hatiku mula berdetak tak tentu pasal.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!

Thursday 30 May 2013

Susah ke kau hargainya?




         Senyum sendiri melihat langit yang sedang redup. Melihat beburung yang sedang bergembira terbang di atas sana membuatkan aku juga sperti ingin turut-serta bersama mereka. Ek,apasal aku senyum tak tentu fasal ni? Garu kepala yang tak gatal. Telefon bimbit ditatap,kemudian disimpan semula ke dalam kocek. Boring! Angin yang sedang bertiup manja menenangkan rasa. Manja mereka menyapa kulitku. Dibiarkan saja.

           “Seorang je nak?” Aku lihat pada sapaan yang diberikan. Seorang lelaki tua. Anggukan aku berikan berserta senyuman. ‘Yalah pakcik,takkan ah ada orang lain. Seorang kut aku duduk kat sini. Dah hampir sejam lebih.’

           “Tinggal katne?” Soalan asas yang pasti akan diberikan. Lama aku perhatikannya. Senyap seketika. Nafas ditarik perlahan,minda ligat berfikir,berfikir yang sukar untuk dihadam dek hati sendiri.
           “Kat depan tu je pak cik. Pakcik seorang ke?” Soalan sama aku beri. Tidak terlintas pada otak untuk bertanyakan soalan lain. Kalau ya pun,takkan ah nak tanya ‘siapa nama pakcik?’, ‘dah kahwin ke?’, ‘mengapa datang seorang?’ itu luar biasa namanya. Tersenyum sendiri. Hanya anggukan yang dia berikan padaku.

           “Mesti sunyi seorang-seorang menghadap tasik dan menanti angin datang menyapakan?” Soalan itu yang terkeluar pada mulutnya. Aku toleh ke arahnya sekali lagi.

           “Pakcik ni sebatang kara nak,isteri dah lama meninggal,anak-anak pula lari tak nakkan pakcik lagi. Yelah,pakcik ni kan dah tua. So,dia orang tak nak jaga orang tua macam pakcik ni.” Laju dia berbicara padaku. Aku tak kenal dia,diapun tak kenal aku,tapi seolah-olah dia senang berbicara padaku. Mungkin aku comel? Ha,ha,ha. Ketawa terbahak-bahak dalam hati. Tapi aku tersentuh akan bicaranya itu. Aku diam membisu.

           “Tapi selagi kita masih mampu berhubung pada-Nya,selagi tu kita takkan rasa ingin memberontak dan  merungut walau apapun yang terjadi pada kita. Yakin jelah pada-Nya yang Dia sedang melihat kita yang sedang mengharungi hidup di dunia ini.” Melepaskan dia nafas panjang. Aku terus setia mendengar bicaranya.

           “Jadi anak-anak pakcik takde jumpa pakcik lagi?” Aku mula bersuara,rasa ingin tahu harus dikeluarkan. Anggukan yang diberikan sebagai pengganti jawapan untuk soalanku.

           Seketika kemudian,dia mula bersuara. “Walau apa pun yang terjadi,semua itu berhikmah. Kekadang mungkin bukan hikmah pada kita,tapi pada orang lain. Dia Maha tahu segalanya. Yang baik atau buruk pada hamba-Nya.”

          “Jika kesabaran kita letakkan di dalam hati kita dan sentiasa menyelitkan doa pada-Nya,in shaa Allah Dia pasti kenangkan,mungkin bukan di dunia,di akhirat pasti!” Dia meletakkan tangannya pada hati. Aku lihat pergerakan tangannya.

          ‘Jadi pakcik tak usaha cari anak pakcik tu? Cuba minta penjelasan pada mereka kenapa harus melakukan tindakan sebegitu? Tinggalkan pakcik sorang-sorang?” Dia melemparkan senyuman padaku. Lama aku tatap wajah itu.

          “Kenapa harus pakcik yang cari mereka? Bukannya pakcik ego. Cuma kalau anak fikirkan,pakcik dah jaga mereka dengan baik dan beri apa yang mereka inginkan. Pakcik tak makan pun  tak pe yang penting mereka. Tapi takkan mereka lupa atas segalanya yang terpamer? Pakcik dah tua nak,tak mampu untuk bergerak ke sana-sini. Lagipun kalau dia orang rindu akan pakcik,pakcik masih tetap di rumah yang telah memberikan pelbagai kenangan pada hidup mereka.” Dia pandang pada tasik yang tenang di hadapan mata.

         “Mungkin pakcik silap mendidik mereka. Tapi takpe lah,pakcik redha atas ketentuan dari-Nya. Mungkin ini takdir yang sudah termaktub. Pakcik tidak ingin memberontak pada segalanya. Tidak mahu pakcik jadi sorang hamba yang dimurkai. Yang penting pakcik sentiasa sabar. Kebahagiaan pasti ada di syurga nanti andai tidak ditemui di dunia ini.”

          “Pakcik tak marah ngan anak-anak pakcik ke?” angin sepoi-sepoi terus menyapa. Ingin turut sama mendengar perbualan kami.

          “Tak,pakcik dah puas marah mereka dulu. Marah bagi pengajaran untuk jadi orang dan anak baik. Tu sebab pakcik tak nak marah ngan dia orang lagi. Biarlah,pakcik doa selalu agar dia orang berubah suatu hari menjadi insan yang diredhai oleh Allah.” Hanya anggukan yang aku berikan.

         “Eh,sorry leh ya pakcik ganggu ketenteraman anak pulak. Tetiba je pakcik merapu depan anak. Okey ah pakcik pergi dulu.” Salam bertaut,beberapa minit dia hilang dari pandangan. Aku menarik nafas dalam. Hmmm,ya Allah aku berharap aku bukan jadi insan seperti anaknya.

         Telefon aku capai,ditekan nombor yang satu.

        “Assalamualaikum ayah…”

Tuesday 21 May 2013

Rasa apa ni?


              Aku pandang cermin yang aku lalui itu,kemudian aku berundur semula setapak melihat cermin itu. Mengapa aku lihat bayang-bayang sendiri seperti sedang mengejek aku yang penuh dengan permasalahan ini. Tidakkah bayang-bayang itu sedar akan aku adalah tuan yang berhak kepadanya?

          ‘Aku gila?’ Tidak! Aku adalah insan yang waras cuma masih terus dibelenggu masalah yang sangat sayang pada diri dan jiwa ini. Sukar bagi ‘mereka’ untuk melepaskan aku jauh. Why? Aku tidak mampu untuk menjawab persoalan itu kerna bila aku bertanyakan pada ‘mereka’ hanya kaku tanpa ada sebarang jawapan. So,aku juga hanya mampu membisu. Terus membisu sambil senantiasa melemparkan senyuman
.
         Andai ada sesiapa yang ingin merasai apa yang terbuku,aku relakan. Biarlah jasad itu bertukar. Tapi ini bukan dunia fantasi yang mana semua bisa saja untuk terjadi. Ini dunia realiti yang ada seorang hamba mengharapkan penggantungan pada sang Tuhan. Hanya itu yang termampu. Kau tewas,kau mati mereput di tepi pokok mempelam yang kau tanam sendiri di belakang rumah. Namun andai kau gagah,kau akan terus nikmati sesuatu yang berharga di dunia ini walaupun bukan semua yang kau berhak mengecapinya. Sekurang-kurangnya ada sisa yang diberi untuk kau sebagai hamba yang selalu mengeluh namun gagah tidak berputus-asa.

         Terbahak-bahak sendiri melihat bayang-bayang sendiri yang sedang melihat mencerun kepada tuannya. Mengapa tak puas hati?

         Ingatlah Allah,Dia ada untuk semua. Jangan biarkan kau jiwa kacau. Dia sayang kau,sebab itu kau masih bermasalah,Dia mahu masih mendengar rayuan darimu,mahu mendengar doa paling khusyuk darimu. Senyumlah!


Tuesday 30 April 2013

Nak ambil kesempatanlah tue!


       #Kepentingan diri Atau semua? 

       
            Sakit kepala yang datang menyerang menyebabkan selera pada nasi goreng tom yam yang ada di hadapanku  tumpul. Manakala,air yang turun dari langit membuatkan customers lain lari bertempiaran masuk ke dalam kedai. ‘Padan muka!’ Hatiku ketawa sinis melihat gelagat mereka. Namun perbicaraan jasad-jasad yang duduk bersebelahan meja menyebabkan lagi kepalaku bertambah peritnya.

            “Hei bro,rasanya kau patut sokong parti ini bro,kalau tak kerja kita hancur bro!” Suaranya yang lantang menyebabkan hampir semua menoleh pada mereka. Aku hanya buat selamba namun telinga aku pasangkan.

            “Wei,buka matalah bro, sedangkan jalan depan Carrefour tue pun dorang tak mampu nak besarkan,macam mana nak undi? Nanti makan pun payah bro!” Kata seorang lelaki berbaju biru pada seorang kawannya yang memakai baju putih.

            “Hei,fuck lah. Yang berkuasa sekarang adalah rakyat bukan mereka. Ini tulis dalam risalah pun ‘it’s my vision!’ mana boleh begitu. Sepatutnya tulislah ‘It’s our vision’ baru betul,sama-sama makan wa! Takkan nak makan sorang kot?” Tangannya yang dibulatkan satu ditepuk kesatu tangannya yang terbuka. Menandakan ‘fuck’! Kawannya yang seorang memakai baju berwarna merah hanya ketawa terbahak-bahak melihat gelagat sahabat-sahabatnya.

            “Yang penting aku punya fund masuk kalau aku undi dia! Kalau dia kalah,tetap jugak aku tuntut janjinya. Kalau tak,damn dia olehku!” Sambungnya lagi.

            “Hei bro,undi saja parti nie. Kalau menang boleh minta peruntukan. Tengok parti tue banyak hancur bro! Bagi liur basi je,tapi janji haprak.” Balas lelaki berbaju biru itu. Sekali-sekala aku alihkan pandangan pada mereka. Perbicaraan lain mereka aku tidak mampu telan disebabkan kepala yang semakin sakit. Namun,perbicaraan mereka semakin panas dan seperti ingin bergaduh. Aku tersenyum sinis. ‘Bodoh semua kambing-kambing nie!’

           “Eh bro,kalau nak undi kau undi sajalah. Tak payah paksa diri yang penting bisnes kat bukit bintang tue gerak.” Bunyi meja yang dihempas dan kerusi yang digerak-gerakkan menambahkan bahang perbicaraan mereka.

           “Eh,damn lah,kalau parti tue menang jejas bisnes bro. Fuck off  betul!”
           “Kalau begitu kau undi saja tue parti biar bisnes kat bukit bintang meletup-letup. Kami pulak undi parti nie untuk fund. Amacam?” Kemudian mereka tergelak sama. Terbahak-bahak seperti dunia mereka yang punya.

            “Wei Man U nak main weh. Kejap lagi tue!” lelaki yang memakai baju merah menyampuk. Kemudian perbincangan mereka meleret kepada bola.

           ‘What the fish betul manusia nie! Baru nak masuk dalam cerita mereka sal politik. Damn sangat!’ Aku membayar bil dan berlalu pergi. Politik,politik,politik… Di mana-mana saja politik. Aku hampir mual dengan politik!            
             

Saturday 16 March 2013

Hijau+Ungu+Kelabu = Cantikkah warna itu?




                         # Inikah takdirku?

              Lagu yang berjudul hampa dari nyanyian penyanyi Ari Lasso aku matikan. Mengingatkan aku pada cerita lalu. Cerita biasa yang mungkin bukan cerita popular di dunia ini. Bukan cerita politik mahupun cerita artis antarabangsa,tetapi cerita insan biasa sebagai hamba Allah...

             Angin yang bertiup menenangkan sementara perasaan diri yang berkecamuk. Pengangkutan laut yang aku naiki itu bakal meninggalkan bumi di mana aku dilahirkan, malahan dibesarkan sebagai remaja jati negara tercinta. Perlahan pergerakan feri saat ini. Aku hanya menatap air laut yang berwarna hijau-kebiruan itu. Geloranya hanya sedikit,namun gelora hati ini,hanya Tuhan saja yang mengetahui. Air mata gugur sekali lagi. Kosong,kosong,kosong bekalan air suci itu!

             Baru berapa jam aku tinggalkan semua kenangan hidup di tanah bumi itu,aku sudah jadi seperti ‘kucing kehilangan anak’. Pelbagai andaian aku bayangkan tentang di bumi seberang yang aku belum sesuaikan dengan jiwa ini. Teringat dan terbayang memori bersama sahabat-sahabat yang selalu menjadi peneman keberlangsungan hidupku. Ya,inilah takdir yang aku harus hadapi. Apakah hikmah ini semua? Jiwa aku kacau.

             Suasana kelas saat itu sangat senyap,semua fokus menghafal nota-nota sejarah yang dikehendaki oleh seorang guru.

             “Siapa lagi yang masih belum ada kad pengenalan di dalam kelas nie?” Saat itu semua tersentak. Entah mengapa persoalan itu yang di timbulkan oleh seorang guru yang dihormati.

             “Angkat tangan tinggi-tinggi siapa yang belum ada?” Suara itu sekali lagi memecahkan keheningan kelas. Aku yang duduk di baris belakang melihat kehadapan. Perlahan-lahan tangan aku angkat. Ada empat tangan yang terangkat dari empat individu manusia yang berbeza termasuk diri ini. Aku lihat pada Ads,Yus dan Ana mereka nampak tegang pada wajah mereka. Ya aku tahu aku nampak cool pada semua insan, tapi hati ini hanya Allah yang tahu apa sebenarnya gelora hati ini. Lukisan watak komik pada buku catatan milikku aku lihat. Watak komik itu senyum aku lukis,aku renyukkan!

              “Cikgu rasa tak perlulah kamu study baik-baik,sebabnya kamu takkan kemana-mana jugak lepas nie. Dan yang pastinya,itu pasti menyakitkan. Apalah makna dapat result baik kalau sekadar jadi tatapan tanpa boleh digunakan?” Kata-kata yang dilemparkan itu lebih menyakitkan berbanding masa hadapan yang bakal aku tempuhi yang mana tiada seorang pun mengetahuinya lagi.

                “Okeylah,kamu sambung study,cikgu ada hal di bilik guru.” Apakah ini semua? Aku sakit, sakit yang sukar untuk disembuhkan. Sakit hati pada seorang paengajar! 

                Hujan yang turun menghilangkan aku pada imbasan masa lampau. Titis-titis air dari langit mengajak aku untuk mencari tempat perteduhan di feri itu.

                 “Sardi,jangan lupa pada kami ya kalau kau dah jauh nanti. Kalau ada apa-apa just mesej atau call je ya. Nanti datang rumah jumpa mak dulu sebelum kau belayar.” Suara itu yang aku dengar saat terakhir aku menjejaki sekolah menengah di bumi itu. Suara ija, sahabat selaku keluarga angkat aku saat keluarga asal aku sudah pergi terlebih dahulu pulang ke tanah nenek moyang aku. Aku hanya mengangguk pada suara itu. Sapaan-sapaan yang lain turut aku telan walaupun perit. Wajah-wajah itu masih tersimpan di dalam hati ini. Memang sukar menerima momen itu saat semuanya tidak dirancang di dalam minda.

                  Mesej terakhir dari sahabat-sahabat aku padam. Ingin membuang rasa berat hati bertandang.

                  “Apa yang mahu dikhayalkan lagi tue Sardi? Apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah. Semua yang terjadi adalah yang terbaik yang telah Allah nampakkan pada kita. Semua berhikmah. Jangan disedihkan masalah yang terjadi nak.” Bahu aku dipegang,sapaan dari pakcik Amit,seorang hamba Tuhan yang membawa aku pada kedua orang ibu-bapaku.

                   Air mata ini gugur lagi. Aku peluk susuk tubuh itu.

                  “Jangan nangis nak, yakin pada Allah. Andai kau merindui mereka,sahabatmu,kau doakan saja mereka sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat.” Belakang aku diusap agar mentertenteramkan emosiku saat ini. Aku hanya mengangguk. Apa pun terjadi,aku bersyukur pada yang Maha Esa. Dugaan yang mematangkan diri ini. Inikah warna hidup aku? Warna hijau+ungu+kelabu= Gelap?



                                                            -TAMAT-
           

Tuesday 12 March 2013

Birthday Boy!




                        #Kau Dah Tua lah Mr.A...
              
               "Yessss,finally! Siap jugak cerpen yang dah sekian lama tergendala nie." Aku berbicara sendirian di dalam bilik meluahkan rasa kepuasaan hati. Tidak tahu pada siapa lagi untuk aku berbicara. Semua insan di dalam rumah ini telah keluar pergi ke pasar minggu meninggalkan aku bersendirian 3 jam yang lalu. Kertas-kertas yang aku remukkan akibat ketidapuasaan idea yang tercipta,aku masukkan ke dalam mug yang masih ada air kopi separuh lagi. Tidak ingin aku meneguk air kopi yang telah hilang 'temperature' asalnya.
                Aku bangkit dari kerusi. Ingin menuju ke pusat pembuangan hajat. Rasa malas menerpa ditambah dengan kepenatan minda yang menjelma secara tiba-tiba,namun aku harus meneruskan langkah ke pusat pembuangan hajat tersebut. Rutin harian! Senyum sendiri.
               Perlahan tangan memulas tombol pintu bilik tersebut. Apabila aku keluar dari bilik itu,hanya beberapa langkah kaki melangkah merentasi antara sempadan pintu bilik dan ruang tamu,perabot-perabot yang terletak di ruang tamu bergegar seketika. Aku panik.
              'Ya Allah apakah ini semua?' Aku bersandar pada dinding. Rasa takut  menerpa dengan tiba-tiba. Ayat yang selalu aku semburkan iaitu 'aku adalah hero malaya' tidak mampu melawan rasa panik itu. Semua kembali seperti sedia kala beberapa minit kemudian.
             "Apa nie,gempa bumi ke?" Aku segera menuju ke jendela dan melihat ke bawah untuk memastikan apakah sebenarnya itu semua selepas semua kembali tenang. Namun keadaan di bawah seperti tiada apapun yang terjadi. Bingung.
              "Happy birthday Mar,semoga berjaya dalam kehidupan sayang." Ciuman di berikan oleh ibu di dahiku apabila aku baru sahaja keluar dari tandas. Aku terkejut. Bila mereka semua pulang dari perjalanan mereka? Dan bila masa parti ini di buat? Seingat aku,tidak sampai empat minit aku berada di dalam pusat pembuangan hajat itu. Aku makin jadi keliru. Suasana rumah juga turut berubah.Wajah-wajah yang aku lihat agak berbeza dari yang biasa. Apakah ini semua? Persoalan itu timbul lagi.
               Kalendar aku lihat di dinding. Terlintas di hati untuk melihat bila lagi cuti awam seperti hari ini.
               “Aik,bukan bulan nie ada 28 hari ke? Mengapa ada 29 hari  nie?” Aku berbicara sendiri. Namun satu yang aku terlepas pandang angka tahun di kalendar tersebut. Aku rasa pelik mengapa struktur rumah mahupun warna dan perabot seperti sudah berada di rumah orang lain.  Ya mungkin aku terlepas pandang akan keadaan rumah kerana asyik sibuk dengan dunia sendiri. Dunia penulisan dan kerja. Televisyen mahupun sosialiti di rumah aku tidak terlalu utamakan. Tapi mustahil sangatlah aku bisa terlepas keadaan perubahan rumah ini walaupun aku sibuk seperti ahli politik? Aduh,apa telah jadi dengan minda aku saat ini? Ku pandang cermin sebelum berlalu ke dalam bilik,selangkah aku berlalu ku patah semula melihat wajah milikku  di cermin tersebut. Seperti ada kemusykilan yang terlepas pandang.
                “Arrrgggghhhh, apa dah jadi nie? Mengapa muka aku nampak lain nie?” Semua kelibat memandang aku dengan rasa yang pelik. Muka aku pegang, janggut milikku aku pegang. Semua berbeza.
                 “Ini mengapa tetiba je teriak nie? Kena sampuk ke apa nie Mar?” Aku lihat wajah itu, seiras ayah. Tapi kelihatan agak tua. Mustahil jugak atok. Atok dah lama meninggal dunia. Aku segera pergi melihat kalendar semula. Kali ini aku mesti perhatikan angka tahun di kalendar itu.
                 ’24.02.2024? Biar betul? Tidak aku bermimpi!’ Aku lari masuk ke bilik dengan segera.
                 “Eh bang,tiup dulu lilin kek nie!” Aku hanya memandang pada budak remaja perempuan tersebut. Dalam family, belum ada  adik aku yang remaja lagi. Pintu bilik aku tutup dan kunci.  Aku bersandar pada dinding pintu bilik tersebut.
                 “Ya, Allah apa semua nie?” Fikiranku buntu. Aku menutup mata seketika dan cuba mencari semula semangat yang telah hilang.
                 ‘Tak pe,aku kena kena tempuhinya. Takkan nak jadi lelaki lemah berkurung di dalam bilik kecil ini.’ Perlahan pintu aku buka setelah lima minit aku duduk di dalam bilik kecil milikku itu untuk mencari ketenangan jiwa dan minda.
                  Cahaya terpancar di celah pintu bilik. Aku membukanya dan aku terpaksa menutup mata. Cahaya yang terlalu silau mengenai mata.
                   “Selamat hari lahir tuanku. Selamat menyambut hari keputraan tuanku yang ke 23 tahun.” Aku lihat pada kelibat manusia-manusia yang mengerumuni aku saat ini. Semua berpakaian pelik.
                   ‘Tuanku? Keputraan? Sejak bila aku jadi anak raja nie?’ Aku tersenyum sendiri. Entah apa yang telah terjadi pada diri aku sebenarnya.
                   “Sila duduk tuanku. Ini santapan untuk tuanku,minuman kegemaran  tuanku. Kopi.” Aku mengambil mug yang diberikan oleh hamba tuhan itu. Aku tersenyum. Memang seperti seorang raja.
                      “Terima kasih.” Aku meneguk air kopi itu.
                      ‘Aik apa nie?’ Terasa sesuatu di dalam mulut yang pelik. Aku tarik keluar dari mulut.
                      ‘Kertas?’ Aku teguk sekali lagi,kali ini serpihan kertas itu bertambah besar.
                      “Hei,apasal kertas ada dalam kopi nie?” Semua yang berdiri nampak panik. Tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan.
                     “Cepat ambil kopi dari tuan putera. Segera bertindak!” Kata hamba Tuhan yang dari tadi cuba menghiburkan hati ini.
                     “Tak pe, saya nak ke tandas saja. Nak buang air kopi nie.” Saat aku berjalan semua makin pelik.  Mungkin ayat yang aku gunakan mereka tidak pernah dengari loghatnya. Pandangan mereka terus terarah pada aku.
                     “Ahhh,aduh!” Kaki tersudung. Aku terjatuh dari tangga yang aku turun dari singgahsana yang aku duduki tadi. Ku pegang kaki yang sakit itu. Saat seorang lelaki berpakaian panglima membantu aku untuk bangkit,satu bunyi yang perlahan makin meningkat bunyinya.
                     “Bunyi apa tue?” Nafas aku sesak seperti hidung aku tersumbat.
                     “Uhukkk,uhuukkk…uhukkk”

*                                                           *                                                             *
                       “Mar,buat apa tue? Apa bising-bising tue? Takkan siang-siang hari mengigau? Meh keluar,mak  ada beli kuih nie.” Ketukan dari ibu terus berbunyi. Aku lihat di tangan,aku pegang mug yang ada kopi yang aku isikan kertas selepas aku habiskan cerpen tadi. Mulut aku ada serpihan kertas dan kopi terasa di lidah. MasyAllah aku tertidur rupannya. Siap mengigau lagi.
                       “Kejap,kejap. Amar keluar.” Adui,apa jadi nie? Realiti or fantasi? Aku lihat kalendar,memang 24 februari 2013. Tersenyum sendiri. Serpihan kertas di bibir aku keluarkan. Selamat hari lahir Mar…Silly!


                                                      

                                                              -TAMAT-