blue Who is Me???: September 2012

Followers

Wednesday 26 September 2012

Bila rusa masuk bandar...

                         #Saat mata tercuci dengan kehidupan...

          Saat kau berpijak di 'bumi' asing itu,kau merasakan sesuatu yang  kau tidak pernah temui di 'bumi' mu sendiri.Dari segi persekitaran itu sudah pasti,apatah lagi budaya dan masyarakatnya.Kau terfikir bahawa kau adalah sangat kecil tika itu.

         'Arah mana lagi yang harus aku tujui?'

         Kau cuma yakin pada hati yang berbisik.Doa terus saja kau panjangkan pada Tuhan,berharap diberi petunjuk untuk melalui kehidupanmu!

        'Inikah kota raya pujaan masyarakat di 'hometown' aku?Menjadi buah mulut mereka senantiasa,tika bicara mula berhujah?Huh,sesak!Minda aku tersentak,jiwa aku tergerak,hati aku terledak!Hidup masyarakat yang penuh dengan kerisauan,kehipokritan dan...'

        Kini kau tersedar,apa yang dibicarakan adalah 'indah khabar dari rupa'.Dan memang tidak kau nafikan bahawa kota itu kota yang menjanjikan pelbagai peluang kehidupan,namun kota itu juga yang bisa menghancurkan.Kau langsung tidak berniat untuk menjadi sebahagian masyarakat di kota perantau itu,namun Tuhan ingin menguji dan memberi peluang kepadamu.Peluang untuk menunjukkan samada kau bisa menjadi insan yang boleh dibanggakan atau insan yang bisa dilupakan.Dilupakan oleh Tuhanmu yang Maha Esa!

       Masa terus berlalu.Meninggalkan semua jauh nun di sana.Kau cuba menyusuri jalan itu.Jalan gelap yang kau tidak pasti.Simpang yang banyak,bersimpang-siur telah kau temui.Hatimu bergetar,tidak pasti arah dan simpang mana yang harus kau lalui.Kau tahu,andainya kau tersalah pilih kau pasti menyesal dalam pemilihanmu.Inilah kehidupan,lumrah yang kau tidak dapat elakkan.

      'Apakah rasa mata hati aku ini?Aku tak dapat tentukan corak hidup aku di 'Bumi' asing ini...Niat di hati semakin terpesong.Bukan ini yang aku kejarkan kemari!Aku rasai Tuhan ada di sisi,cuma niat hati semakin menyisih...Huh,gilak,aku hilang dalam dimensi.'

       Teori evolusi semakin kau rasai di dalam diri.Kau hilang dalam terang.Remaja berpelukan di hadapanmu bukan lagi satu kejutan.Malahan kau rasai satu hiburan.Dulu kau kutuk cara masyarakat meneruskan keberlangsungan hidup,kini kau telah sepakat!Konon nak amalkan prinsip 'hidup berpakat,jiwa selamat'.

       Kau bukan kau lagi.Kau insan baru yang wujud di dunia ini!Dunia ini kejam,namun kau lagi kejam kerana 'membunuh' dirimu sendiri.Kau tidak berpegang pada ayat yang selalu berbisik di hati dan mindamu...

       'sejahat-jahat ibu tiri,jahat lagi ibu kota!'

        Sesallah wahai hamba Tuhan,bangunlah dari khayalmu!Bangkitlah dari dimensi luar mindamu.Ingatlah kau siapa.Ingatlah apa niat yang kau sudah kuburkan di jiwamu ketika kau terbang melintasi Laut Cina Selatan...Tuhan beri kehidupan,beri peluang,beri keselesaan,bersyukurlah kau pada-Nya.Masa masih ada sebelum hayat tertutup!

       NIAT PERBETULKAN,MINDA PERLUASKAN,HATI BENTANGKAN...
       BIAR KAU TETAP DI JALAN YANG SATU,JALAN SYURGA YANG ABADI!
       IMPOSSIBLE IS NOTHING!

       

        

Sunday 23 September 2012

An ordinary person!

                                           #Bicara pada hidup...

           Burung gagak di luar apartment sangat membingitkan.Seolah-olah mereka mahu menggantikan tempat si sang ayam untuk berkokok dipagi buta.(Yalah manada ayam hidup di kawasan metropolitan nie,ayam dalam peti ais adalah.).Jikalau bisa pasti si sang gagak juga ingin cuba berkicau seperti si burung pipit.

          'Pagi-pagi lagi dah kecoh gagak-gagak nie!Wat sakit telinga betul ah...'

          Aku bangkit dari pembaringan.Solat subuh sudah aku abaikan.Aku buat 'nothing',konon tidak disengajakan tertinggal.Padahal sang Malaikat sudah jemu mencatit dosa itu setiap hari.Ada saja alasan yang diberikan.Alasan 'period' pun kalau boleh diberikan,sudah pasti itu yang diperjawabkan.MasyaAllah.

        Kakak-kakak indon di bawah apartment sudah sibuk mempercepatkan langkah untuk ke tempat kerja.Mencari satu keberlangsungan hidup untuk menetap di dunia ini.Perlahan saja kaki aku gerakkan menuruni tangga sembilan tingkat itu.Saat begini,lif pasti saja seperti tin sardin.Mampat dengan manusia.Tidak ingin aku bersesak pada saat ini.

       Rutin harian aku seperti biasa menuju ke tempat di mana aku harus mencari sesuap nasi.Langit masih lagi dalam keadaan suram.Sang Matahari masih malu menunjukkan diri di saat ini.Ada manusia yang sudah sibuk melaksanakan tugas mereka dalam pencarian rezeki.Seorang makcik tengah sibuk menyiang ikan di belakang restoran,di tepinya berlonggok bermacam-macam jenis sayur.Seorang makcik nie pula tengah sibuk dengan sebatang penyapunya di tepi-tepi jalan.Demi sesuap nasi itu,apapun sanggup dilaksanakan.Aku perhatikan semuanya,walaupun aku seperti masih dalam keadaan mamai.

      "Eh,Joe awal ko datang..."Aku buat 'nothing',just senyum saja aku mampu sedekahkan sebelum masuk ke dalam premis pagi-pagi nie.

      'Awal?Dah lewat dah nie abang oii.Nak sindir aku lah tue!'

       Tiada seorang pun yang aku percaya di waktu ini.Aku masih setua jagung dalam pekerjaan nie.(Eleh,baru 5 hari keja) dah nampak gaya rakan sekerja.Akak ketua cashier tue lagilah buang laut.Depan manis,belakang macam tapir.Apa lagi sebilangan abang-abang sekerja nie,tak habis-habis nak mengumpat.Orang tengah cuti pun habis jadi bahan bualan.Silap-silap haribulan orang yang diumpat tue boleh mati tercekik.Aku just buat bodoh.Ala-ala orang 'nerd'.Tapi aku masukkan ke dalam minda.Aku harus jadi hipokrit!Sini bukan 'hometown',sini 'metropolitan' penuh dengan manusia hipokrit!

      Abang ada berbicara pada aku,
      "Jangan sesekali kau mempercayai manusia yang berada di kota metropolitan ini.Walaupun dia adalah sekampung atau senegeri denganmu!Manusia di sini penuh dengan 'keajaiban',penuh dengan kejutan!Talam sepuluh muka!Dan jangan sesekali kau menceritakan keburukanmu pada mereka,kau ceritakan sahaja tentang enjoy dan keseronokan.Jangan takut bergaul,kau cuma perlu takut pada Allah...Allah is everything"

    Aku sematkan kata-kata itu untuk dijadikan pedoman.Sedangkan pokok kuat boleh tumbang apatah lagi dengan manusia yang sangat lemah ini.(Aik sampai melalut ke atas pokok pulak...;)   )

   Namun aku harus tetap mencari siapa aku ini.Who is me???? 

       

         

Friday 14 September 2012

Sakit hanya disertakan senyum!

                          #Nice to see,if broken consider sold :)  

             Kini baru kau tahu betapa seksanya hidup di dunia ini.Untuk mencari sesuap nasi kau terpaksa cuba menguatkan semangatmu walaupun sebenarnya kau dulu tidak mampu.Kau rasa dulu dunia ini adalah kau punya.Kau tidak sedar bahawa hidupmu itu ditanggung sepenuhnya oleh kedua orang ibu-bapamu!

             Manik putih yang keluar dari ruang pori kulitmu terasa deras.Cahaya matahari yang memancar seolah-olah tidak menunjukkan belas kasihan padamu.Ya,mungkin Tuhan ingin merasakan kau bagaimana susahnya duit yang dicari oleh ayahmu dengan sekerat jiwanya.

            "Tuhan,mengapakah dugaan ini yang harus aku terima?"
            Apabila susah,baru nak ingat Tuhan.Baru sedar bahawa Tuhan itu ada.Mengapa di saat kau berada dalam kegembiraan,kesenangan dan kebahagiaan ada dalam hidup,kau langsung tidak pernah mengingat akan Tuhan itu wujud?Kau pasti terkesima.Kau pasti tersentak bahawa betapa kejamnya takdir memainkan hidupmu.

           Potongan-potongan kayu kau buang kedalam lori,batu-bata yang dulu kau tidak pernah mengangkatnya kini berada di bahumu.Bebanan yang berat kau cuma mampu menganggapkannya ringan.Seringan kapas.Mask di mukamu menutup hampir separuh dari wajah itu.Peluh yang keluar kau biarkan sahaja turun ke dagumu.Sedihnya rasa itu.Tulang lembutmu itu terasa sakit.Penat yang teramat.

          'Aku tak pernah rasa sesusah ini...'

          Pada siapa kau tujukan rungutan itu?Pada siapa kau sampaikan rasa itu?Ya tiada lain selain pada Tuhanmu.Wake up hamba Tuhan,tidak perlulah kau merungut tapi berdoalah kau pada-Nya.Sesungguhnya dugaan itulah yang mampu mendekatkan kau pada-Nya...

         Air mata itu terasa ingin mengalir keluar,namun kau cuba untuk menahannya.Kau takut ego dalam dirimu tercalar.Takut malu pada orang yang ada di sekelilingmu tika itu.Jadi saat ini,kau berdoalah padanya agar di beri kekuataan.Tuhan itu pasti ada di sisi.

        'Ibu...andai kau ada di sisi saat ini,ingin aku memelukmu dan mengatakan betapa seksanya hidup aku ketika berjauhan darimu.Ingin aku merasakan tanganmu membelai rambutku.Walaupun seketika cuma.Kedut di tanganmu itu yang ingin aku sentuh.Suaramu yang sayu itu yang ingin aku dengar agar sakit yang aku rasakan ini mampu sembuh.Aku kini terasa betapa perlunya aku sentiasa mengingatmu.Secebis doamu itu saja yang mungkin menjadi alas kekuatanku di saat ini.Aku takut tersungkur...'

        Kuatkanlah spirit hidupmu...
        Yakinlah pada-Nya,dan kau harus tahu bahawa ada lagi orang yang lebih jauh susah dari hidupmu!
        Tingkatkanlah keimananmu walau kau jauh di hujung dunia.



            Kau hanya perlu senyum,biarlah kesakitan itu tertutup.Tidak perlu bersimpati pada orang lain,tapi merayulah pada yang Esa...

           IMPOSSIBLE IS NOTHING...!

Wednesday 12 September 2012

Kisah Dongeng...

                                     #Janji Tiga Sahabat.

         Keadaan sekolah itu bukanlah yang bisa dibanggakan oleh masyarakat yang berada di kawasan tersebut apatah lagi masyarakat yang berada di dalam bandar.Kemungkinan ibubapa yang menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah tersebut adalah atas dasar terdesak dan hanya untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka.Pelajar cemerlang yang lahir pun hanya sejemput!Namun sekolah itulah yang menjadi pujaan kepada tiga sahabat.Tempat yang menemukan mereka bertiga,tempat yang paling gembira buat mereka!

         Di saat ini jiwa mereka masih segar seperti rumput yang baru tumbuh menghijau di laman padang sekolah tersebut.Masih bersih dan tidak dicemari.Di saat ini juga jiwa mereka seperti ada bonding yang sukar untuk dileraikan oleh sesiapa pun.Ibarat anak kembar tiga namun bukan serumah.

         Joe, Abey dan Lee.

        Angin sepoi yang bertiup terasa di ruang-ruang pori kulit.Mereka bertiga duduk di bawah satu pohon rendang,tiada siapa pun di situ tika itu.
  
       "Joe,kita wat perjanjian,nak tak?"suara Lee memecah kesunyian di kala masing-masing dengan bekal makanan yang dibawa dari rumah.
    
       "Perjanjian?Janji apa nie???"Joe menjawab tapi masih tetap setia dengan makanannya.Abey hanya terkulat-kulat seperti tidak memahami apa yang di maksudkan oleh Lee. 

       "Walau apa pun jadi,kita study sama-sama ya.Kita sambung study jauh-jauh.Biar semua orang tahu yang kita nie bisa jadi kebanggaan mereka suatu hari nanti."Bersemangat Lee menerangkan usulnya.

      "Mahu-mahu...Aku janji,ikut kamu belajar sama-sama.Belajar jauh-jauh dan berjaya sama-sama."Abey menjawab dan menerima usul yang dibentangkan oleh Lee.Joe hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa pada Lee dan Abey.Mereka berdua melihat pada Joe dan menunggu jawapan dari Joe.

      "Joeeeeeee!!!!"Dua-dua mereka serentak teriak pada Joe.

      "Aduh,jangan macam kakak-kakak wa teriak.Lek ah sahabat.Aku..."belum sempat Joe menghabiskan kata-katanya,lonceng sudah berbunyi.Mereka bergegas mengemaskan bekal mereka sehingga terlupa menagih jawapan daripada Joe.

      Kini sudah lapan tahun memori itu berlalu,sudah lapan tahun janji itu termeterai.Sudah lapan tahun kehidupan mereka berubah.

      'Inikah hikmahnya aku tidak terjawab akan janji-janji yang mereka ingin kotakan bersama aku pada saat itu?Inikah sebabnya aku tidak mengendahkan janji mereka pada waktu itu?Jikalau aku berjanji,pasti aku akan dihantui oleh janji itu walaupun iya hanyalah sekadar janji 'budak-budak'.Kini aku hanya mampu mengenangkan janji itu namun aku tidak mampu untuk mengotakannya.Doa tidak putus-putus ku panjatkan agar aku jadi seperti mereka,namun Allah sudah mengatur apa yang terbaik untuk aku kelak.Cuma aku kini belum nampak apa yang diaturkan oleh Allah...Hanya air mata saja aku bisa lepaskan,agar aku bisa tenang.Tapi sampai bila?'Hati milik Joe berbicara sendiri sambil matanya melihat pada kilauan bintang-bintang berkerlipan.Air matanya gugur lagi.

      "Aku hanya mampu berdoa agar kamu berjaya menunaikan janji itu...Walaupun tika ini kamu sudah lupa akan janji yang hampir termeterai oleh kita bertiga.Aku tidak mampu!"

                                                                 -the end-


Monday 10 September 2012

Sabar itu satu nikmat!

                                #Siapa aku di Bumi ini???

      'Mengapa aku di duga sebegini di atas bumi kelahiran aku sendiri?Mengapa aku perlu jadi seperti orang asing di bumi yang aku puja ini?Andainya aku tidak layak berada di bumi ini mengapa aku harus diwujudkan di sini?Mengapa!!!!!'

           Hati aku menjerit,namun aku tidak mampu menzahirkan kata-kata itu.Hati ini seolah-olah putus harapan.MasyaAllah,mengapakah terlintas di hatiku sebegitu?Sebenarnya aku belum nampak lagi apa sebenarnya hikmah semua ini.Andai dugaan ini dapat mendekatkan aku pada Maha Pencipta,layakkah aku?

         Di mana harus aku berpijak andai di bumi sendiri aku tidak di terima?Persoalan itu sering bermain di dalam kotak fikiran aku.Namun aku tetap gagahi diri ini untuk cuba menempuhi apa jua kemungkinan yang terjadi dalam hidup ini.

         Aku hamba yang penuh dengan dosa yang pastinya aku sendiri tidak dapat mengukur seberat apa pun.Adakah disebabkan itu semua aku diduga sebegini?Inikah pembalasan yang harus aku terima?Tapi mengapa di saat ketika aku masih sesegar rumput hijau yang baru tumbuh dulu aku sudah terima dugaan ini?Kerana dosa itukah?

        Air mata ini sudah terlalu banyak yang mengalir.Mata ini sudah penat melepaskan beban-beban yang tersimpan.Hati ini pula semakin tenat memujuk diri-sendiri supaya berfikiran positif dan otak ini sudah kebuntuan membina strategi hidup dan menyelesaikan masalah kehidupan ini.Tidak tahu sampai bila semua ini akan bertahan...

       Aku tersentap membaca karya penulis dari buku yang berjudul 'Batu ketiga dari matahari'  bab yang bertajuk 'Seorang aku,Dan Tuhan'.Banyak kali aku fahami semuanya dalam cerita itu.Ya mungkin hati aku sudah jauh dari Tuhan,seperti coretan karya itu..Namun aku tetap ingat pada sang Tuhan,cuma mungkin tidak mendalami dan membetulkan niat di hati...MasyaAllah!

      Jangan jadi seperti aku!Insan paling kalah dalam kehidupan...:(

Friday 7 September 2012

Coretan si Encik Penyu!

                              #Mampukah aku survive?

            Angin yang bertiup melupakan seketika memori yang aku kini berada di
perantauan.Melupakan seketika masalah yang aku sedang hadapi dan melupakan seketika tujuan aku berada jauh di bumi orang.Angin lembut itu mengingatkan aku pada hometown yang terasa baru saja aku tinggalkan 'sesaat' lalu.Sesaat yang seksa terasa di dalam benak.

           Kini aku percaya akan kata-kata manusia yang sudah berkilo-kilo merasa garam di dalam hidup mereka.Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri,tapi hujan batu itu juga yang tetap jadi pujaan hati sampai kemati!Aku 100% telah mempercayai kata-kata itu.Tiada lagi keraguan di dalam lubuk hati.

           Tika ini aku adalah seorang perantau (Layakkah aku bergelar perantau?).Tiada sesiapa yang rapat di dalam hidup yang menemani saat ini.Tika ini juga,sesiapa pun yang bergelar perantau di dunia ini harus survive tanpa pedulikan orang lain.

          Aku berharap agar aku tidak ter 'evolution' dengan budaya yang aku bakal temui.Seperti teori evolusi yang dilakukan oleh Darwin Wallace's sebelum membangkang teori evolusi yang dilakukan oleh Lamark's.Evolusi bergantung pada apa yang ada di sekeliling pada saat itu.Semua mempengaruhi!

         
          Jauh lagi aku berjalan,jikalau aku tidak bardaya,aku sanggup merangkak!Memang saat ini aku harus menimbah pengalaman hidup dngan lebih dalam.Merasa jatuh bangun dalam kehidupan!Ya,inilah takdir yang harus aku tempuhi.Allah telah menentukan segalanya,tinggal kita saja yang mulakannya.


Kawan 1: Joe,aku tidak ingin balik ke melaka,di sana aku harus hidup seorang dan survive sendiri2x...Jikalau boleh,aku ingin terus di sini...

Kawan 2: Joe,aku lebih selesa di hometown kita nie,makan or tidak aku tetap rasa bahagia.Tapi kalau di bumi orang,kenyang pun macam tak kenyang.Hmmm...

kawan 3: yala..yg pnting pndai jga dri d sna sbb byk dugaan..aq yg baik nie pun ble tpengaruh,apatah lg kw yg lbih baik dr aq..hahahah
ble jgk bha hdup sna,cma tahan hati la..heheh

              Apa-apa pun bakal terjadi,hanya Allah tempat aku berharap.Salam jumaat semua...:)
            

Wednesday 5 September 2012

Don't give up!

                          #...bila malaikat berbisik!

     Dunia masih berputar,maknanya manusia masih berlegar di permukaan bumi.Pastinya mencari hala tuju hidup masing-masing dengan cara tersendiri.No compromised between each others.Siapa tewas dalam perjuangan pasti ketinggalan jauh di hujung bumi.
     
       Satu ceramah sedang dijalankan,hanya melibatkan beberapa makhluk Tuhan sahaja(mana tidaknya,ikut ceramah pun berbayar,tapi berbaloi ah).Bukan ceramah politik,bukan juga mengenai pilihan raya yang bakal berlaku.Malahan ini bukan parti libatkan kerajaan negara.Just one society that want to help you to improve your life.  

       "Dalam setengah juta penduduk di bandar ini,seharusnya kamu bersyukur kerana malaikat mencatat nama kamu dan menghantar kepada Tuhan agar takdir membawa kamu datang ke majlis ini.Kini,Tuhan hanya melihat usaha apa yang bakal kau persembahkan agar Dia menerima apa yang kau kejarkan."Tersentap,terkedu,terdiam,entah ayat apa lagi yang dapat diekpresikan.Tidak pernah terdengar tutur bicara sebegitu.Terasa unik di dalam kotak minda.
     
       " ...tidak perlulah kau merasakan dirimu kecil diantara sesama kamu,sesama manusia.Sesungguhnya merasa kecillah kau pada penciptamu!Jangan sesekali kau cuba berputus-asa terhadap kehidupanmu.Don't ever you try to give up.Jikalau kau melakukan  sebegitu kau adalah insan paling hina dan rugi di Bumi ini!"Lantang suara hamba Tuhan itu.Suaranya masuk menusuk ke dalam gegendang telinga.Namun padat dan tepat!  

         "Belajar tinggi adalah satu pakej kau berada di dunia ini,orang belajar sehingga darjah 3 pun mampu berjaya.Mengapa hanya mengatakan orang yang berjaya hanya orang yang belajar tinggi dan jauh-jauh?Mengapa?Semua itu hanya kelebihan,namun bukan tiket 100% untuk berjaya.Semua adalah terpulang dari individu tersebut bagaimana pembawaan hidupnya di dunia ini dan menjurus ke arah mana.Malaikat telah berbisik di telingaku,mengatakan bahawa aku harus memberi ilmu apa yang aku miliki agar kita sesama maju..."Metefora sangat ayat itu,sehinggakan yang mendengar terlopong dan terdiam.Semangat semakin terbakar,sukar untuk dipadamkan oleh sesiapa.Hidup harus...go success!!!!!

         "...jangan lengahkan segalanya,biar putih tulang jangan putih mata!"Mampukah melaksanakan apa yang terpendam dan apa yang digenggam?Yang pasti bukan Ganggam style!Go success!
         

Monday 3 September 2012

Perpisahan???

           #...bila perpisahan muncul, hanya air mata mampu menemaninya.


     Aku berjalan membawa hati dan perasaan yang aku sendiri tidak mengerti apa semua ini.Hanya membiarkan saja kaki ini melangkah menyusuri jalan yang penuh dengan manusia dan benda konkrit (seperti zombie yang tidak tahu kemana arahnya hehe).Pelbagai suara,gaya dan ragam manusia mampu dilihati pada tika ini,namun itu semua tidak mampu menghilangkan apa yang aku tengah rasai.
  "Apa juga sebenarnya semua ini???"Hanya ayat itu yang mampu aku perkatakan!

        Langit pula pada tika ini seperti memahami dan cuba menemani hati yang dirundum kegilaan.Persoalan demi persoalan tercetus di minda hati.Beginikah rasanya orang yang tidak mengerti  erti hidup?Huh...

        Burung di langit berterbangan ke sana-sini cuba mencari destinasi untuk berlindung.Mana tidaknya,angin yang bertiup  seperti berasa kegembiraan di saat ini.Seperti mengejek diri ini dan cuba menghalau aku dari kawasan bandar ini.Mungkin jikalau angin itu bisa berbicara pasti ia mengatakan ayat seperti ini...

       "Hey,manusia...kau pulanglah ke rumahmu dan kau menghadaplah Tuhanmu.Hanya Dia yang mampu menenteramkan jiwamu...!"Rasanya begitulah ayat yang akan diperkatakan oleh sang angin.Aduh,apalah yang aku sedang karutkan ini?

       Belum sempat aku menjejaki rumah,titis air dari langit sudah mencecah permukaan bumi.Sedikit demi sedikit titisan itu semakin deras tumpah ke permukaan bumi.Di saat ini jugalah aku teringat  pada kata-kata rakan seekerja...


#Analisa:Joe,kalau aku tahu begini jadinya tidak ingin aku cuba rapat pada dirimu!(Aku tersentak dari kerjaku pada tika ini,membersihkan kawasan kaunter yang dipertanggungjawabkan padaku).

#Aku:Ngapa kau cakap cam gitu?
#Analisa:Yalah,sekarang kau bakal tinggalkan kami,kau bakal pergi jauh dan kau bakal dapatkan kawan baru lalu kau akan melupakan kami sebegitu saja.(Aku terdiam.Merenung jauh ke dalam matanya.Ikhlas sungguh ayat itu ku rasakan!)Kau mahu tahu tak Joe,selama aku berkawan ngan lelaki,tak pernah aku rasa tak malu kalau makan depan lelaki.Selama nie kalau depan lelaki lain,macam tak masuk je makanan tue ke dalam mulut aku.
#Aku:Apalah kau mengarut nie Lisa (sambil aku terketawa,namun di hati aku macam nak nangis je dengar kata-katanya itu).

Aku terpaksa wahai sahabat..


     ZHsssssss...

     Aku tersentak dari lamunan singkat aku itu.Pemandu dalam kereta saga fL tersebut seperti sudah buta,tidak nampak orang ada di tepi.'Jahanam betullah!' 
     'Bilalah hujan mahu berhenti nie?'
      Esok,sahabat aku yang selalu menemani aku di kala dia menganggur di bumi Sandakan,bakal meninggalkan hometown.Cuba mencari satu penghijraan untuk memajukan diri,aku doakan kau berjaya wahai sahabat.Orang yang berada di situ pula melihat saja pada susuk tubuh ini sambil berbisik sesama mereka.
      'Woi,tak pernah tengok orangkah???'
Ingin saja aku tempeliak mereka pada saat ini,namun kudrat tidak termampu.
Aku kini mungkin berada dalam kecelaruan perasaan.Mungkin di sebabkan salam perpisahan yang mereka beri padaku tadi dan salam perpisahan yang aku beri pada sahabat aku yang lain.

      Kini dan saat ini,di kala hujan dan angin menjadi saksi,air mata aku tumpah di tika aku meredah jalan yang basah sambil aku juga turut dibasahi oleh hujan.Takdir cuba mempermainkan aku.Aku sudah tidak kisah semua itu,orang tidak akan juga sedar dan faham apa yang aku tengah alami.Pertemuan dan perpisahan berputar-putar saja di dalam hidup aku,kiranya aku sudah lali.Namun mengapa tumpah juga air suci itu di kala masa itu tiba?Why?Aku terlalu lemah sangatkah dalam situasi ini?!



     Wake up Joe,now is september.August was end.You should start build a new life.Build the new strategies.(betulkah juga english aku nie?oh,my english!)
      Inilah mungkin hidup aku,penuh dengan dramatik,penuh dengan karut dan marut!However,aku tetap bersyukur pada-Nya.Life must go on.PEACE NO WAR!