blue Who is Me???: February 2013

Followers

Saturday 9 February 2013

Surat Hati

                  #Aku tak mampu tinggalkankanmu sayang!



     Terasa pagi agak suram tanpa nyanyian sumbang dari sang gagak. Awan sudah bergabung di atas sana seolah-olah menunjukkan pemberontakan pada sang manusia. Mungkin sekejap lagi memburaikan air tercemar yang telah diserap oleh sang matahari dari permukaan Bumi.
             Jam sudah menunjukkan 9.40 pagi. Manusia di bawah apartment sudah semakin berkurang,kesibukan di waktu pagi sudah tidak terasa lagi pada saat ini.
            ‘Sayang,mengapa tak bangun-bangun lagi nie?’ Ku lihat pintu bilik Amira masih tertutup rapat,belum ada tanda lagi yang buah hati tersayang bangun dari pembaringan.
           ‘Takkan tak pergi kerja hari nie?’Hati berbisik lagi. Perasaan itu semakin berkocak. Tapi aku abaikan segala rasa yang hati kecil ini lemparkan. Hujan yang semakin lebat,mengingatkan aku pada kisah 5 tahun yang lalu. Peristiwa yang aku mungkin tidak dapat lupakan apatah lagi pada Amira.
           “Amira takut nak naik perahu nie. Amira tak tahu berenang.” Bisik Amira pada telingaku ketika aku sedang membuka ikatan perahu yang terikat di sebatang kayu di jeti hujung kampung. Dia berada di belakangku dan terus melihat apa yang aku lakukan.
           “Ala,kejap je kita naik perahu nie.Azim pun bukan terar sangat berenang nie. Nanti kalau ada apa-apa Azim tolong Mira jugak okey?.” Aku menoleh padanya. Tangan aku lekatkan pada pipinya yang sangat gebu itu.
           “Bukan selalu boleh ‘ngedate’ dengan kekasih hati di dalam perahu. Eksklusif nie.” Sambungku padanya sambil aku menampakkan gigi dan lesung pipi yang aku punyai. Dia juga turut tersenyum mendengar tutur  bicara yang aku lemparkan itu.
          Cuaca di langit kelihatan redup,seolah-olah cuba meneduh kami yang tengah bersenda gurau di perahu berwarna biru. Ombak hanya beralun perlahan,membuai kami dengan manja. Aku gembira melihat wajahnya yang sangat redup. Aku sangat rindukan gelak-tawanya yang mana bisa menghilangkan aku dalam dunia realiti. Hati ini terus merakamkan momen yang sangat indah,tersemat sehingga kini.
         “Azim,sayang kat Mira tak?Kalau Mira dah takda kat sisi Azim,Azim tetap akan ingat akan Mira tak nanti?” Tiba-tiba soalan itu yang lahir dari bibirnya yang kemerah-jambuan itu. Tawa aku terhenti dan aku melihat pada wajah empunya soalan tersebut.
        “Mengapa tanya soalan begitu sayang? Amira tahukan yang Azim tak suka soalan begitu?” Aku pegang tangannya.Jari jemarinya aku rasai. Kecil dan halus.
        “Amira kan tahu jodoh dan maut adalah ketentuan Allah. Tapi apa yang Azim nak tegaskan di sini,walau apapun terjadi pada Azim atau Amira,selagi Amira tidak mengatakan sendiri yang Amira tak sanggup dan tak ingin bersama Azim lagi,selagi itu Azim akan terus setia pada Amira. Azim bersumpah dan berjanji akan terus bersama Amira. Biar awan dan laut menjadi saksi akan sumpah Azim ini pada Amira!” Sambungku padanya. Amira tunduk tidak menatap mataku. Ku pegang dagunya dan cuba mengangkat mukanya.
         “Mengapa tak tengok Azim nie?”  Apabila muka itu terangkat,air mata sudah jatuh ke pipinya. Sayu hati ini melihat situasi tersebut. Aku tidak gagah pada insan yang mengalirkan air mata di hadapanku!
         “Mengapa nangis nie?Azimkan masih ada,dan takkan ke mana-mana pun.Tetap berada di sisi Amira.”Aku peluk kekasih hatiku itu.Aku sudah bersedia mengangkat dia sebagai makmum di masjid yang ingin aku bina.Tinggal tunggu peruntukan sedikit lagi untuk niat yang ingin dilaksanakan.
         Angin mula bertiup kencang,hujan rintik-rintik turun dari atas langit semakin lancar. Ombak terasa membuai kuat kami berdua. Hatiku semakin berdebar ketakutan.Irama sampan yang aku kayuh semakin tidak seimbang. Semakin laju aku kayuh semakin lain arah yang aku ingin tujui. Amira pula semakin gelisah gerak tubuhnya.
        ‘Ya Allah aku berserah padamu!’
        “Zim,cepat ah.Hujan makin lebat nie. Ombak makin kuat beralun.” Bicara Amira padaku. Tangannya pantas sahaja membuang air yang bertakung di dalam sampan yang kami naiki tersebut akibat tempias pukulan ombak yang semakin kuat. Aku hanya risaukan dirinya,aku tidak ingin bersalah sepanjang hidupku akibat kesalahan diri sendiri.
        “Mira,kalau ada apa-apa yang terjadi dengan Azim,Mira kuatkan semangat dan teruskan kehidupan ya!” Teriakku padanya. Suasana yang agak riuh menenggelamkan suaraku itu.
         “Ya Mira janji,Azim pun sama ya!”Balas buah hati kesayanganku. Aku hanya senyum. Janji ledua yang kami cipta untuk hari ini. Aku tidak tahu mengapa ayat itu yang aku semburkan saat itu.
        Tangan terus pantas mengayuh sampan biru. Namun angin yang bertiup menyukarkan aku untuk mengayuh dengan betul. Beberapa saat kemudian,
        “Zim,ombak tue!!!”Amira menjerit kecil padaku. Aku lihat ombak yang bakal kami  tempuhi aku terhenti mengayuh.
         ‘MasyAllah,dugaan apakah ini?’Aku terkaku!
         “Azzzii…mmmmm”teriak Amira padaku.Sampan yang kami naiki terbalik ke dalam air laut yang berombak kuat itu.Selepas itu,aku tidak tahu apa yang telah terjadi padaku!
         Ketukan pintu yang agak kuat dari Nabila mengejutkan aku yang sedang dibuai ke masa lalu. Pintu bilik Amira seperti ingin roboh sahaja dibuat oleh Nabila.
         “Mira,kalau kau tak buka pintu nie,aku pecahkan!!!” Nabila makin risau kerana semalaman Amira tidak keluar dari biliknya selepas melihat gambar-gambar masa lalu. Aku hanya mampu stay di ruang tamu sebagai seorang lelaki. Aku tidak berani menjejaki ruang privasi Amira itu walaupun dia adalah kekasih awal dan akhirku.
         Nabila semakin bengang dengan Amira. Kunci pendua bilik Amira dicari oleh Nabila didalam laci yang berselerak di dalam biliknya. Bilik di buka.
        “Aaaaa…Mmmmiirraaaaa!!! MasyaAllah apa yang kau lakukan nie?Mengucap Mira!”Jerit Nabila apabila pintu dibuka. Aku turut tergamam melihat keadaan Amira. Ubat yang bertaburan di atas katil dan lantai dapat aku lihat. Mulut Amira berbuih,namun nadinya masih berdenyut apabila aku menyentuhnya.
        “MasyaAllah,Sayang,mengapa lakukan perbuatan terkutuk ni? Bunuh diri Allah sangat murkai!”
        Nabila menjumpai surat di atas meja Amira saat panggilan kepada ambulan dilakukan.

   Salam,
Maafkan Amira,Mira tak mampu untuk meneruskan kehidupan ini. Kerinduan padanya membuatkan aku hilang pedoman. Setiap malam wajahnya pasti muncul di dalam mimpi. Walau di mana saja Mira berada,bayang-bayangnya terus menghantui diri ini. Mira merasakan dia ada di sisi ini,namun Mira tak mampu melihatnya. Apakah itu semua? Mengapa Allah ambil dia dari Amira? Mengapa bukan Amira saja yang pergi? Jadi tak perlu aku terseksa begini. Jadi biarlah aku pergi menemui Azim yang sekian lama aku rindui dan kasihi itu. Hanya Azim yang bertakhta di hati ini walaupun sudah lima tahun dia meninggalkan Amira. Bagitahu Mak Mira,jangan risau tentang Amira lagi. Tak perlu sesakkan hidup mereka lagi. Aku terima
apa pun terjadi! Andai Tuhan tidak ingin mencabut nyawaku,aku bersumpah aku akan lupakan dia,lupakan dia,lupakan dia untuk selamanya. Aku terdesak dalam hidup ini Bell! Kegilaanku dan kecintaanku padanya menyebabkan aku jadi begini!                                                                         
                                                                                     Amira DZ…     

    Aku tersentak dengan surat yang berada di tangan Nabila.
     ‘Aku sudah mati? Aku tidak percaya! Selama nie aku temani Amira,takkan dia tak sedar akan kehadiranku? Aku tak percaya!’ Bisik hatiku. Aku jatuh ke lantai,aku meraup rambutku ke belakang.
     ‘Aku menyebabkan dia terseksa? Amira,andai aku tahu semua ini jadi begini,tidak aku ingin berjanji dan bersumpah padamu. Aku terikat pada janji yang telah terpatri oleh kita saat itu. Sehingga aku tidak sedar bahawa aku bukan lagi penghuni dunia ini. Aku lepaskan kau sayangku! Janganlah kau buat semua itu sehingga kau hilang dalam pedoman. Aku sentiasa mengingatimu kekasih hatiku.’ Aku mencium dahinya,dan sejurus itu sedikit demi sedikit  aku lenyap dari dunia ini. Tiada lagi bayang-bayang diriku selepas ini. Aku akan mengingati surat yang hatimu itu coretkan sayangku! Mohd.Azim Syah Bin Aidil tetap akan menjadi pemilik cintamu.   




sekian...

* cerpen pendek yang aku  buat tapi tak laku hahahaha...