blue Who is Me???: Momento

Followers

Thursday 27 December 2012

Momento

                           #Sanggupkah aku?

     #Segala yang tercoret tidak melibatkan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia...

          Bunyi motor yang sangat membingitkan menandakan kawan-kawan sekerja lelaki mahupun wanita sudah bertolak meninggalkan kawasan pencarian sesuap nasi kami. Aku masih tidak berganjak dari tempat duduk yang aku duduki selepas aku keluar dari pintu kilang perabot itu. Hari yang sangat memenatkan. Sukar untuk aku menafsirkannya secara fizikal.

          Aku memerhatikan motor terakhir yang meninggalkan kawasan parker motor kilang tersebut. Aku tidak mampu menahan mata ini dari terus menatap kepergian insan itu, kekasih gelapku. Ya aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan!

         'Owwhhh,my lover. Aku akan sentiasa menantikanmu walau beribu batu dan berjuta tahun...' Bisikan hati makin menjadi-jadi saat ini. Angan-angan cuba diselitkan ke dalam imaginasi untuk memuaskan nafsu minda buat seketika.

         "Hey,Shira kau tak nak balik lagi ke? Dah nak magrib dah nie. Tak takut ke balik sorang-sorang?" Bahu aku ditepuk perlahan. Suara yang sangat aku kenali,Mak Joyah kilang perabot Hup Sung. Nama dia bukanlah Joyah tapi Khadijah,tetapi disebabkan mulutnya yang tidak ingin berhenti berbicara menyebabkan dia digelar sebegitu.

        'Isykkk,sibuk sangat ah mak cik nie!' Rasa menyampah dengan hamba Tuhan itu. Mahu sahaja hati menerkam lehernya agar suara itu tidak bisa kedengaran lagi esok hari.

       "Owhhh kejap lagi ah aku balik Dij,tengah tunggu Ema. Dia pi beli barang dekat 7E. Anyway thanks bab caring about my life." Telefon aku tatap seketika,baru aku pandang pada susuk tubuh yang berada di tepiku dengan satu senyuman palsu dilemparkan.

      "Okey ah kalo begitu,aku blah dulu. Daaa..." Aku hanya mengangkat tangan. Malas nak layan sangat. Sudah jauh susuk tubuh itu bergerak. Laju pergerakan kakinya. Lucu bagi mindaku melihat gelagat c Mak Joyah.

     "Aduh,ngapa lama sangat Ema nie?" Aku berbicara perlahan. Entah pada siapa aku tujukan kata-kata itu,mungkin pada dinding batu,kerusi atau pada angin?

     Angin bertiup lembut,cuba menyapa pipiku yang sangat mulus ini. Ingin menemani aku di kawasan itu yang sedia kala sudah sunyi dari kelibat manusia-manusia pencari rezeki. Otak sebelah kanan saat ini semakin ligat bermain dengan perasaan. Aku tertewas.

      'Faizul,esok pagi aku akan jumpa kau secara face to face. Aku tahu kau dapat merasakan rasa yang aku pendam ini. Aku tahu kau tidak buta. Semua orang sudah mengatakan rasa cintaku padamu,tapi kau endahkan. Adakah kau ingin aku sendiri yang menyampaikan titah hati ini? Keperibadianmu yang sangat misteri dan kurang pergaulan pada insan lain membuatkan aku semakin tertarik pada jiwamu. Hatiku terkunci dan hanya kau yang bisa meleraikannya!'

     "Hei, yang kau tersengih-sengih tue Syira ngapa? Aku dah berdiri lama depan kau pun kau tak sedar!" Bahu aku sekali lagi disentuh tapi oleh orang yang berbeza. Aku tersenyum sipu. Bukan kerana teguran dari sahabat itu,tapi disebabkan slide wayang cinta terus terpapar di hati. Tidak sabar menanti esok hari tiba. Wahai bulan cepatlah kau berlabuh di hujung sana!

     "Oppss,bila kau sampai?" Pura-pura bertanya pada Ema dengan melemparkan soalan bonus.

    "Jangan nak ubah rasa aku pulak saat ini,nak marah nie!" Tutur Ema pada aku,sambil menarik tangan aku tanda mengajak pulang ke sweet home kami.

    "Amboi,kau pulak yang nak marah? Aku yang berlalat duduk dekat kerusi tue yang kena dengar cucian mulut kau ah?" Ema memandang aku dengan satu senyuman lebar dan beberapa saat selepas itu lidahnya dikeluarkan sedikit tanda mengejek aku. Aku sudah tahu akan perangai insan ini.

     'Egomu yang tinggi itu faidz,akan aku lunturkan!'

                                       *                              *                                  *   

      Pagi yang indah,rehat waktu pagi yang aku nanti-nantikan. Aku mencari kelibat hamba Tuhan itu,niat hati mesti dipenuhi.

      'Biarlah dia cakap aku perempuan murah,aku tak kisah!'

      Asap rokok memenuhi ruang udara sekitar jejaka idaman hati. Aku menghampirinya. Hati terus berdegup kencang.

     "Boleh saya duduk?"

     Aku tidak peduli samada dia ingin marah atau tidak aku hanya duduk di tepinya walau tiada balasan pada soalan yang aku berikan. Suasana sepi.Tiada sesiapa yang mulakan tutur bicara. Kaki aku mainkan dengan rumput yang sudah panjang di koridor kilang tersebut.

    'Nak cakap or tak nie?' Hati memberontak.

    "Faidz,aku suka kau." Perlahan aku lemparkan kenyataan itu. Aku tidak pasti adakah dia mendengarnya atau tidak.

     "Idz,aku suka kau sangat-sangat!" Kali ini suaraku makin kuat dan aku pandang pada wajahnya. Mata kami bertentang,tapi pandangan matanya lebih tajam dari aku. Pandanganku jatuh ke permukaan bumi.

     "Apa jugak yang kau ingin sangat dari aku! Aku tak perlukan cinta,aku tak perlukan pendamping di sisi aku dan aku tak ada hati untuk bercinta buat masa ini! Mengapa kau perlu buang masamu dengan mengharap sesuatu dari aku? Ya aku tahu kau menyimpan perasaan dengan aku,tapi aku tak perlukan cinta dari perempuan murah seperti kau! " Berdesing telingaku mendengar kata-kata itu yang lahir dari mulut yang aku anggap kekasih gelapku. 

     "Ah satu lagi, aku sudah tidak yakin pada cinta,lagi-lagi yakin pada wanita seperti kau!" Sambungnya lagi. Air mataku mula mengalir. Aku ingin melangkah dari insan itu. Aku malu,malu dan malu. Namun sebelum aku merancang untuk melangkah pergi bersama hati yang pedih,ada satu benda yang aku sampaikan padanya.

    "Iya,aku tahu aku murah,aku tak tahu malu, namun kau harus tahu yang rasa cinta ini bukan aku yang inginkan. Kau hina aku,aku tak kisah malahan aku ingin mengucapkan thanks bab menyedarkan yang aku ini wanita jenis apa!" Aku menjalankan misi minda,meninggalkan momen yang sangat memeritkan jiwa ragaku. Inikah cinta yang aku dapat? 

      Saat aku ingin berlalu,air mataku semakin deras jatuh dari takungan air suci itu dan saat itu juga tangan aku dipegang. 

    "Maafkan aku Syira,aku tak berniat. Aku sudah dikecewakan oleh kekasih hati yang aku anggap kekasih awal akhir dan aku sanggup mati untuknya. Dia meninggalkan aku tanpa sebab yang kukuh. Aku setia padanya,namun itu yang aku dapat. Maafkan aku Syira,aku belum bersedia untuk semua ini,rasa hati ini sangat seksa..." Akhirnya persoalan yang bermain di minda,'why?' telah terjawab!

     'Mengapa kau harus hina aku? Tapi apapun terjadi rasa hati ini akan tetap aku simpan walaupun iya bakal jadi sejarah dan peristiwa ini akan menjadi momen yang aku ingati...'

                                                           -TAMAT- 




     

        

        

                

3 comments:

Gillette Flores said...

Masakan akan tiba untuk hati berganti ke hati lain.
Cuma sementara waktu itu tiba. hati akan ditores luka dan sedih :)

Unknown said...

biar saja masa menentukannya semuakn gill hehehe

rhm slzr said...

Mar, agak tergantung. aku mau tau apa jadi sama faidz n syira.