blue Who is Me???: Angin bawa aku pergi...

Followers

Saturday 22 December 2012

Angin bawa aku pergi...

                         #Aku Ingin Terbang Jauh

              Angin yang bertiup melupakan seketika penat seharian berkerja di satu company menjual barangan terpakai. Mirza berjalan memasuki kawasan perumahan Damai dengan perasaan yang bercampur-gaul. Yang pasti hati itu hanya Allah yang bisa merungkaikannya.

             Segala kenangan timbul tenggelam dalam mindanya saat ini. Entah mengapa wayang masa lalunya itu ingin muncul semula.

            'wahai minda,sesungguhnya jiwa ini sangat penat. Mengapakah kau tidak mengizinkan jiwa ini agar tidak terseksa mengenangkan masa lalu?' Hati Mirza seolah-olah memberontak akan tindakan mindanya yang telah menyeksa jiwa halusnya.

            Lif yang satu-satunya hidup di bangunan blok C dikerumuni oleh manusia pelbagai bangsa. Mahu orang malaya,indonesia ataupun mamat bangla. Dari kecil hingga yang sudah dewasa. Mirza tahu yang dia tidak akan berpeluang untuk berada di dalam lif yang akan berbuka sebentar lagi,peluang itu jauh sangat seperti hidupnya yang terpaksa menempuhi pelbagai rintangan agar dapat mengecapi peluang pertama yang dinanti-nantikannya. But when?

           'Biarkan saja manusia-manusia gelojoh yang sangat menyempitkan ruang hidup aku berambus dari sentimeter tubuh ini. Bukan apa,bau mahupun perlakuan yang asyik melihat segala inci yang terdapat pada jiwa ini, merimaskan!'

            "Mir,aku dan hafizi dapat sambung study dekat Matrikulasi.  Kau tak perlu sedih mungkin takdir kau di tempat lain Mir." Teringat bicara sahabat pada waktu dulu. Saat itu Mirza hanya mampu mendiamkan diri. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Bukan kerana dia tidak mendapat keputusan baik,tapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan menjadi penghimpit masa hadapannya untuk terbang jauh. 

            Mengenangkan keadaan diri pada waktu itu hanya air mata mampu dia semburkan keluar bersama cecair jernih pada hidungnya. Mirza mengharapkan segala permasalahan yang dihadapinya hilang tatkala jatuhnya air suci itu menyembah bumi. Dia sedar,itu hanya satu metafora dan tidak akan terjadi. Namun pengharapan yang sangat tinggi dipinta dari Maha Agung menjadi satu bekalan agar dirinya sentiasa kuat untuk meneruskan hidup. Why? Dia masih bisa berfikir akan adanya keajaiban berlaku dalam hidupnya.

           Telefon bimbit miliknya berbunyi,mesej. Menghilangkan dia dari masa yang sangat sukar untuk dijejaki itu lagi. Dia lihat pada skrin kecil di luar lif,lif akan berbuka sebentar lagi untuk menjemputnya. Tidak sabar dirinya untuk bersemayam di ruang privasinya.

         "Salam Mir, apa khabar kau sahabat? Lama kau menyepi. Reunion dua hari lalu pun kau tak munculkan diri. Why sahabat? Kau tak rindukan kami kah lagi? And by the way,kau keja apa sudah sekarang nie? Mesti dah jadi jutawan kan??? Okey ah kalau ada masa balas ah msj nie!"

         Jutawan? Adakah itu satu sindirin?

         Mirza tahu dia sudah terlalu negatif pada dunia. Dunia persahabatan juga dia telah sawangkan dalam hatinya. Dia menyepi.

        'Aku juga rindu pada kamu semua. Namun aku malu,malu pada kamu semua kerana kamu adalah insan yang dipilih untuk berjaya di dunia ini. Sedangkan aku masih terus di uji. Ya mungkin Allah sayang pada aku kerana masih terus di uji sebegini ataupun aku penuh dengan dosa sehinggakan ujian itu terus masih lekat pada hidup ini. Andai ada sesiapa yang ingin merasakan betapa peritnya dugaan yang aku tanggung itu,aku bisa memberikan rasa itu. Namun tetap tidak akan ada kuasa untuk menukarkan cerita hidup manusia di bumi ini. Takut akan kesyukuran itu tidak dapat dinikmati lagi. Masa belum tiba!' Hatinya berbisik deras. Hatinya masih berdegup normal,cuma mindanya terpaksa menjamah sesuatu yang sangat perit.  

      Pintu lif berbuka. Beberapa hamba Tuhan keluar dari lif tersebut. Kaki melangkah perlahan.

     'Aku harap setapak kaki aku melangkah aku bisa jadi neutral. Andai aku bisa hilang dalam realiti aku sanggup. Tapi hendak ke mana? Dunia imaginasi atau fantasi? Gila! Tak pa,aku teruskan kehidupan walau jiwa masih terus terseksa. Aku sudah lali...'  Wajah ditundukkan pada Bumi...


P;S/ Jangan putus asa,dunia belum berakhir. Apa pun terjadi kita masih hamba Allah... Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Impossible is nothing....       

9 comments:

Unknown said...

Kadang2 ada ssuatu yg pling bermakna pd diri yg kita sndri x tahu n ianya mnjdi satu kecemburuan bg org lain.. "pengalaman & ketabahan" yg x smua org ada..

Unknown said...

dan pengalaman itu ah yang mngkin mendewasakan setiap manusia yang di uji...
tapi yang pasti sakit itu sangat dalam andai menempuhi dugaan itu...
sukar untuk digambarkan dek mata...

Unknown said...

Biar diri & Allah s.w.t saja yg tahu... :) Cobaan yg berat bgi hambanya yg Mampu menghadapinya...

Gillette Flores said...

Dugaan yang Allah turunkan pada setiap kita setimpal dengan kemampuan kita :)

Semoga Mirza sentiasa sedar akan perkara itu :)

Unknown said...

Life is journey....byk bersabar dan mencari solusi untuk mengatasi kemelut itu...Tiada jln buntu sebenarnya..Pasti ada jalan kluar suatu hari nanti,,,yang pasti mesti berusaha terus terusan...

Hans Hanis said...

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya
jadikan pengalaman itu sebagai medium untuk kita mendewasakan diri ini :-)

rhm slzr said...

Aku rindu kau mar


T.T

Unknown said...

rindu kau jugak bunga rahema...
gelak tawamu,perangai kejammu slalu membuatkan aku rindu kenangan lalu...hehehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.