blue Who is Me???: Karangan kanak-kanak!!!

Followers

Sunday 4 November 2012

Karangan kanak-kanak!!!

                             #Aku sebatang pen...

            Tika aku leka menulis something di dalam blog dan kertas ajaib aku,aku diterpa oleh seorang yang sangat aku sanjungi.Dia meminta aku menghasilkan satu karangan yang bertajuk 'Aku sebatang pen'.Aku tahu dia sengaja ingin menyakat dan lihat cara aku mengarang waktu spm dulu.Samada layakkah aku memegang keputusan A dalam subjek Bahasa Melayu.Nikmatilah coretan kanak-kanak ini...

         Dunia seakan-akan mentertawakan aku.Melihat aku menghabiskan sisa hidup di kawasan yang kotor dan tidak sepatutnya aku menghuni di situ.Tika dulu,hanya keindahan dunia yang yang bermain di kotak minda ini dan terpamer di mata.Langsung tiada 'back-up' perancangan yang aku atur untuk bertemu detik kehampaan.Langit luas aku pandang.Sekumpulan awan berarak dan seolah-olah sedang tersenyum dan melambai kepada aku.

            'Huh,persetan itu semua!'
            Seketika aku hilang dalam dimensi realiti.Terkhayal dan tertanya pada hati,adakah aku layak diperlakukan sebegitu?Atau segalanya berhikmah terhadap aku tika aku sudah menghuni dunia yang fana ini?

          Aku Faber Castle.Berperwatakan low profile dan aku hanya insan biasa yang semua bisa miliki.Namun kesetiaan dan pengorbanan yang aku berikan kepada sesiapa sahaja yang bergelar 'pemilik' bagi aku adalah luar biasa!

         "Excuse me!Akak,saya nak cari pen mata bulat.Ada tak?"soal seorang remaja dalam lingkungan 20-an kepada pekerja supermarket di mana tempat aku bermaustatin.Aku dari tadi hanya melihat tingkah-laku remaja tersebut.Kehulur-kehilir hanya disebabkan untuk memenuhi permintaan hati yang terlalu tinggi.Aku hanya di pandang tanpa disentuh.Seolah-olah martabat aku sangat rendah.Sedangkan aku juga bermata bulat seperti yang diingininya.

        "Yang ada kat situ je dik,pen jenis mata bulat,mata tajam,tiada mata semua ada dekat rak tue..."Jawab wanita itu.Wajah pemuda tersebut berubah,senyumannya luntur,Mungkin tersentap dengan kata-kata pekerja supermarket itu.

         'Padan muka!'Aku ketawa  dan hati aku bersorak riang.Sakit hati aku terbalas.Namun belum sempat aku menghabiskan sisa kegembiraan itu,aku direntap oleh sesorang.Tanpa mencuba aku,aku terus ditebus di kaunter penebusan hamba.Aku terkejut akan tindakannya,sangat mempercayai aku 100% mampu berkhidmat padanya.Tapi aku bersyukur,aku sudah mempunyai 'tuan' dan mampu berkhidmat pada insan yang bergelar 'manusia'!Kerisauan aku sudah berakhir.

         'Huh,mengapa bilik nie terlalu bersepah?Ini stor ke apa?'Aku bermonolog apabila terbangun dari lena.Cahaya lampu menembusi kulit kelopak mataku.Jiwa aku sesak.Suasana bilik yang tidak terkemas,buku tidak tersusun rapi,komputer terus 'on' dan kertas bertaburan di sana-sini.Aku tidak tahu dia berstatus apa,'single' atau milik orang,kerja sebagai apa?Mungkin guru?Tak mungkin pula guru,hidup tak terurus.Student?Mungkin sekali!

       'MasyAllah,aku terevolusi dengan bisikan syaitan!Seharusnya aku bersyukur,bukannya merungut sebegini.Niat aku sudah terpesong!'

       "Tuan kita macam mana ya orangnya?Baik tak?"Aku bertanya pada insan lain di mana ada bersama aku di dalam tempat bersemayam itu.Namun semua hanya diam membisu.Memandang kosong pada aku sahaja mereka semua.Seperti bangkai bernyawa.Zombikah?

      'Tidak gembirakah mereka menetap dan berkhidmat pada 'tuan'?'Hati berbisik sendiri.Perasaan mula berkocak.Pelbagai rasa yang bermain di cerebrum otak aku.

      Detik yang aku nanti telah tiba.Tuan yang ingin aku lihat tengah berdiri di hadapan aku.Ku lihat pada raut wajahnya dengan sekilas,terlihat seperti manusia yang penuh dengan masalah.

      "Huh?Aku tengah bertungkus-lumus nie menyiapkan 10 buah cerpen yang pihak penulisan tue mintak!Dorang tak boleh ke sabar?"Aku terdengar sedikit pergaduhan dari tuanku melalui telefon.

       Baru saja aku ingin berkhidmat,baru sekejap aku berasmara dengan jari dan baru sekejap aku teransang,panggilan telefon milik tuanku itu mengganggu malamku!Aku mencuri dengar perbualan tuanku itu.Rasa ingin tahu itu menerpa di hati.

     "Fikir senang ke hasilkan karya yang baik?Aku banyak kerja nie,nanti aku call balik!"
  
       Rupa-rupanya tuanku itu adalah seorang penulis.Memberikan cerita kepada manusia sebagai manisan minda walaupun dia sendiri tertekan atas desakan permintaan orang atasan.Mungkin ya,dulu dia gembira,tapi sekarang dia seolah-olah lemas dalam dunia kesukaannya itu.Walau bagaimanapun,terdetik rasa bangga di hati bahawa aku bertuankan seorang penulis.

     Masa silih berganti,bumi terus berputar.Berputar meninggalkan jauh semua kenangan.Susah senang aku terus menemani tuanku.Aku terus setia.Ternyata aku memberikan khidmat yang sangat terbaik untuknya.Pelbagai karya sudah terhasil olehku.Pelbagai coretan turut aku muntahkan.Namun yang aku hairankan,mengapa khidmat yang lain tidak digunakan.Bila aku ingin berbual mesra dengan mereka,semua hanya memandang kosong terhadapku.Situasi begitu sahaja yang aku terima.

     'Arrggghhh,biarlah mereka dengan hidup mesteri mereka.Semua itu aku tak kisah.I have my own life!'

      Ternyata indah bukan selalu,matahari bisa suram,dan roda kehidupan akan terus berubah.Hari ini aku tidak sihat.Namun tuanku tetap tidak mempedulikan keadaan aku.Apa yang diinginkannya hanyalah karyanyadapat disiapkan dengan segera.Aku tidak dapat menolak permintaan tuanku itu,kerna aku hanya hamba kepadanya.

     "Eh,mengapa pen nie wat problem plak time gini nie?"Kepala aku dihentak-hentak berapa kali pada helaian putih itu.Aku tidak mampu,diremuknya kertas putih itu.Dia tetap mencuba aku,namun keputusan tetap sama aku berikan.Aku sakit!!!

     "Stress kalau begini!"
  
     Aku dilempar ke lantai.Badan aku patah dua.Aku terkilan,aku tidak percaya aku diperlakukan sebegitu setelah pengorbanan besar yang telah aku lakukan.Ini yang aku terima?Teringat aku pada satu pepatah manusia,'habis madu sepah dibuang'.Cepat sungguh manusia lupa pada segalanya.

    Aku dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sampah.Aku bersumpah,andai aku bisa dilahirkan semula aku tidak ingin bertuankan 'manusia' seperti kau!Seketika kemudian,rakan-rakan yang turut menghuni 'rumah' yang kami huni itu turut dilempar ke dalam tong sampah.

    "Semua pen nie,tak berguna langsung..."Terdengar tutur bicara tuan kami itu.Oppss bekas tuan!Dan ternyata semua persoalan di minda aku telah terjawab.

    Aku tersedar dari khayalan apabila rintik hujan membasahi aku.Kini,hidup atau mati tidak lagi penting buat aku.Aku sudah tidak berdaya.Aku hanya 'lelaki tua' yang tidak berdaya.Hidup dalam kelemasan jiwa!

     Komen darinya:It's alot of -ve.There is sadness ending but for a +ve,it's too little...Think positive and improve yourself,try again...
Haha,sangat smart baca komen dari beliau!!!

SEKIAN!        

5 comments:

ghost said...

faber castle sangat expensive, exclusive dan jarang sangat dia nak berlow profile. pen kilometrico aku fikir lebih low profile, Mar. dia boleh menulis di atas jalan. haha

Gillette Flores said...

Menarik.
Teringat zaman persekolahan dulu kena buat karangan aku sebatang pen :)

Gillette Flores said...

Menarik.
Teringat zaman persekolahan dulu kena buat karangan aku sebatang pen :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

kalau annur guru BM,annur bg A nih...hehe

perfect!

Unknown said...

ghost writer,hahaha,tak thu nak tulis pen jenama apa brader,tue sebab tembak jak ngeee..
Gillette Flores aq pun mcm gitu gak,frst ktawa dia mntak tulis karangn gitu...tapi bermkna hehe..
puteri jalanan a.k.a annur jangan ah bgtu,malu nie hehe