blue Who is Me???: Wanita pujaan???

Followers

Thursday 8 November 2012

Wanita pujaan???

                            #Kau cantik,Tapi...

            Hujan yang lebat dan angin yang kencang menerbangkan kau sehingga ke sini.Kau ditemani dengan sekaki payung yang berwarna merah jambu bercorakkan alam flora.Kau cantik seperti Mariah Carey,malahan pemakaianmu turut hampir menyamai penyanyi barat itu.
           Badanmu hampir suku dibasahi air dari langit.Kau jadi perhatian kepada kaum adam dan menjadi bahan umpatan bagi kaum hawa.Aku tidak meletakkan sebarang komen padamu.Malahan aku tidak sedar aku telah memberikan kuntuman senyuman 'plastik' untukmu saat mata kita bertentang.Tanda ucapan 'welcome' padamu.

           Kau menhampiri aku setelah senyuman yang aku lemparkan padamu sebentar tadi.Mungkin kau rasa aku menyambutmu dengan hati terbuka.Lenggang-lenggok,huraian rambut, lesung pipi dan bentuk badanmu yang mengngiurkan mencabar keimananku.Senyuman terus aku berikan,walaupun susunan gigiku tidaklah terlalu cantik seperti actor popular masa kini.Aku buat selamba.Seolah-olah tiada apa-apa yang aku rasa.
 
           "Abang,nak tanya,hair dryer ada tak?"

            Huh,kau adalah makhluk Tuhan paling seksi saat itu.Adakah itu jadi satu kebanggaan bagimu wahai wanita???

           "Hmm,yang baru takde stock ah,secondhand je yang ada."Suara aku terketar-ketar,namun aku cuba sembunyikannya.Minyak wangi yang kau pakai mewangikan satu kedai.Apabila kau lalu wangian lavender itu menusuk ke rongga hidung.Rasanya kau ingin wangikan tempat aku cari sesuap nasi itu.

            "owwhhh,tak pe lah..."Bajumu itu menampak lurah mahkotamu.Tidak menafikan mata ini agak liar apabila kau sendiri mendedahkan aurat yang sepatutnya kau sembunyikan.Aku manusia biasa dan lumrah lelaki seperti itu.

            Namun kau tetap bukan wanita pujaan hati ini meskipun debaran terasa tika melihatmu.Aku tidak mendambakan wanita yang seksi di mata masyarakat tetapi aku hanya ingin wanita yang mengoda di mata ini sahaja.Aku tidak memuja wanita yang mewarnakan rambutnya persis lady gaga malahan aku juga tidak menggilakan wanita yang tidak mengenal erti bersyukur atas apa yang dia miliki dan aku tidak ingin wanita pujaan hati berwarna-warni mukanya seperti pelangi.Aku cuma ingin wanita yang simple dan bisa menjaga maruah dirinya dari dicemuh manusia lain!

           Pernah aku mendengar orang berkata bahawa wanita yang tidak bersyukur dan yakin pada dirinya adalah wanita seperti kau yang ingin nampak menarik dengan mendedahkan segala-galanya.Aku bukan insan yang terbaik,malahan belum layak membina masjid dan mencari makmumnya.Cuma aku ingin mengatakan kau bukan 'wanita pujaan'dan mengingatkan diri yang aku perlu wanita yang bisa membimbing aku dan bakal zuriatku!!!  



           
           

6 comments:

puteri jalanan a.k.a annur said...

best...insaf annur baca...

Gillette Flores said...

Suka benar aku entri kali ni.
Jauh di sudut hati aku, 'terasa' sebab bagaikan 'tajam'.
Siapa yang tergigit cili dia yang terasa pedasnya.
Sebab aku salah seorang dari wanita yang tak tahu bersyukur tu :)
Gemar berpakaian menjolok mata :)

Teruskan menulis begini :)

Unknown said...

puteri jalanan a.k.a annur tq genk,aq hargainya...

Gillette Flores maaf kalo terasa...amar just tulis di kala minda memuntahkan idea itu..sowi genk huhu

rhm slzr said...

mar, ehm. aku ada kriteria nda wanita pujaan kau?haha, just curious.

Unknown said...

hahahaha....fallen angel ma,ko nie ada2x jak tau huhaaiii..kalo itu no komen ah nggeee

Gillette Flores said...

Jangan risau. :)
Gill tak terasa. Bagus punya 'reminder' seperti ini. Kita saling mengingatkan :)