blue Who is Me???: 'Lelaki tua 2'

Followers

Saturday 17 November 2012

'Lelaki tua 2'

                         #Senior Vs Junior!

       "Di dalam kedai kita nie,tiada lagi hebat selain aku.Hampir semua aku tahu apa kegunaan,berapa harga pasaran dan segala-galanya.Sebelum aku pindah,aku akan beri secebis ilmu aku padamu.Hanya secebis saja tau!Tak boleh lebih-lebih..."    

       Sungguh yakin kau terhadap dirimu.Jikalau sesiapa mendengarnya pasti menyampah dengan kata-katamu sebegitu.Andai kau ingin memberi ilmumu,tidak perlulah kau membanggakan dirimu sebegitu.Sesungguhnya merasakan dirimu lebih baik dari insan lain adalah sifat iblis laknatullah.Maka,kau adalah sahabat iblis itu?Aku tergelak sendiri mengenangkan kata-kata itu.Tidak sedarkah kau yang kau itu hanya 'lelaki tua' yang sangat bongkak?MasyALLAH...
  
              Apabila Junior melaksanakan tugas seperti yang diarahkan,kau yang sebagai Senior mula berkata-kata.Mula tidak senang duduk.Adakah kau rasa tergugat dengan budak-budak junior?Bukankah kau hebat atas segala-galanya?Kau hanya perlu yakin pada dirimu sahaja,ingat kata-kata yang pernah kau lemparkan,maka lenyaplah rasa gusar itu.Ternyata kau 'lelaki tua' yang gusar!

             Penat sahaja sedikit,kau terus ingin santai dengan rokokmu.Konon hendak menghilangkan rasa penat itu.Padahal baru sejenak kau melaksanakan kerjamu.Baru sekejap kau santai di pantri menjamah makananmu.This was that you called professional?Bila sang junior melakukan kesilapan,kau terus 'attack'!Kau terus melenting.Konon nak perbetulkan kesilapan itu.Tapi adakah itu satu cara yang betul wahai sang Senior?Bagaimana pula dengan kau yang sering terjebak dengan kesalahan?Bukan lagi kesilapan?Ternyata kau 'lelaki tua' yang over confident!

           Pandai sungguh kau mengambil hati orang atasan.Pelbagai kau guna taktik untuk melunturkan hati manusia-manusia itu.Strategi yang terbaik.Kau ingin pangkat,kau cuba 'kipas' insan pangkat tinggi.Apa saja yang dipinta kau sanggup turuti.Kerja sang junior kau 'take over' apabila kau rasa kerja yang dilakukan bisa menjadi tumpuan manusia pengkritik di dalam pejabat itu.Lembu punya susu,kerbau yang dapat nama.What the Fish!Ternyata kau 'lelaki tua yang tak berdaya!'

           Bila kau ditempatkan di kawasan yang kau fikir hanya sang junior layak mendudukinya,kau mula buang muka.Kau tidak berpuas hati.Pelik sungguh kau wahai 'lelaki tua'!Ternyata kau memang layak dipanggil 'lelaki tua' walaupun kau belum layak digelar sebegitu.Aku sangat sesak dengan perangai bangga dirimu itu.Bha,kau jadilah dirimu yang kau bangga-banggakan itu.Caaaauuuuuu...Good luck!

          Aku tidak ingin digelar 'lelaki tua',sebab aku bukan kau! :p


            
                

3 comments:

puteri jalanan a.k.a annur said...

sabor2...mulanya elok disaborkan je...lebih2 sgt,penumbuk je sebijik...habis cerita...

Gillette Flores said...

Banyak betul songeh lelaki tua ni :)
Situasi biasa di kebanyakan tempat kerja.
Kau sabarlah - tak lama orang yang annoying macam tu akan bertahan dalam keriernya :)

Unknown said...

smartkan lelaki tua nie annur n gill...
x tahulah amar x tahu nak luah mcm mna..so blog ah jadi pelepas hakakaka...
bored ngan senior2x d sana hehehe