blue Who is Me???: Birthday Boy!

Followers

Tuesday 12 March 2013

Birthday Boy!




                        #Kau Dah Tua lah Mr.A...
              
               "Yessss,finally! Siap jugak cerpen yang dah sekian lama tergendala nie." Aku berbicara sendirian di dalam bilik meluahkan rasa kepuasaan hati. Tidak tahu pada siapa lagi untuk aku berbicara. Semua insan di dalam rumah ini telah keluar pergi ke pasar minggu meninggalkan aku bersendirian 3 jam yang lalu. Kertas-kertas yang aku remukkan akibat ketidapuasaan idea yang tercipta,aku masukkan ke dalam mug yang masih ada air kopi separuh lagi. Tidak ingin aku meneguk air kopi yang telah hilang 'temperature' asalnya.
                Aku bangkit dari kerusi. Ingin menuju ke pusat pembuangan hajat. Rasa malas menerpa ditambah dengan kepenatan minda yang menjelma secara tiba-tiba,namun aku harus meneruskan langkah ke pusat pembuangan hajat tersebut. Rutin harian! Senyum sendiri.
               Perlahan tangan memulas tombol pintu bilik tersebut. Apabila aku keluar dari bilik itu,hanya beberapa langkah kaki melangkah merentasi antara sempadan pintu bilik dan ruang tamu,perabot-perabot yang terletak di ruang tamu bergegar seketika. Aku panik.
              'Ya Allah apakah ini semua?' Aku bersandar pada dinding. Rasa takut  menerpa dengan tiba-tiba. Ayat yang selalu aku semburkan iaitu 'aku adalah hero malaya' tidak mampu melawan rasa panik itu. Semua kembali seperti sedia kala beberapa minit kemudian.
             "Apa nie,gempa bumi ke?" Aku segera menuju ke jendela dan melihat ke bawah untuk memastikan apakah sebenarnya itu semua selepas semua kembali tenang. Namun keadaan di bawah seperti tiada apapun yang terjadi. Bingung.
              "Happy birthday Mar,semoga berjaya dalam kehidupan sayang." Ciuman di berikan oleh ibu di dahiku apabila aku baru sahaja keluar dari tandas. Aku terkejut. Bila mereka semua pulang dari perjalanan mereka? Dan bila masa parti ini di buat? Seingat aku,tidak sampai empat minit aku berada di dalam pusat pembuangan hajat itu. Aku makin jadi keliru. Suasana rumah juga turut berubah.Wajah-wajah yang aku lihat agak berbeza dari yang biasa. Apakah ini semua? Persoalan itu timbul lagi.
               Kalendar aku lihat di dinding. Terlintas di hati untuk melihat bila lagi cuti awam seperti hari ini.
               “Aik,bukan bulan nie ada 28 hari ke? Mengapa ada 29 hari  nie?” Aku berbicara sendiri. Namun satu yang aku terlepas pandang angka tahun di kalendar tersebut. Aku rasa pelik mengapa struktur rumah mahupun warna dan perabot seperti sudah berada di rumah orang lain.  Ya mungkin aku terlepas pandang akan keadaan rumah kerana asyik sibuk dengan dunia sendiri. Dunia penulisan dan kerja. Televisyen mahupun sosialiti di rumah aku tidak terlalu utamakan. Tapi mustahil sangatlah aku bisa terlepas keadaan perubahan rumah ini walaupun aku sibuk seperti ahli politik? Aduh,apa telah jadi dengan minda aku saat ini? Ku pandang cermin sebelum berlalu ke dalam bilik,selangkah aku berlalu ku patah semula melihat wajah milikku  di cermin tersebut. Seperti ada kemusykilan yang terlepas pandang.
                “Arrrgggghhhh, apa dah jadi nie? Mengapa muka aku nampak lain nie?” Semua kelibat memandang aku dengan rasa yang pelik. Muka aku pegang, janggut milikku aku pegang. Semua berbeza.
                 “Ini mengapa tetiba je teriak nie? Kena sampuk ke apa nie Mar?” Aku lihat wajah itu, seiras ayah. Tapi kelihatan agak tua. Mustahil jugak atok. Atok dah lama meninggal dunia. Aku segera pergi melihat kalendar semula. Kali ini aku mesti perhatikan angka tahun di kalendar itu.
                 ’24.02.2024? Biar betul? Tidak aku bermimpi!’ Aku lari masuk ke bilik dengan segera.
                 “Eh bang,tiup dulu lilin kek nie!” Aku hanya memandang pada budak remaja perempuan tersebut. Dalam family, belum ada  adik aku yang remaja lagi. Pintu bilik aku tutup dan kunci.  Aku bersandar pada dinding pintu bilik tersebut.
                 “Ya, Allah apa semua nie?” Fikiranku buntu. Aku menutup mata seketika dan cuba mencari semula semangat yang telah hilang.
                 ‘Tak pe,aku kena kena tempuhinya. Takkan nak jadi lelaki lemah berkurung di dalam bilik kecil ini.’ Perlahan pintu aku buka setelah lima minit aku duduk di dalam bilik kecil milikku itu untuk mencari ketenangan jiwa dan minda.
                  Cahaya terpancar di celah pintu bilik. Aku membukanya dan aku terpaksa menutup mata. Cahaya yang terlalu silau mengenai mata.
                   “Selamat hari lahir tuanku. Selamat menyambut hari keputraan tuanku yang ke 23 tahun.” Aku lihat pada kelibat manusia-manusia yang mengerumuni aku saat ini. Semua berpakaian pelik.
                   ‘Tuanku? Keputraan? Sejak bila aku jadi anak raja nie?’ Aku tersenyum sendiri. Entah apa yang telah terjadi pada diri aku sebenarnya.
                   “Sila duduk tuanku. Ini santapan untuk tuanku,minuman kegemaran  tuanku. Kopi.” Aku mengambil mug yang diberikan oleh hamba tuhan itu. Aku tersenyum. Memang seperti seorang raja.
                      “Terima kasih.” Aku meneguk air kopi itu.
                      ‘Aik apa nie?’ Terasa sesuatu di dalam mulut yang pelik. Aku tarik keluar dari mulut.
                      ‘Kertas?’ Aku teguk sekali lagi,kali ini serpihan kertas itu bertambah besar.
                      “Hei,apasal kertas ada dalam kopi nie?” Semua yang berdiri nampak panik. Tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan.
                     “Cepat ambil kopi dari tuan putera. Segera bertindak!” Kata hamba Tuhan yang dari tadi cuba menghiburkan hati ini.
                     “Tak pe, saya nak ke tandas saja. Nak buang air kopi nie.” Saat aku berjalan semua makin pelik.  Mungkin ayat yang aku gunakan mereka tidak pernah dengari loghatnya. Pandangan mereka terus terarah pada aku.
                     “Ahhh,aduh!” Kaki tersudung. Aku terjatuh dari tangga yang aku turun dari singgahsana yang aku duduki tadi. Ku pegang kaki yang sakit itu. Saat seorang lelaki berpakaian panglima membantu aku untuk bangkit,satu bunyi yang perlahan makin meningkat bunyinya.
                     “Bunyi apa tue?” Nafas aku sesak seperti hidung aku tersumbat.
                     “Uhukkk,uhuukkk…uhukkk”

*                                                           *                                                             *
                       “Mar,buat apa tue? Apa bising-bising tue? Takkan siang-siang hari mengigau? Meh keluar,mak  ada beli kuih nie.” Ketukan dari ibu terus berbunyi. Aku lihat di tangan,aku pegang mug yang ada kopi yang aku isikan kertas selepas aku habiskan cerpen tadi. Mulut aku ada serpihan kertas dan kopi terasa di lidah. MasyAllah aku tertidur rupannya. Siap mengigau lagi.
                       “Kejap,kejap. Amar keluar.” Adui,apa jadi nie? Realiti or fantasi? Aku lihat kalendar,memang 24 februari 2013. Tersenyum sendiri. Serpihan kertas di bibir aku keluarkan. Selamat hari lahir Mar…Silly!


                                                      

                                                              -TAMAT- 

No comments: