blue Who is Me???: Susah ke kau hargainya?

Followers

Thursday 30 May 2013

Susah ke kau hargainya?




         Senyum sendiri melihat langit yang sedang redup. Melihat beburung yang sedang bergembira terbang di atas sana membuatkan aku juga sperti ingin turut-serta bersama mereka. Ek,apasal aku senyum tak tentu fasal ni? Garu kepala yang tak gatal. Telefon bimbit ditatap,kemudian disimpan semula ke dalam kocek. Boring! Angin yang sedang bertiup manja menenangkan rasa. Manja mereka menyapa kulitku. Dibiarkan saja.

           “Seorang je nak?” Aku lihat pada sapaan yang diberikan. Seorang lelaki tua. Anggukan aku berikan berserta senyuman. ‘Yalah pakcik,takkan ah ada orang lain. Seorang kut aku duduk kat sini. Dah hampir sejam lebih.’

           “Tinggal katne?” Soalan asas yang pasti akan diberikan. Lama aku perhatikannya. Senyap seketika. Nafas ditarik perlahan,minda ligat berfikir,berfikir yang sukar untuk dihadam dek hati sendiri.
           “Kat depan tu je pak cik. Pakcik seorang ke?” Soalan sama aku beri. Tidak terlintas pada otak untuk bertanyakan soalan lain. Kalau ya pun,takkan ah nak tanya ‘siapa nama pakcik?’, ‘dah kahwin ke?’, ‘mengapa datang seorang?’ itu luar biasa namanya. Tersenyum sendiri. Hanya anggukan yang dia berikan padaku.

           “Mesti sunyi seorang-seorang menghadap tasik dan menanti angin datang menyapakan?” Soalan itu yang terkeluar pada mulutnya. Aku toleh ke arahnya sekali lagi.

           “Pakcik ni sebatang kara nak,isteri dah lama meninggal,anak-anak pula lari tak nakkan pakcik lagi. Yelah,pakcik ni kan dah tua. So,dia orang tak nak jaga orang tua macam pakcik ni.” Laju dia berbicara padaku. Aku tak kenal dia,diapun tak kenal aku,tapi seolah-olah dia senang berbicara padaku. Mungkin aku comel? Ha,ha,ha. Ketawa terbahak-bahak dalam hati. Tapi aku tersentuh akan bicaranya itu. Aku diam membisu.

           “Tapi selagi kita masih mampu berhubung pada-Nya,selagi tu kita takkan rasa ingin memberontak dan  merungut walau apapun yang terjadi pada kita. Yakin jelah pada-Nya yang Dia sedang melihat kita yang sedang mengharungi hidup di dunia ini.” Melepaskan dia nafas panjang. Aku terus setia mendengar bicaranya.

           “Jadi anak-anak pakcik takde jumpa pakcik lagi?” Aku mula bersuara,rasa ingin tahu harus dikeluarkan. Anggukan yang diberikan sebagai pengganti jawapan untuk soalanku.

           Seketika kemudian,dia mula bersuara. “Walau apa pun yang terjadi,semua itu berhikmah. Kekadang mungkin bukan hikmah pada kita,tapi pada orang lain. Dia Maha tahu segalanya. Yang baik atau buruk pada hamba-Nya.”

          “Jika kesabaran kita letakkan di dalam hati kita dan sentiasa menyelitkan doa pada-Nya,in shaa Allah Dia pasti kenangkan,mungkin bukan di dunia,di akhirat pasti!” Dia meletakkan tangannya pada hati. Aku lihat pergerakan tangannya.

          ‘Jadi pakcik tak usaha cari anak pakcik tu? Cuba minta penjelasan pada mereka kenapa harus melakukan tindakan sebegitu? Tinggalkan pakcik sorang-sorang?” Dia melemparkan senyuman padaku. Lama aku tatap wajah itu.

          “Kenapa harus pakcik yang cari mereka? Bukannya pakcik ego. Cuma kalau anak fikirkan,pakcik dah jaga mereka dengan baik dan beri apa yang mereka inginkan. Pakcik tak makan pun  tak pe yang penting mereka. Tapi takkan mereka lupa atas segalanya yang terpamer? Pakcik dah tua nak,tak mampu untuk bergerak ke sana-sini. Lagipun kalau dia orang rindu akan pakcik,pakcik masih tetap di rumah yang telah memberikan pelbagai kenangan pada hidup mereka.” Dia pandang pada tasik yang tenang di hadapan mata.

         “Mungkin pakcik silap mendidik mereka. Tapi takpe lah,pakcik redha atas ketentuan dari-Nya. Mungkin ini takdir yang sudah termaktub. Pakcik tidak ingin memberontak pada segalanya. Tidak mahu pakcik jadi sorang hamba yang dimurkai. Yang penting pakcik sentiasa sabar. Kebahagiaan pasti ada di syurga nanti andai tidak ditemui di dunia ini.”

          “Pakcik tak marah ngan anak-anak pakcik ke?” angin sepoi-sepoi terus menyapa. Ingin turut sama mendengar perbualan kami.

          “Tak,pakcik dah puas marah mereka dulu. Marah bagi pengajaran untuk jadi orang dan anak baik. Tu sebab pakcik tak nak marah ngan dia orang lagi. Biarlah,pakcik doa selalu agar dia orang berubah suatu hari menjadi insan yang diredhai oleh Allah.” Hanya anggukan yang aku berikan.

         “Eh,sorry leh ya pakcik ganggu ketenteraman anak pulak. Tetiba je pakcik merapu depan anak. Okey ah pakcik pergi dulu.” Salam bertaut,beberapa minit dia hilang dari pandangan. Aku menarik nafas dalam. Hmmm,ya Allah aku berharap aku bukan jadi insan seperti anaknya.

         Telefon aku capai,ditekan nombor yang satu.

        “Assalamualaikum ayah…”

No comments: