blue Who is Me???: Ramadhan Minggu Terakhir

Followers

Friday 2 August 2013

Ramadhan Minggu Terakhir


Catatan Ramadhan 2

Semakin menghampiri meninggalkan ramadhan 1434H membuatkan hati semakin terasa sayu. Hati semakin keliru apa sebenarnya rasa ni. Rasa yang bermain di dalam benak fikiran. Adakah disebabkan aku merasai yang ramadhan cepat berlalu atau aku bakal merayakan aidilfitri jauh dari keluarga dan sahabat atau juga aku masih belum kecapi nikmat ramadhan yang secukupnya?

Aku makin terseksa bila minda terus berbisik-bisik cuba mempersendakan aku dengan kata-kata sinisnya. Aku makin terseksa bila hati terus merindui orang yang jauh dari daratan yang aku pijaki kini, keluarga dan sahabat-sahabatku. Ya aku harus kuat, tapi ini adalah pengalaman pertama buat aku bergelar sebagai seorang perantau dan berjauhan dari semua yang sememangnya rapat denganku, jadi ternyata kekuatan itu disembunyikan oleh sesuatu yang aku tidak dapat pastikan apa.

Aku cuba kurangkan untuk mendengar lagu-lagu raya agar aku mampu menewaskan hati yang sedang kerinduan. Aku banyakkan masa terperuk di dalam bilik menatap penulisan yang aku tidak tahu ada kemajuan atau tidak. Aku banyakkan senyuman, doa dan berfikiran positif yang semua ini adalah berhikmah, namun satu yang aku ingin katakan, aku masih tewas, minda tewas pada hati yang sering berkelahi. Air mata sahaja tidak mampu menjadi ubat buatku.

Bila menatap post sahabat-sahabat di dalam laman muka buku, membuatkan lagi hatiku terseksa, ternyata aku sukar menyembunyikan kekalutan jiwa. Aku tidak segagah mereka, aku belum kecapi kegagahan seorang perantau. 

‘Kenapa ingin jadi perantau kalau tak gagah?’

Mengapa kau harus bertanyakan soalan begitu? Kau tahukah yang aku ada merancang untuk jadi perantau? Jawapannya tiada! Semua ini ketentuan Tuhan yang Maha Esa, sesungguhnya dia Maha mengetahui segalanya. Kita merancang tapi Allah yang menentukan-Nya.

‘Pulanglah, luangkan masa bersama keluarga. Masa yang berlalu takkan kembali!’

Tanyalah sesiapapun di dunia ni, semua pasti ingin terus bersama dengan keluarga tercinta, namun apa yang terjadi semua ini adalah diluar batas pemikiran kita. Kita hanya manusia biasa, manusia biasa yang tidak berdaya!

Apa-apapun selamat hari raya aidilfitri buat sahabat-sahabat sekalian… kad raya korang dah aku post… terima kasih sebab menghargai persahabatan yang dah terjalin…

:’( …

Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku,
Ya Allah bila memang Kau cuba aku percaya Kau sayang padaku…
Ya Allah lindungi dari yang menjahati dan menzalimiku…
Ya Allah Kaulah Maha segala dan Kau lah pelindung Hidup dan Matiku…

No comments: