blue Who is Me???: Momento 2

Followers

Wednesday 9 January 2013

Momento 2

                            # Biar masa yang menentukannya!

              
"When I first saw you
I already knew
There was something inside of you
Something I thought that I would never find
Angel of mine..."
       Senyuman tidak bisa lagi aku lemparkan pada sang bintang dan bulan seperti mana aku lakukan setiap hari. Aku ingin menutup buku rasa hati ini untuk sesiapa sahaja buat masa ini. Biarlah aku simpan sahaja rasa yang telah hancur dipijak oleh kata-kata kejam dari insan yang bergelar kekasih gelapku. Mungkin aku silap meletakkan perasaan yang aku juga sendiri tidak pasti bila ia datang bertamu di sanubari ini.
         "Ema, mana Syira? Dah 3 hari aku tak lihat dia." Tanya faidz pada Ema saat Faidz melihat kelibat ema di kantin waktu lunch. Tetapi Ema buat tidak dengar akan persoalan yang dilemparkan padanya itu.
        "Hei,Ma kau tak dengarkah apa yang aku cakap nie?" Bahu Ema ditarik saat Ema ingin berlalu meninggalkan faidz.
        "Woi,apa pegang-pegang nie?" Ema menarik lengannya dari tangan Faidz.
        "Aku tengah bercakap dengan kau nie. Kau boleh tak dengar pulak!" Ema memandang Faidz apabila kemuncak sakit hatinya sudah hampir berada ditahap maksimum.
        "Aku tak tahu mana! Dan apa lagi yang kau nak buat dengan Syira? Kau nak hina dia lagikah? Atau kali nie kau nak pukul dia supaya kau puas hati?!" Suara Ema tidak dapat dikawal dek mindanya. Staff yang lain memandang mereka. Semua mata fokus pada babak menarik itu.
       "Apa kamu pandang-pandang? Tak da kerjakah!!!" Tempeliak Faidz apabila dia perasaan hampir semua memandang mereka berdua. Semua mata-mata itu mengalihkan pandangan apabila disergah oleh kata-kata Faidz.
      Faidz tertunduk. Tidak dapat melihat wajah Ema. Rasa menyesal terbit dari hati kecilnya sekali lagi.
     "Tak Ma,aku menyesal buat Syira sebegitu. Aku nak jumpa dia untuk minta maaf atas apa yang aku telah lakukan. Aku betul-betul menyesal Ma." Faidz terduduk di kerusi. Wajahnya tertunduk menatap bumi yang telah dibaluti oleh simen itu. Fikirannya jauh melayang jauh entah kemana.
      "Aku tak tahu Syira ke mana." Balas Ema pada Faidz.
      "Ma,please bagi aku peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapanku pada Syira. Aku berjanji,aku akan mintak maaf pada Syira dan tidak akan mengulangi kesalahan itu." Mata Faidz ingin saja menumpahkan air suci yang sekian lama tidak pernah tumpah.   
                           *                                                              *                                                                        *
       Jalan saat ini sangat sesak dengan pelbagai kereta. Murah hingga ke mahal. Motosikal terpaksa lalu mencelah di setiap laluan itu. Begitu juga dengan Faidz yang ingin menemui Syira di LCCT yang mana sebentar lagi bakal meninggal bumi mencari rezeki itu terpaksa mencelah.
       Jam sudah menunjukkan jam 5.10 minit saat dia tiba di lapangan terbang itu. Seperti mana yang Ema beritahu,penerbangan Syira adalah pada 5.15 pm. Andai begitu,Syira sudah check-in dan tiada siapa yang boleh memasuki balai pelepasan lagi. Ditambah lagi telefon milik gadis itu dimatikan. 
      'Aku terlewat. Aku tidak dapat menemuinya lagi. Mengapa aku hanya turutkan emosi waktu itu? Arrgghhhh!' Dia meraup rambutnya ke belakang dan duduk di kerusi ruang menunggu teksi. Air matanya kini memang betul-betul jatuh dari tangki air matanya. Mukanya tunduk ke bumi.
      "Assalamualaikum,tengah tunggu orang ke?" Seseorang menegur Faidz waktu itu. Seorang wanita. Tapi dilihatnya di belakangnya tiada seorang manusia pun yang kelihatan.
      "Wei,aku kat depan ah!" Apabila wajahnya menoleh pada suara itu,Syira berada betul-betul di hadapannya. Lantas dipeluknya wanita itu.
      "Hey,apasal main peluk-peluk nie. Lepas ah,orang tengah tengok tue." Air mata Faidz masih lagi malahan makin deras mengalir.
      "Isykk,dah tua pun nangis macam budak-budak. Fikirkan muka macam blues,jiwa ketat. Rupanya jiwa jiwang karat gak Encik Faidz nie." Sambung Syira sambil dia tergelak kecil. 
       "Orang risau tak dapat jumpa Syira lagi. Lagipun Idz nak mintak maaf ngan Syira." Saat itu Faidz melepaskan pelukan,dengan keadaan yang masih sedu-sedan. Dia duduk di kerusi itu semula dan menggelap sisa air matanya. Syira mengambil tempat di sebelah Faidz.
      "Syira dah lama maafkan Idz. Lagipun memang salah Syira sebab muka tembok. Dan Syira tak patut..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,Faidz menutup mulut Syira."
     "Jangan sesekali lafazkannya. Idz dah sedia menerima Syira. Idz salah,Idz samakan semua perempuan dengan si dia yang telah melukakan hati ini. Idz menyesal tengking Syira tempoh hari. Hati ini terus dirundung kekesalan. Hmmm, Mahukah Syira jadi kekasih Idz dan jadi peneman hidup malahan makmum pada Idz?" Faidz bangkit dan melutut di hadapan Syira. Pipi Syira menjadi merah,tidak terkata-kata bibir itu kegembiraan.
      "Sanggupkah Syira?" Syira hanya mengangguk atas persoalan Faidz.  Faidz bangun dan ingin memeluk bakal kekasih hatinya,namun Syira menunjukkan jari pada Faidz menandakan 'no'.  Faidz tersenyum malu.
      "Tak elok peluk anak dara orang. Kalau nak,masuk meminang secepat mungkin." Balas Syira.
      "Minggu depan Faidz mintak cuti and jumpa family Syira boleh?" Sekali lagi Syira hanya mampu mengangguk. Berbunga-bunga hatinya saat itu. Andai tiada sesiapa di situ ketika itu sudah lama dia teriak menjerit kegembiraan dan mengatakan dia adalah wanita paling bahagia saat itu.
      Kaki mereka perlahan melangkah menuju kafe yang terdapat di lapangan terbang tersebut. Meninggalkan tempat yang menjadi moment yang sangat indah buat mereka.
     "Tapi Faidz nak tanya,bukan Syira ikut penerbangan yang telah berlepas tue ke?" Tanya Faidz apabila mereka ingin memasuki ruang makan kafe itu.
      Syira hanya mampu tersenyum.
     "Esoklah penerbangan tue,tapi Syira dah batalkan. Ema called Syira tengahari tadi guna number yang satu lagi. Tue sebab Syira tahu Idz ada kat sini." Balas Syira pada Faidz. Faidz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia malu,Ema sudah mempermainkan jiwanya.
      "Owhh, Ema mempermainkan aku ya. Kalau aku jumpa Ema,aku sekeh kepala dia nanti." Mereka berdua ketawa. Saat itu,mereka akan menempuhi hari yang baru, hubungan yang baru dan menjadi insan yang akan menghargai satu sama lain.
       Jodoh dan maut adalah ketentuan darinya. Hanya perlu yakin yang kita ada Dia!
 
p/s: bunga rahema a.k.a fallen angle nah aku udah sambung citer tue... just 4 u hakakaka...
 
                                                                         -THE END-  
          
          

No comments: