blue Who is Me???: Empty!

Followers

Thursday 31 January 2013

Empty!

                        #Jangan percaya pada cerita ini...

          Kosong!

          'Aku tidak mampu lagi untuk melihat keindahan dunia. Tapi adakah keindahan dunia wujud lagi di Bumi ini? Dan aku selalu menanyakan soalan ini pada diri sendiri,mengapa hati ini tidak bisa merasai segala yang manusia normal rasai? Aku juga manusia yang berpijak di atas bumi yang manusia kotorkan dan dikotorkan oleh manusia yang kotor! Mengapa?'

 

        Kaki perlahan melangkah menuju ke tingkat paling atas bangunan apartment Damai blok A. 2o tingkat kesemuanya. Mizan kini berada di tingkat 9. Slide kehidupannya saling bertukar-tukar dari satu scene ke satu scene yang lain yang mana menyebabkan mindanya tertekan. Stress! Jiwanya gelap. Hilangnya pedoman pada yang Satu.

 

      "Esok kau tak perlu datang lagi ke kerja,ini surat pemberhentian kerja yang akan berkuatkuasa selama 24 jam. Performance kau jugak,aku tengok sejak kebelakangan nie makin merundum. Sales langsung kau tak de buat. Tambahan lagi hari-hari kau asyik datang lewat. So,company tak nak orang macam kau ada dekat syarikat nie lagi. Buat semak minda!" Kata-kata itu yang tersembur oleh Encik Hanafi,bos kepada Mizan. Mizan hanya mampu tertunduk melihat lantai marmar yang sangat indah buatannya.

 

      "So,apalagi? Keluar ah. Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas nie. Faham!" Sambung En.Hanafi kepadanya. Pantas dia mengangkat kepalanya melihat bos nya yang tidak berperikemanusiaan itu.

 

      "Encik Nafi,tak boleh ke kalau encik bagi saya peluang kedua untuk memperbetulkan segala kesilapan dan masalah saya?" Suara yang lahir sangat sayu kedengaran. Suasana sepi seketika.

 

      "Aku tak boleh berlembut dengan kau lagi Miz. Dah banyak kali aku cuba maafkan kau. Tapi kali ini aku tak boleh. Keluar ah dari pejabat aku. Atau aku panggil guard masuk halau kau?" Mizan keluar dari ruang pejabat Encik Hanafi dengan langkah yang perlahan. Seketika tangannya ingin memulas tombol pintu,Encik Hanafi memanggilnya dan dia menoleh. Mengharap ada keajaiban terjadi.

 

      "Ah,sebelum kau berambus,kau pack dulu segala sampah di atas meja yang bukan milik kau lagi tue. Okey?"

 

       Slide tayangan itu hilang apabila bahunya terlanggar dengan seorang insan lain yang ingin turun ke tingkat bawah. Di lihat pada dinding,sudah berada di tingkat 12. Tidak sedar dia menaiki tangga setinggi itu. Dia meraup wajahnya. Kepalanya terasa berat untuk menampung segala permasalahan yang di hadapinya.

 

       "Aku nak putuskan hubungan dengan kau Miz. Emak tak benarkan lagi perhubungan kita diteruskan. Sudah berapa minggu ibu menunggu janjimu untuk masuk meminang. Tapi itu semua tipu. Hanya kerja sahaja yang kau utamakan." Cincin Azlin tanggalkan dari ibu jarinya. Diberikan semula kepada si pemberi.   

 

       "Tapi Lyn,tak bolehkah kalau bagitahu emak yang Miz akan tunaikan janji tue bulan depan? Buat masa sekarang  Miz banyak lagi masalah yang nak di settle kan Lyn." Mata Mizan berkaca-kaca. Seolah-olah merayu pada kekasih hatinya itu.

 

        "Maaflah Miz, ini bukan keputusan yang Lyn buat,tapi emak."

 

       " Esok Lyn akan dipinang oleh lelaki pilihan mereka. Lyn pun rasa cukuplah sampai di sini saja semua ini. Harap Miz dapat perempuan yang lebih baik lagi." Sambung Azlin. Keputusan itu menyebabkan air mata lelaki Mizan jatuh mencecah bumi.

 

       "Tapi takkan Lyn nak senang putuskan hubungan kita begitu sahaja?

 

       Scene itu terpadam dari mindanya. Otaknya bercelaru. Adakah patut dia melaksanakan misi bodohnya saat ini. Kini dia berada di Tingkat tertinggi apartment itu. Dia duduk di atas tembok,angin kuat bertiup pada ketinggian ini. Sesekali matanya melihat ke bawah di mana manusia sibuk melaksanakan keberlangsungan hidup.

 

       Bunyi telepon miliknya beberapa kali berbunyi,menandakan mesej datang dari pengirim yang tidak diketahui. Di buka peti masuk handphone tersebut,mesej dari syarikat insuran, syarikat kereta dan dari sahabat yang meminta duit hutang yang telah lama tidak di bayar. 

 

       Panggilan masuk. Telefon miliknya di campakkan ke bawah. Beberapa minit kemudian, badannya dengan perlahan-lahan dia jatuhkan ke bawah.

    

      BUKKKK!!!

 

      Darah memercik di atas jalan raya. Semua manusia saat itu panik melihat kejadian tersebut. Keadaan menjadi huru hara. Mizan mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Itu saja yang mampu dilakukannya.

 

               *                                                      *                                                         *

      "Eh Mizan,bangun! Apa kau merapu nie? Bangun,cepat dah nak syuruk nie." Mizan terjaga. Dicapainya handphone,ada 5 misscalled dan 10 mesej. Semua dari Azlin.

 

     'Huh,ini semua hanya mimpi? MasyaAllah,apakah ini semua?'

 

     "Abang Dell dah solat?" Tanya Mizan apabila Abang Dell betul-betul berada di hadapannya.

 

     "Dah. Kamu tue cepat pi solat sana." Dengan segera dia bangun dan beristigfar dalam hati kerana dapat mimpi yang sebegitu. Mimpi tidak dapat menerima ketentuan dari Allah.

 

                                      

 

     

          

 

    

     

  

No comments: