#Siapa aku di Bumi ini???
'Mengapa aku di duga sebegini di atas bumi kelahiran aku sendiri?Mengapa aku perlu jadi seperti orang asing di bumi yang aku puja ini?Andainya aku tidak layak berada di bumi ini mengapa aku harus diwujudkan di sini?Mengapa!!!!!'
Hati aku menjerit,namun aku tidak mampu menzahirkan kata-kata itu.Hati ini seolah-olah putus harapan.MasyaAllah,mengapakah terlintas di hatiku sebegitu?Sebenarnya aku belum nampak lagi apa sebenarnya hikmah semua ini.Andai dugaan ini dapat mendekatkan aku pada Maha Pencipta,layakkah aku?
Di mana harus aku berpijak andai di bumi sendiri aku tidak di terima?Persoalan itu sering bermain di dalam kotak fikiran aku.Namun aku tetap gagahi diri ini untuk cuba menempuhi apa jua kemungkinan yang terjadi dalam hidup ini.
Aku hamba yang penuh dengan dosa yang pastinya aku sendiri tidak dapat mengukur seberat apa pun.Adakah disebabkan itu semua aku diduga sebegini?Inikah pembalasan yang harus aku terima?Tapi mengapa di saat ketika aku masih sesegar rumput hijau yang baru tumbuh dulu aku sudah terima dugaan ini?Kerana dosa itukah?
Air mata ini sudah terlalu banyak yang mengalir.Mata ini sudah penat melepaskan beban-beban yang tersimpan.Hati ini pula semakin tenat memujuk diri-sendiri supaya berfikiran positif dan otak ini sudah kebuntuan membina strategi hidup dan menyelesaikan masalah kehidupan ini.Tidak tahu sampai bila semua ini akan bertahan...
Aku tersentap membaca karya penulis dari buku yang berjudul 'Batu ketiga dari matahari' bab yang bertajuk 'Seorang aku,Dan Tuhan'.Banyak kali aku fahami semuanya dalam cerita itu.Ya mungkin hati aku sudah jauh dari Tuhan,seperti coretan karya itu..Namun aku tetap ingat pada sang Tuhan,cuma mungkin tidak mendalami dan membetulkan niat di hati...MasyaAllah!
Jangan jadi seperti aku!Insan paling kalah dalam kehidupan...:(

3 comments:
haha ..
jaga buku itu bagus2 mar. baca dan kau fahamkan.
biliverden ngapa ko ktawa????haha
fallen angel hahaha,ya wa,aq jga bgus2x nie hehehe...
Post a Comment