blue Who is Me???: An ordinary person!

Followers

Sunday, 23 September 2012

An ordinary person!

                                           #Bicara pada hidup...

           Burung gagak di luar apartment sangat membingitkan.Seolah-olah mereka mahu menggantikan tempat si sang ayam untuk berkokok dipagi buta.(Yalah manada ayam hidup di kawasan metropolitan nie,ayam dalam peti ais adalah.).Jikalau bisa pasti si sang gagak juga ingin cuba berkicau seperti si burung pipit.

          'Pagi-pagi lagi dah kecoh gagak-gagak nie!Wat sakit telinga betul ah...'

          Aku bangkit dari pembaringan.Solat subuh sudah aku abaikan.Aku buat 'nothing',konon tidak disengajakan tertinggal.Padahal sang Malaikat sudah jemu mencatit dosa itu setiap hari.Ada saja alasan yang diberikan.Alasan 'period' pun kalau boleh diberikan,sudah pasti itu yang diperjawabkan.MasyaAllah.

        Kakak-kakak indon di bawah apartment sudah sibuk mempercepatkan langkah untuk ke tempat kerja.Mencari satu keberlangsungan hidup untuk menetap di dunia ini.Perlahan saja kaki aku gerakkan menuruni tangga sembilan tingkat itu.Saat begini,lif pasti saja seperti tin sardin.Mampat dengan manusia.Tidak ingin aku bersesak pada saat ini.

       Rutin harian aku seperti biasa menuju ke tempat di mana aku harus mencari sesuap nasi.Langit masih lagi dalam keadaan suram.Sang Matahari masih malu menunjukkan diri di saat ini.Ada manusia yang sudah sibuk melaksanakan tugas mereka dalam pencarian rezeki.Seorang makcik tengah sibuk menyiang ikan di belakang restoran,di tepinya berlonggok bermacam-macam jenis sayur.Seorang makcik nie pula tengah sibuk dengan sebatang penyapunya di tepi-tepi jalan.Demi sesuap nasi itu,apapun sanggup dilaksanakan.Aku perhatikan semuanya,walaupun aku seperti masih dalam keadaan mamai.

      "Eh,Joe awal ko datang..."Aku buat 'nothing',just senyum saja aku mampu sedekahkan sebelum masuk ke dalam premis pagi-pagi nie.

      'Awal?Dah lewat dah nie abang oii.Nak sindir aku lah tue!'

       Tiada seorang pun yang aku percaya di waktu ini.Aku masih setua jagung dalam pekerjaan nie.(Eleh,baru 5 hari keja) dah nampak gaya rakan sekerja.Akak ketua cashier tue lagilah buang laut.Depan manis,belakang macam tapir.Apa lagi sebilangan abang-abang sekerja nie,tak habis-habis nak mengumpat.Orang tengah cuti pun habis jadi bahan bualan.Silap-silap haribulan orang yang diumpat tue boleh mati tercekik.Aku just buat bodoh.Ala-ala orang 'nerd'.Tapi aku masukkan ke dalam minda.Aku harus jadi hipokrit!Sini bukan 'hometown',sini 'metropolitan' penuh dengan manusia hipokrit!

      Abang ada berbicara pada aku,
      "Jangan sesekali kau mempercayai manusia yang berada di kota metropolitan ini.Walaupun dia adalah sekampung atau senegeri denganmu!Manusia di sini penuh dengan 'keajaiban',penuh dengan kejutan!Talam sepuluh muka!Dan jangan sesekali kau menceritakan keburukanmu pada mereka,kau ceritakan sahaja tentang enjoy dan keseronokan.Jangan takut bergaul,kau cuma perlu takut pada Allah...Allah is everything"

    Aku sematkan kata-kata itu untuk dijadikan pedoman.Sedangkan pokok kuat boleh tumbang apatah lagi dengan manusia yang sangat lemah ini.(Aik sampai melalut ke atas pokok pulak...;)   )

   Namun aku harus tetap mencari siapa aku ini.Who is me???? 

       

         

No comments: